Seorang bayi perempuan meninggal ketika ibunya tertidur ketika ia menyusui di atas jet United Airlines. Wanita yang berusia 29 tahun itu terbangun selepas satu jam dan mendapati bayi yang baru berusia empat minggu itu dalam keadaan terhempap.
Kru kabin telah dikejutkan oleh jeritan ibu itu yang berada di kelas perniagaan (business class), di atas lautan Atlantik pada ketinggian 33,000 kaki di udara - telah dihalakan ke London Heathrow untuk pendaratan kecemasan.
Seorang doktor di atas jet dari Washington DC ke Kuwait itu cuba sedaya upaya untuk menyedarkan kembali bayi tersebut tetapi gagal.
Polis menaiki jet sebaik sahaja ianya mendarat dan pegawai-pegawai Scotland Yard's Child Abuse Investigation Team memulakan penyiasatan. Ibu itu keturunan dari Mesir dan anaknya kelahiran Amerika.
Sumber dari polis berkata: "Ini nampaknya merupakan kemalangan tragis. Bayi perempuan itu berasal daripada keluarga yang penuh kasih-sayang. Ibunya akan ke Kuwait untuk menunjukkannya kepada kerabatnya di sana."
UK Association of Breastfeeding Mothers berkata: "Duduk di tempat tidur sambil memegang bayi anda sangat merbahaya, terutama jika anda tertidur."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)