Sebuah mentol lampu lama mula digunakan pada tahun 1901 masih berfungsi hari ini setelah digunakan selama lebih 110 tahun.
Mentol itu telah digunakan di stesen bomba di Livermore, California untuk lebih daripada satu abad dan yang paling lama pernah dimatikan hanya untuk satu minggu.
Ia pada asalnya dicipta oleh Adolphe Chailet, saingan kepada Thomas Edison. Kini mentol itu mempunyai kelab peminat sendiri dan beberapa pelawat berjalan beribu-ribu batu untuk datang dan melihatnya sendiri.
Walaubagaimana pun Chailet tidak pernah berjaya seperti Edison, walaupun mentol beliau telah dibuktikan dapat hidup dengan voltan yang lebih tinggi.
Mungkin kerana nilai komersial, kerana syarikat-syarikat yang menjual mentol pasti mahukan mentol yang tidak bertahan lama sangat, agar mereka akan sentiasa mendapat jualan lanjutan.
Bayangkan lah, purata mentol lampu biasa hanya bertahan selama 1,000 jam, tetapi mentol ini sudah dapat bertahan selama 110 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)