Berita Terkini

Beberapa pesta seks yang berlaku di Malaysia sepanjang 2008 dan 2009

- Laporan dari Sinar Harian, 22 Disember 2009

Sebuah pangsapuri di pusat peranginan terkenal di Bentong, Pahang. Seramai 10 orang membabitkan sembilan lelaki dan seorang perempuan berjaya ditahan. Tiga daripada mereka yang ditahan adalah pelajar kolej di ibu negara dan tiga lagi kakitangan kerajaan.

Semua yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 25 tahun dan ketika serbuan, kebanyakan mereka dalam keadaan khayal.

Sementara itu, dalam serbuan kedua pada jam 3.45 pagi di tingkat 22 Blok B pangsapuri sama, seramai 19 orang berjaya ditahan.

Rosli berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan enam perempuan, termasuk seorang perempuan Cina. Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 16 hingga 27 tahun.

Menurutnya, hasil saringan air kencing, seramai lapan lelaki dan dua perempuan didapati positif dadah jenis ketamine.


- Laporan dari Berita Harian, 20 November 2009

Polis menahan enam pelajar perempuan sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur bersama pasangan masing-masing, termasuk dua kakitangan kerajaan di sebuah pangsapuri di pusat peranginan dekat Bentong, Ahad.

Difahamkan, kumpulan itu menjadikan pangsapuri itu sebagai lokasi mereka di beberapa negeri untuk menganjurkan pesta seks sejak setahun lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi, enam remaja wanita berusia 19 tahun serta pasangan masing-masing berusia antara 20 hingga 22 tahun ditahan ketika sedang menaiki tangga menuju ke pangsapuri yang disewa.


- Laporan dari Harian Metro, 23 September 2009

Mengaibkan apabila tiga wanita Melayu tergamak mencemarkan 1 Syawal dengan mengadakan kenduri seks bersama 19 lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah kongsi di Felda Krau, dekat sini, Ahad lalu.

Malah, ketiga-tiganya yang sedang ‘beraksi’ tidak sedar diintip dan dikepung apabila diserbu sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Raub (IPD), kira-kira 2.30 pagi.



- Laporan dari Berita Harian, 1 Januari 2009

Seorang pelakon wanita dan seorang penyampai berita wanita sebuah stesen televisyen swasta, ditahan bersama 24 orang dalam pesta seks dan dadah yang diadakan sempena sambutan tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 3 pagi di sebuah bilik yang ditempah khas di tingkat 11 hotel berkenaan, polis turut menemui sejumlah dadah pelbagai jenis seperti kokain, syabu, ketamin dan pil ecstacy serta puluhan tin minuman keras dan kondom yang belum digunakan.



- Laporan dari Harian Metro, 14 Julai 2008

Jawapan sinis mencari ‘syurga dunia’ diberikan sekumpulan 16 remaja belasan tahun yang diberkas selepas menyertai ‘pesta seks’ sepanjang malam hingga pagi beramai-ramai dalam sebuah pangsapuri di Kajang Utama, Sabtu.

Lebih mengejutkan apabila serbuan di kediaman itu mendapati sepasang remaja sedang leka melakukan adegan **** dalam tandas, manakala satu pasangan lagi berasmara dalam bilik secara bergilir-gilir.



Dan camam-camam lagi. Ini belum lagi termasuk kes-kes liwat, homoseks dan sebagainya sama ada yang direkod polis ataupun yang tidak dilaporkan.


Ulasan

Undang-undang yang terbaik bagi mengatasi gejala seks bebas yang kian meruncing ini hanyalah undang-undang dari pencipta kita semua iaitu Allah S.w.t. Hukum Islam / Undang-undang Islam perlu dijalankan agar manusia takut untuk melakukan dosa-dosa yang terkutuk ini. Jika tidak, tunggulah kemunculan-kemunculan aktiviti yang lagi dasyat dan canggih nanti.

Undang-undang ciptaan manusia tidak mampu untuk mencegahnya kerana manusia masih lagi boleh melepaskan diri dengan hanya membayar rasuah, denda dan sebagainya. Lagi pun kebiasaannya ia dirahsiakan, maka sipembuat mungkin tidak akan segan silu melakukannya lagi, lebih-lebih lagi kalau seseorang itu banyak duit.

Ini berlainan dengan undang-undang Islam yang menghukum sebat 100 kali di hadapan khalayak ramai. Maka jika mengikut psikologinya, si pesalah sudah tentu akan merasa tersangat malu dan fobia untuk melakukannya lagi, begitu juga dengan orang ramai yang melihatnya mendapat pelajaran. Allah akan membolak-balikkan hatinya agar menjadi takut dan tak berani nak buat di masa hadapan, insyaAllah.

"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah  hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." Surah An Nuur : Ayat 2

"Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" Surah Al Israa' : Ayat 32

"Sesungguhnya, Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam." Surah Al Qamar : Ayat 34

"Patutkah kamu berasa aman kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? Atau, patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?" Surah Al Mulk : Ayat 16 - 17

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.