Apa yang anda lihat dalam filem-filem Hollywood sebelum ini berkenaan 'Mesin Mikro' yang terbang sambil merakam video sudah sekian lama dibangunkan oleh tentera AS. Mereka kelihatan seperti permainan kanak-kanak yang ditinggalkan dibuang dalam almari di seluruh dunia. Tetapi alat-alat ini yang kelihatan seperti mainan biasa saja sebenarnya adalah beberapa Drone yang paling canggih di planet ini.
Tentera Udara AS membangunkan pesawat terbang pengintip kecil dengan matlamat menjadikan mereka begitu kecil, menyerupai burung dan juga serangga.
Beberapanya mempunyai sayap bergerak dimana ketua-ketua tentera berharap akan kelihatan begitu meyakinkan agar orang ramai tidak akan memberikan perhatian mereka.
Micro Air Vehicles (MAVs) sedang dibangunkan di Pengkalan Tentera Udara Wright-Patterson di Dayton, Ohio. Jurutera, yang dipimpin oleh Dr Gregory Parker, menggunakan pelbagai helikopter dan Drone kecil di dalam makmal untuk membangunkan program-program dan perisian.
Ujian berlaku dalam persekitaran dalaman yang terkawal, di mana data akan dikumpul untuk menganalisis untuk perkembangan lanjut.
[Dailymail.co.uk]
Selain dari untuk kegunaan ketenteraan, mungkin nanti ia akan digunakan untuk mengkaji haiwan dengan mendekati mereka, kerana kebanyakan haiwan liar sukar didekati oleh manusia.
Begitu bersungguh mereka mengkaji dan mencipta alat-alat baru untuk persediaan ketenteraan dan keselamatan, bagaimana pula dengan negara lain termasuk negara kita sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)