Blue movie telah menyediakan bahan-bahan lucah sejak tahun 1964 namun akan ditutup tidak lama lagi kerana masalah kewangan.
Pemilik kedai seks tertua di dunia di Copenhagen, Denmark itu telah mengumumkan bahawa ia akan ditutup pada akhir Mac - bukan kerana impak internet seperti yang dijangkakan, tetapi sebahagiannya kerana laluan basikal.
Blue Movie pernah memiliki koleksi bahan lucah terbesar di dunia dan, sejak pembukaan pada tahun 1964 empat tahun sebelum Denmark meluluskan pornografi, telah menjadi kedai porno tertua di dunia.
Kedai itu telah dibuka selama 45 tahun dan berada di lokasi jalan Vesterbrogade sejak 1972. Pemilik Jesper Strauss, yang mewarisi kedai daripada ayahnya, mengatakan internet tidak memberi kesan kepada keuntungan kedai sebanyak yang dijangkakan.
Menurut pemilik kedai, ianya adalah kesan dari kemelesetan, meningkatnya sewa kedai dan laluan basikal yang paling mempengaruhi penurunan kewangan syarikat.
Via - The Copenhagen Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)