Ahli astronomi berkumpul di Washington D.C. hari ini untuk apa yang disebut sebagai pertemuan astronomi terbesar dalam sejarah alam semesta.
Acaranya pertemuan yang ke 215 American Astronomical Society, telah menjadi tuan rumah kepada lebih dari 3,500 ahli astrofizik, saintis planet, dan jurnalis sains dari seluruh dunia.
Selama pertemuan, yang berlangsung dari 3 Januari hingga 7 Januari, para saintis akan menyajikan penemuan-penemuan baru dalam segala hal mulai dari lubang hitam / 'black hole' ke permukaan Marikh.
Sementara sebahagian besar pertemuan ini tidak dibuka untuk umum, satu acara, yang dikenali sebagai "Science as Performance: Communicating and Educating through Theater, Music, and Dance," memaparkan ceramah oleh Brian B. Schwartz dari City University of New York yang terbuka kepada semua orang.
Schwartz akan berbicara tentang contoh-contoh terbaru berkenaan dengan sains dan seni, seperti filem "A Beautiful Mind," dan opera "Dr Atomic," serta siri persembahan CUNY iaitu Sains & Seni.
American Astronomical Society juga telah menganugerahkan Jesuit Father George V. Coyne untuk karyanya dalam membina sekolah musim panas tajaan Vatican untuk ahli astronomi muda dan mempromosikan perbincangan tentang titik persimpangan agama dan sains.
Father Coyne, pengarah bersara Balai Cerap Vatican, menerima Anugerah George Van Biesbroeck pada pembukaan pertemuan itu.
Via - Space.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)