Berikut adalah imej warna komposit Rhea dan Titan, iaitu dua bulan terbesar planet Zuhal. Diproses daripada imej mentah yang diperolehi oleh kapal angkasa Cassini pada 16 Jun 2011, benar-benar menunjukkan perbezaan besar dalam saiz dan rupa dua bulan itu.
Rhea, yang berada di depan dalam gambar, adalah sebuah dunia berais, tidak mempunyai udara dan banyak kawah selebar 950 km.
Titan, sebaliknya, adalah tiga kali lebih besar pada 3,200 batu melintang dan diliputi oleh atmosfera metana dan hidrokarbon yang tebal. Permukaannya bercirikan gunung dan lembah, dengan tasik dan sungai cecair metana, dan juga mungkin mempunyai lautan subpermukaan cecair.
Atmosfera Titan dan kabus tahap tinggi dapat dilihat dalam imej ini. Imej mentah diambil dengan rangkaian warna merah, hijau dan biru digabungkan untuk membuat versi warna.
Kapal angkasa itu berada sejauh 1,828,949 km (1,136,456 batu) dari Rhea ketika imej ini diambil.
[NASA / JPL]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)