Berita Terkini

Malaysia menduduki tangga ke-19 Negara Paling Aman

the rise of peace
GPI (Global Peace Index) @ Indeks Keamanan Global telah meletakkan Malaysia sebagai negara paling aman yang ke 19 di dunia. Alhamdulillah, kita sepatutnya bersyukur dan lebih menjadi hamba Allah dan insan yang soleh lagi kerana ini.

Walaupun begitu, semoga kita tidak terlalu berbangga dan mendabik dada kerana kita adalah antara negara yang paling aman. Kerana tidak mustahil akan ada negara-negara yang cemburu dan hasad dengki dengan Malaysia.

Akan tetapi, sepatutnya Malaysia menduduki tangga 10 ke bawah, kerana majoriti rakyat Malaysia adalah bangsa Melayu yang sejak dulu lagi terkenal dengan bangsa yang mempunyai adab sopan yang tinggi. Lagi pun Malaysia dulu juga pernah menjalankan Undang-undang Islam, dan Islam banyak mengajar agar bangsa Melayu ini menjadi bangsa yang berakhlak tinggi dan beradab sopan.

Tetapi Melayu sekarang sudah BANYAK bezanya dengan Melayu dulu. Melayu sekarang lebih bermulut celupar, lebih kuat hasad dengki dan menjatuhkan sesama sendiri, lebih kuat memfitnah dan sebagainya. Contoh? Lihat saja lah di persada internet ini dan lihat saja lah bahasa-bahasa yang digunakan oleh mereka-mereka ini.

Semoga kita dapat ambil iktibar, dan buang akhlak-akhlak yang buruk yang ada pada diri kita, belajar menggunakan bahasa-bahasa yang SOPAN yang tidak menyakitkan hati orang lain. Dan belajarlah ilmu AKHLAK @ Ihsan yang biasa dikenali sebagai Ilmu Tasawwuf. Kerana ilmu akhlak @ Ihsan ini dapat mengajar kita untuk menyucikan hati dan memurnikan akhlak insyaAllah.

Kerana Islam bukan hanya terdiri dari Aqidah @ Tauhid. Islam bukan hanya terdiri dari Syariah @ Feqah. Tetapi Islam juga ada ilmu Akhlak @ Ihsan. Aqidah, Syariah dan Ihsan mesti bersatu padu dan integrasi.

Dan alhamdulillah, di Malaysia kita mempunyai pembangkang-pembangkang kerajaan yang TIDAK KETERLALUAN dan masih BERETIKA. Maka ini lah buktinya jika mahu dibandingkan di negara-negara lain yang kebanyakannya pembangkang menjadi seperti PENGGANAS. 

PETALING JAYA 19 Jun – Sikap kesederhanaan majoriti rakyat telah membawa Malaysia menduduki tempat ke-19 negara paling aman dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, daripada 150 negara yang dibuat kaji selidik, naik tiga anak tangga berbanding kedudukan pada tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, keputusan itu diumumkan pada penghujung Mei lepas berdasarkan kaji selidik Institusi Ekonomi dan Keamanan Sedunia yang berpangkalan di Sydney, Australia.

"Kita dapat mencapai sedemikian (tangga ke-19) kerana sikap kesederhanaan majoriti rakyat Malaysia yang berpandukan konsep wasatiyyah bagi penganut Islam dan konsep kesederhanaan dalam pelbagai penganut agama lain.

"Ini satu dorongan untuk terus mengekalkan keharmonian negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Minggu Perpaduan 2011 peringkat negeri Selangor di Taman Medan di sini, hari ini.

Dr Tsu Koon berkata, dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, Malaysia menyasarkan untuk mencapai kedudukan 10 teratas negara paling aman.

[Bernama]

Lihatlah rekod yang paling rendah dan terkebawah (nombor 100 ke atas), kebanyakannya adalah di negara-negara Arab. Sememangnya negara-negara Arab dari dulu lagi cuba dikucar-kacirkan oleh AS dan Britain.

Mereka mengucar-kacirkan negara Arab untuk menunjukkan kepada dunia bahawa orang Arab memang teruk. Walaupun sejarah dulu memang menunjukkan orang Arab memang sudah teruk dari awal sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.a.w.  Orang-orang Arab dikenali sebagai bangsa yang paling KASAR dan KERAS di dunia.  

Tapi alhamdulillah, mereka sudah ramai dilembutkan oleh Rasulullah S.a.w dulunya.  Tetapi zaman terkemudian ini mereka dikucar-kacirkan kembali. Tambah lagi sifat mereka yang sudah sedia keras. Ibarat api yang disimbah minyak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.