Pelaburan USD100 juta oleh Google dalam Shepherds Flat Wind Farm - yang dalam proses untuk menjadi loji pengeluaran tenaga terbesar di dunia, apabila ianya siap tahun depan - menjadikan pelaburan total oleh gergasi Enjin Pencari itu terhadap pelaburan tenaga bersih menjadi USD350 juta.
The Shepherds Flat, sedang membina di kawasan berangin iaitu Arlington, Oregon, dijangka menghasilkan sekitar 845 megawatt tenaga, yang "cukup untuk kekuatan lebih dari 235,000 buah rumah," kata Google dalam satu kenyataan di laman webnya.
Tenaga yang dihasilkan oleh Shepherds Flat Wind Farm akan dijual ke Southern California Edison. Pelabur lain dalam projek ini ialah Caithness Energer dan General Electric.
Minggu lalu, Google mengumumkan bahawa mereka telah melabur USD168 juta dalam menara loji elektrik suria (solar tower power plant), yang saat ini sedang dibina di Gurun Mojave California. Loji yang dibiayai sebahagian pinjaman USD1.6 bilion dan jaminan daripada Jabatan Tenaga AS (US Department of Energy), juga akan menjadi yang terbesar dari jenisnya yang pernah dibina.
Google telah lama bersungguh untuk membantu membangunkan tenaga alternatif, sebahagian kerana jumlah tenaga yang digunakan Google untuk menjalankan pusat-pusat datanya yang sangat besar.
[Digital Trends]
Loji penjana elektrik kuasa angin itu diibaratkan seperti empangan jika di Malaysia ini. Oleh kerana angin di negara kita tidak sekuat di negara mereka, maka penjana letrik kuasa angin ini mungkin tidak sesuai dibina di negara kita.
Wind farm (Kincir angin / ladang angin) adalah sekumpulan turbin angin di lokasi yang sama yang digunakan untuk pengeluaran tenaga elektrik. Sebuah kincir angin yang besar dapat terdiri dari beberapa ratus individu turbin angin, dan meliputi wilayah yang dipanjangkan ratusan batu persegi, tapi tanah antara turbin boleh digunakan untuk keperluan pertanian atau sebagainya. Sebuah kincir angin mungkin juga terletak di perairan pantai.
Banyak operasi Kincir angin darat terbesar berada di Amerika Syarikat.
Mungkin ada agenda lain juga di sebalik penjana kuasa angin ini, tahu-tahu saja lah hubungan Google dengan kerajaan AS. Kita ikuti dulu perkembangan mereka, insyaAllah suatu masa nanti kita akan nampak sesuatu yang lebih jelas :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)