Berita Terkini

Makanan ringan memicu kerosakan sel otak

Makanan ringan
Para pakar di Amerika Syarikat kembali memberi amaran bahaya kebiasaan rutin memakan makanan ringan  @  'junk food'.

Menurut penyelidikan terbaru, makanan dengan kandungan lemak tinggi, tetapi nilai gizi sifar ini dapat merosakkan sel-sel dalam otak yang mengawal berat badan, dan menyebabkan kitaran obesiti. Penemuan ini juga memberikan penjelasan mengapa orang yang gemuk begitu sukar menurunkan berat badan.

Dalam pengkajian mereka, para ahli dari Universiti Washington memberikan tikus-tikus di makmal dengan jenis makanan yang mereka sebut dengan "diet lemak tinggi orang Amerika". Hanya berselang tiga hari, tikus-tikus ini semakin rakus dan meningkatkan pengambilan kalori hingga dua kali ganda.

Pemeriksaan lanjutan menunjukkan bahawa tikus-tikus ini juga mengalami inflamasi atau keradangan pada hipothalamus, bahagian otak yang terdiri daripada sel-sel saraf yang mengawal berat badan. Keradangan ini sempat berhenti dalam masa beberapa hari, tetapi kemudian 'berulang' lagi selepas empat minggu kemudian.

Dr Joshua Thaler, pakar sekaligus pengkaji dari Diabetes and Obesity Centre of Excellence di Universiti Washington di Seattle, menyatakan, para ahli juga mengesan adanya suatu respon pemulihan kecederaan otak yang disebut dengan gliosis.

"Gliosis dipertimbangkan sama dengan pemulihan luka pada otak dan secara khusus nampak pada keadaan kecederaan saraf, seperti stroke dan multiple sclerosis. Kami membuat spekulasi bahawa gliosis yang kami lihat mungkin sebagai respon perlindungan yang gagal. Kami juga mengesan adanya kerosakan dan kehilangan yang nyata dari sel-sel saraf yang penting dalam mengendalikan berat badan, papar Thaler yang mempersembahkan kajiannya dalam pertemuan tahunan The Endocrine Society  ke-93 di Boston.

Dia menambah, kecederaan pada otak pada tikus-tikus kemungkinan merupakan akibat dari pengambilan junk food berlebihan dan fakta ini memberi penjelasan mengapa menurunkan berat badan menjadi sangat sukar bagi sebahagian besar mereka yang obesiti.

[Diolah dari Waspada Online]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.