Berita Terkini

Tanda-tanda lelaki Playboy

Berikut dipaparkan beberapa tanda perilaku seorang lelaki yang suka bermain perempuan @ lelaki Playboy. Tetapi tidak semestinya jika anda dapati salah satu tanda pada teman anda bermakna dia adalah kaki perempuan. Tetapi ini hanyalah beberapa tanda yang boleh dibuat pedoman. Semoga tidak disalah-gunakan dan semoga anda tidak tertipu dengan lelaki-lelaki sedemikian.


1. Menghubungi anda setelah pukul 11 dan 12 malam

Ada 24 jam setiap harinya, jika seorang lelaki menyukai anda, dia akan memilih waktu yang tepat untuk menanyakan khabar anda. Setelah pukul 11 dan 12 malam merupakan waktu lelaki yang hanya mahu berseronok. Jika dia menelefon hanya pada jam-jam tersebut bererti dia tidak ingin serius dengan anda, dia hanya sedang cuba menggoda anda di waktu lapangnya.

2. Memiliki ramai teman wanita

Berhati-hatilah apabila lelaki memiliki ramai teman wanita dibanding teman lelaki. Tipikal lelaki playboy dapat mendekati beberapa wanita dalam satu masa. Jadi jika si dia sering menerima telefon dari wanita, anda harus lebih berhati-hati padanya.

3. Pintar menyusun kata

Mengapa wanita sulit untuk menolak jeratan si playboy? Kerana dia pandai berbicara dan merayu. Dia tahu apa yang harus dibicarakan ketika anda sedang marah, kesal atau sedih. Dia pun akan membuat anda merasa istimewa dan setiap kata-katanya mencerminkan dia lelaki yang baik. Pada saat ini, sesungguhnya dia sedang menipu anda dan mengawal emosi anda.

Pengalaman peribadi saya sendiri ada seorang kawan wanita yang tertipu dengan teman lelakinya. Wanita itu mempunyai ijazah, sedangkan lelaki itu hanya seorang yang lulus darjah 6 sekolah rendah. Maka jangan ingat lelaki yang tidak lulus darjah 6 tidak pandai menyusun kata-kata. Kata-kata yang indah itu kadang kala amat berbisa.

4. Berbicara banyak tentang fizikal anda

Wanita mana yang tidak suka menerima pujian. Namun jika dia lebih banyak memuji bahagian tubuh anda, maka berhati-hatilah. Dia menginginkan hubungan yang lebih dan sedang cuba mempermainkan anda.

5. Bersikap berbeza di depan teman-teman lelakinya

Ketika berada di depan teman-temannya, lelaki jenis 'player' ini akan lebih banyak memberi pelukan dan sentuhan fizikal kepada wanitanya. Jangan bangga dulu, ini bukan lah ungkapan sayangnya, tapi sekadar ingin menunjukkan kepada teman-teman lelakinya 'ini mangsa baruku'.

6. Sangat percaya diri

Si player memiliki tingkat kepercayaan diri yang tinggi. Bagaimana tidak, dia merasa dapat menakluki gadis-gadis yang diinginkan. Lebih dari itu, mereka dapat menjerat dua hingga tiga gadis sekaligus dalam satu waktu. Itulah yang membuat playboy semakin percaya diri.

7. Tidak tertarik dengan hidup anda

Ketika dia bertanya tentang hari-hari anda, belum tentu dia benar-benar mempedulikannya. Mereka membuat seolah peduli, pada kenyataannya tidak. Mereka melakukan ini semua untuk mendapatkan sesuatu. Ketika seorang wanita telah mempercayainya, maka dengan mudah dia akan mendapatkan keinginannya.

8. Menghindari pergi bersama anda

Tentu si player ingin bermain lancar dengan para wanitanya. Sehingga dia memilih menghindari pergi keluar bersama anda. Tapi ada juga jenis player yang sangat licik. Boleh jadi, sebelum pergi bersama anda, dia akan meminta izin daripada wanita lainnya kalau dia akan pergi bersama sepupu atau adik perempuannya. Taktik ini dilakukannya untuk membuatnya lebih selamat untuk bertemu dengan seseorang.

9 - Jarang atau tidak mahu berkongsi kisah cintanya

Sangat jarang untuk seorang playboy berkongsi cerita beliau, terutama kepada 'mangsa' itu. Jika dia berkongsi tentang kisah cintanya pun, dia pasti mempunyai maksud tersembunyi di sebalik tindakan beliau. Mungkin untuk mencari simpati dan bermain dengan perasaan wanita.

10 - Memang terkenal sebagai Playboy

Tidak kira bagaimana baik seorang playboy menutupi kisah 'Casanova' nya, biasanya keadaan sekelilingnya akan memberitahu juga tentang kelakuannya.  Sepandai-pandai Playboy mengayat, akhirnya akan pecah tembelang juga. Orang-orang yang mengenalinya dan mengetahui tentang kisah hidupnya akan membocorkan rahsia dan maklumat akan tersebar juga nanti hingga sampai ke pengetahuan mangsa.

[Diolah dari tribunnews.com , rtlab.org]


1 ulasan:

  1. Apakah lelaki playboy bleh janji atau berubah demi seorg prmpuan???

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.