Berita Terkini

Apa ayat yang perlu dibaca ketika kena tindih

Foto kredit: wallpapers.free-review.net

Boleh dikatakan hampir semua orang pernah 'kena tindih' dengan pelbagai bentuk dan keadaan. Ianya ada juga disebabkan oleh gangguan psikologi apabila seseorang itu stress. Dan tidak ketinggalan juga adalah gangguan makhluk halus iaitu jin.

Dan biasanya, kita akan kena tindih sewaktu tubuh kita terlampau letih, ditambah lagi kita tidur dalam keadaan tidak baca ayat AlQuran dan doa, serta di waktu-waktu yang tidak sesuai (terutamanya sebelum maghrib - waktu syaitan bertukar syif).

Sebaik-baiknya kita berusaha lah mencegah terlebih dahulu, iaitu sebelum tidur pastikan membaca ayat Kursi, 3 Qul dan doa sebelum tidur. Serta berzikir setakat termampu.

Tetapi di sini saya mahu beritahu jika kita sudah terlanjur, dah kena tindih dah pun. Maka apa yang perlu dibaca ketika itu untuk melawannya dengan baik?

Tak perlu lah kita baca ayat Kursi atau apa-apa ayat AlQuran ketika itu , kerana minda kita pada ketika itu adalah separuh sedar. Maka kemungkinan besar kita akan tersilap tajwid dan bacaan kita pun berterabur. Jika kita baca AlQuran berterabur dan tidak betul tajwid, maka jin yang tindih kita itu pula yang akan ikut sama membaca. Dan makin syok lah dia mendodoikan kita dengan ketindihan itu.

Maka apa yang terbaik untuk dibaca? Yang terbaik untuk dibaca hanyalah 'Allahu akbar'. Sebut saja Allahu akbar atau Allah Maha Besar. InsyaAllah mana-mana jin yang tindih itu akan serta merta lari dengan hanya menyebutnya sekali atau beberapa kali.

Ini sama lah jika anda terserempak dengan hantu (jin) di mana-mana, maka mula-mula sekali laungkan lah kalimah 'Allahu akbar' itu. Kerana syaitan dari golongan jin itu amat TIDAK SUKA kepada kalimah membesarkan Allah itu.

Dan selepas itu jika anda mahu baca ayat Kursi atau ayat-ayat Ruqyah pun baca lah, untuk menghindari jin itu dari datang kembali.  Sila baca Zikir ketika bermimpi buruk atau baik.

Dan juga dianjurkan meludah ke sebelah kiri sebanyak tiga kali, kerana ia diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

"Mimpi yang baik itu dari Allah dan mimpi-mimpi yang buruk itu dari syaitan. Barangsiapa bermimpi suatu yang tidak disukainya, maka hendaklah dia meludah ke arah kirinya tiga kali, dan hendaklah berlindung kepada Allah dari syaitan, kerana yang demikian itu tidak akan membahayakannya, dan hendaklah dia tidak memberitahu mimpi itu kepada sesiapa pun. Jika dia bermimpi yang baik, maka hendaklah dia bergembira dan tidak memberitahunya kecuali kepada orang yang disukainya." [Ditakhrij oleh Bukhari dan Muslim]


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.