Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » » 10 tabiat yang boleh merosakkan gigi

kartun dua pasang gigi
Biasanya masalah pada gigi bukan saja disebabkan kerana anda kurang menjaga kebersihan gigi, tetapi juga kerana kebiasaan buruk yang tanpa disedari telah membuatkan gigi anda rosak. Ini adalah beberapa kebiasaan buruk yang harus anda hindari (termasuk saya yang dah banyak rosak gigi ni), agar gigi tetap sihat dan kuat;

1. Gigi digunakan sebagai alat

Ramai orang menggunakan gigi mereka sebagai alat untuk membuka botol, beg plastik kerepek, label harga pakaian, bahkan untuk memotong kabel. Ini boleh memberi kesan trauma pada gigi yang menyebabkan tepi gigi lemah dan menyebabkan berlaku maloklusi @ malocclusion (suatu kelainan susunan gigi atas dengan bawah).

2. Mengunyah ais

Ramai orang biasa mengunyah air batu @ ais, terutama sisa ais setelah habis minuman ais. Suhu yang keras dan sejuk dari ais benar-benar boleh menyebabkan gigi menjadi patah. Bahkan boleh membuat sebahagian daripada enamel gigi rosak. Doktor gigi mengesyorkan untuk membiarkan ais cair di mulut seperti memakan gula-gula, bukannya menghancurkannya dengan gigi.

3. Mengunyah benda keras

Tak sedikit orang yang punya kebiasaan mengunyah benda-benda keras seperti pensil, kuku dan benda keras lainnya. Sebaiknya kembalikan fungsi utama gigi untuk mengunyah makanan.

4. Menghisap limau

Jika dilakukan secara terus menerus, asid sitrik dalam limau boleh meluluhkan mineral penting pada gigi dan mengikis permukaan luar gigi, sehingga membuat gigi menjadi sensitif terhadap makanan atau minuman sejuk. Namun, situasi ini tidak bererti bahawa anda tidak boleh makan semua buah-buahan jeruk. Anda hanya perlu memastikan bahawa anda tidak terus menghisapnya di mulut untuk jangka masa yang lama.

5. Memberus gigi terlalu kasar

Ramai yang fikir bahawa dengan melaksanakan tekanan yang lebih ketika memberus atau menggunakan berus gigi berbulu keras membuat gigi lebih berkilat. Ini adalah mitos palsu yang harus dielakkan. Apabila anda memberus terlalu kuat dan kasar, atau menggunakan berus gigi berbulu keras, ia boleh merosakkan enamel protektif pada gigi anda. Ia juga boleh menyebabkan gusi surut dan sensitiviti gigi meningkat.

6. Menggigit kuku

Kebiasaan menggigit kuku boleh memberi akibat buruk bagi gigi anda. Ia boleh menyebabkan gigi depan anda rosak atau retak. Bukan hanya itu saja, kebiasaan menggigit kuku akan memberikan peluang kepada kuman dan bakteria di kuku untuk masuk ke rongga mulut dan menyebabkan jangkitan gusi.

7. Menggertakkan gigi semasa tidur

Brukisme kronik @ menggertak gigi boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti gigi patah dan longgar. Ini juga boleh menyebabkan sakit pada sendi rahang, sakit kepala dan sakit gigi. Untuk menghadkan kerosakan tersebut, doktor gigi umumnya akan menyarankan anda supaya memakai alat penjaga mulut.

8. Minum wain putih

Ramai orang (di barat) memilih wain putih berbanding wain merah sebagai pilihan untuk mengelakkan noda pada gigi. Tapi sebenarnya, wain putih boleh menyebabkan masalah yang lebih kekal kerana keasidan yang tinggi. Untuk perlindungan, kumur mulut anda dengan air selepas minum dan makan keju untuk mengimbangi keasidan anggur.

9. Pengambilan minuman ringan berlebihan

Minuman manis berkarbonat adalah salah satu sumber makanan yang paling berpotensi merosakkan gigi. Ini bukan hanya masalah kandungan gula pada minuman ringan @ soft drink yang buruk bagi gigi anda tetapi asid yang dimasukkan ke dalam minuman juga menyumbang untuk pembentukan gigi berlubang.

10. Menghisap ibu jari

Menghisap ibu jari adalah salah satu kebiasaan yang paling biasa di antara kanak-kanak. Tetapi ianya boleh mengganggu kedudukan gigi depan atas dan bawah, sehingga menyebabkan gigi atas melebar keluar atau disebut sebagai jongang. Salah satu rawatan yang boleh dilakukan adalah dengan rawatan ortodontik.

[Diolah dari Lifemojo]

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)