Berita Terkini

Radhi OAG sudah mampu jaga Solat lima waktu

Radhi OAG mampu Solat lima waktu
Alhamdulillah, sejuk hati dan tumpang gembira dengar apabila ada perubahan-perubahan dari selebriti dan artis-artis kita ke arah jalan yang lebih Islamik dan memberi ketenangan jiwa.

Jalan hiburan TANPA BATASAN adalah jalan 'syok sementara' saja, dan biasanya bukan memberikan ketenangan yang sebenar sangat. Apa lagi jika terlibat pula dengan pelbagai maksiat lain dan meninggalkan solat wajib, maka lumrah hati manusia ini akan bercelaru dan tidak akan tenang.

Jalan yang Tuhan suruh ikuti adalah jalan untuk KETENANGAN dan KEBAIKAN bagi manusia itu sendiri, bukannya untuk MENYUSAHKAN. Kerana hidup di dunia ini penuh dengan ujian dan pancaroba. Jika memilih jalan untuk asyik berhibur dan berseronok semata, tidak akan dapat memberi ketabahan dan hati pun akan rapuh.  Terutamanya apabila berhadapan dengan masalah-masalah besar, keadaan diri yang sentiasa 'enjoy' pasti merasa terpukul dan tersentak dengan perubahan drastik ditimpa masalah besar.

Tetapi jika hidup sentiasa diajar dengan bersusah-susah, kemudian sentiasa bergantung kepada Allah, insyaAllah apabila ujian besar datang , tidak akan menjadi beban yang terlalu berat sangat, di samping ada IMAN yang teguh di dada untuk memujuk diri agar bersabar dan tenang.  Panjang lah ceritanya lagi  ....... So, mari baca kisah Radhi OAG ini saja lah dulu :-) .......

PETALING JAYA 23 Jun - Penyanyi Radhi (OAG) yang sudah lima bulan berada di Rumah pengasih mengakui berjaya melakukan sembahyang lima waktu termasuklah berhenti menghisap rokok.

Radhi berkata, setiap kali mendengar azan berkumandang, dia terus akan melakukan solat secara berjemaah.

“Saya sudah tidak tinggal solat lagi dan setiap kali saya teringat tentang kisah silam, saya akan cepat menunaikan solat.

“Saya juga tidak menghisap rokok lagi. Ia juga sebagai persediaan untuk saya melakukan konsert ‘Radhi Back On Stage’ tidak lama lagi,” katanya.

Radhi kini hidup solo setelah bercerai dengan isterinya, Shazlin Sharif pada Jun 2010. Anak tunggal mereka Mohd Rifdhi Muslim, 6, tinggal bersama-sama Shazlin.

Baca selanjutnya di mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.