Kanz Jewellery di Deira Gold Souq, Dubai, telah menampilkan cincin emas terbesar di dunia, seberat 63.856 kg (lebih kurang berat seorang lelaki dewasa), dibuat dari emas 21 karat. Bahagian emas sahaja seberat 58.7 kg dan batu-batu permata padanya 5.17 kg.
Anil Dhanak, Pengarah Urusan Kanz, memberitahu Emirates 24/7 bahawa nilai cincin Najmat Taiba (Star of Taiba) itu telah berganda beberapa kali selama bertahun-tahun, berdasarkan rekod harga emas sekarang. Kos untuk membuatnya pada tahun 2000 ialah USD$547,000, tetapi nilai masa kini lebih daripada USD$3 juta.
"Ini adalah cincin emas terbesar di dunia dan kami telah mempamerkannya atas nama Taiba, pembuat barang perhiasan Arab Saudi yang membuat barang unik ini pada tahun 2000, ketika harga emas hanya $250 per aun. Sekarang nilai emas sudah sampai $1,500 per aun, maka anda dapat bayangkan berapa banyak keuntungan cincin emas yang diperam telah membawa kepada pemiliknya."
Menurut Guinness Book of World Records, cincin emas terbesar di dunia ini ialah Najmat Taiba dihasilkan oleh Taiba untuk Gold and Jewellery LLC, Arab Saudi dan dihiasi batu permata 5.1kg dari Signity Middle East dan disokong oleh World Gold Council .
Dimensi lain Najmat Taiba adalah 2,200 mm perimeternya, perimeter luar 700mm, diameter 490mm, lebar 500mm bahagian belakang cincin, lebar 250mm dari bahagian bawah cincin. Ia mempunyai 615 biji batu Swarovski. 55 pekerja bekerja 45 hari terus-menerus selama 10 jam sehari untuk membuat 'masterpiece' ini.
Kanz Jewellery juga menjual skirt, jaket dan barang-barang berat yang lain yang diperbuat dari emas tulen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)