Berita Terkini

Haiwan-haiwan aneh dan pelik - Versi 2

Peacock katydid

Mula-mula tengok ingatkan spesis Mentadak (Mantis), rupa-rupanya belalang Katydid, yang mempunyai sayap seakan-akan Burung Merak. Dijumpai di Gunung Acarai, Guyana dalam tahun 2006. Jika dia dalam keadaan berehat, rupanya akan jadi seperti daun kering (penyamaran untuk memerangkap mangsa). Foto oleh Piotr Naskrecki, Conservation International.


T. Rex Leech

Sejenis Lintah yang dijumpai di pedalaman Peruvian Amazon, dilaporkan oleh National Geographic News pada April 2010.


Purple Octopus

Sotong Ungu yang dijumpai ketika ekspedisi terjunan dalam di perairan Atlantik Canada. Foto dari Bedford Institute of Oceanography.


Yoda Bat

Kelawar yang seakan Yoda dalam filem Star Wars, iaitu tok guru kepada Luke Skywalker. Ditemui dalam ekspedisi saintifik di Papua New Guinea dalam tahun 2009, dan saintis mengumumkannya dalam bukan Oktober. Foto dari Piotr Naskrecki, Conservation International


Ninja Slug

Sipu babi Ninja ini mempunyai ekor agak panjang dari yang biasa. Dijumpai di kawasan pergunungan tinggi di Borneo, Malaysia. Saintis umumkan dalam bulan April, 2010. Foto oleh Peter Koomen.


Sneezing Snub-Nosed Monkey

Spesis monyet ini ditemui di Myanmar, dan diumumkan dalam bulan Oktober 2010. Foto oleh Ngwe Lwin.


Self-Cloning Lizard

Biawak ini tidak perlu mengawan, yang betinanya tidak perlu kepada yang jantan untuk beranak. Mereka membiak dengan cara klon diri sendiri. Dijumpai di Vietnam dan diumumkan oleh saintis dalam bulan November 2010. Foto oleh Lee Grismer.


Pink Handfish

Ikan warna pink ini seperti mempunyai tangan. Hanya 4 ekor sahaja ikan ini pernah dijumpai iaitu di Tasmania, kepulauan di Australia. Foto oleh Karen Gowlett-Holmes.


Alien of the Deep

Ikan ini dijumpai di kepulauan Arctic, dalam laut di Greenland. Saiz nya tidak lah besar sangat berbanding dengan wajahnya yang brutal, mungkin hati cute. Panjangnya 6.7 inci (17cm). Foto oleh Julius Nielsen, Greenland Institute of Natural Resources.


Iceland catshark

Ikan jerung ni sekali tengok macam muka orang hidung mancung pula ya. Dijumpa di Greenland juga. Foto dari Greenland Institute of Natural Resources.


Double-Baited Anglerfish

Ikan ini juga dijumpai di Greenland, dah macam beg tangan wanita lah pula ya. Foto oleh Henrik Carl and Peter Rask Møller, Natural History Museum of Denmark.


ET salamander

Spesis Salamander yang seakan kembar ET ini ditemui di kawasan pergunungan, Selatan Equador. Ia bernafas melalui kulit, tidak perlu kepada paru-paru. Foto oleh Jessica Deichmann, Conservation International.


Walking Shark

Ikan Jerung tompok yang berjalan di atas tanah dasar laut, bukan berenang. Ditemui di Teluk Cenderawasih, Indonesia. Foto oleh Gerald Allen, Conservation International.


Satanic leaf-tailed gecko

Kesian cicak ni, dah macam Setan dah rupanya haa. Dijumpai di kepulauan Madagascar. Foto oleh Piotr Naskrecki.


Dan macam-macam lagi lah yang baru dijumpai. Sungguh aneh, pelik, unik alam ciptaan Yang Maha Kuasa , subhanAllah .......


[National Geographic]


Sambungan dari Haiwan aneh dan pelik - Versi 1


“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” Surah An Nuur : Ayat 41

3 ulasan:

  1. SubhanAllah. Ada yang comel seperti Purple Octopus dan Self Cloning Lizard tu. Tak kurang jugak yang mengerikan seperti Alien of the Deep dan Satanic leaf tailed gecko. T-Rex Leech tu pulak dah macam Dajjal si mata satu. Isyyy. emang pelik2 belaka. Terima kasih sharing nyer Tuan Rumah..

    BalasPadam
  2. Ambe paling berkenan dengan Katydid tu, pasal biasanya Mantis yang mempunyai sayap bercorak gitu, tp ini Katydid. MasyaAllah :)

    BalasPadam
  3. SubhanAllah. Ada yang comel seperti Purple Octopus dan Self Cloning Lizard tu. Tak kurang jugak yang mengerikan seperti Alien of the Deep dan Satanic leaf tailed gecko. T-Rex Leech tu pulak dah macam Dajjal si mata satu. Isyyy. emang pelik2 belaka. Terima kasih sharing nyer Tuan Rumah..

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (53) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (333) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.