Para penyelidik di Massachusetts Institute of Technology (MIT) berjaya mencipta sebuah sel solar (suria) yang mampu dicetak pada helaian kertas. Perkembangan ini membuatkan pembuatan sel solar lebih murah dan mudah.
Pelajar siswazah Miles Barr memegang sel solar fleksibel dan boleh dilipat yang telah dicetak pada sehelai kertas (Foto: Patrick Gillooly / MIT)
Sel solar dari kertas ini cukup kuat walaupun telah dilipat menjadi mainan kapal terbang. Selain itu, sel solar yang fleksibel tersebut dapat diisi semula semasa terkena cahaya matahari.
Proses mencetak menggunakan wap, bukan cecair. Dengan penggunaan suhu kurang dari 120 darjah celsius, membolehkan penggunaan kertas, plastik, atau kain biasa sebagai bekas sel solar.
Penyelidik mengatakan, "Sel dari kertas ini menjadi satu kemajuan besar yang dapat mengurangkan kos pengeluaran dalam pembuatan sel solar. Kos hampir satu perseribu kos sel yang diperbuat dari kaca."
Penyelidik mengatakan bahawa sel solar yang dicetak di atas kertas ini masih dalam tahap uji kaji, efisiensinya masih sekitar satu peratus. Profesor Teknik Elektro Vladimir Bulovic, yang turut serta dalam kajian ini, mengatakan bahawa walaupun kecekapan sel ini masih sangat kecil, namun sudah boleh menggerakkan alat-alat kecil. "Saya yakin, dalam waktu terdekat kami akan menyempurnakan sel solar fleksibel ini," tambahnya.
[National Geographic]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)