Para saintis telah menemui cara bagaimana untuk membaca 'mata minda' dengan menggunakan komputer yang boleh mereplikakan apa yang manusia nampak atau ingat dengan memonitorkan aktiviti otak mereka.
Penemuan yang dibuat oleh sekumpulan saintis di University of California, Berkeley ini mengangkat kemungkinan para saintis akhirnya boleh merakam mimpi atau membolehkan polis mengecam penjenayah dengan mengimbas kembali ingatan saksi.
Perkembangan ini serupa seperti yang digambarkan di dalam filem Minority Report, di mana pemikiran peribadi seseorang itu tersedia di akses oleh pihak berkuasa.
Pakar neurologi di universiti itu iaitu Jack Gallant dan Shinji Nishimoto telah pun membuat padanan corak aktiviti di dalam otak dengan imej-imej statik yang dilihat oleh seseorang pada tahun lepas , dan minggu lepas mereka mendedahkan bahawa ada kemungkinan untuk mendekod signal yang dihasilkan di dalam otak dengan pemandangan-pemandangan yang bergerak.
Eksperimen itu telah menggunakan teknologi pengimejan gema fungsi magnetik - 'functional magnetic resonance imaging' (fMRI) untuk mengimbas otak dua pesakit ketika mereka melihat video, corak-corak aktiviti yang berhubungan dalam visual cortex otak mereka dengan gerakan dan warna-warna dalam footage.
Maklumat itu telah digunakan untuk memprogram perisian (software) agar dapat memaparkan versi footage 'mata minda' yang kabur terhadap filem yang pesakit itu tontoni.
Para saintis di University College London telah menyelenggarakan ujian-ujian berasingan yang mengesan, dengan ketepatan lebih kurang 50% , memori-memori yang diingati oleh pesakit-pesakit.
Di Britain, teknologi pengimbas fMRI telah pun dijual kepada syarikat-syarikat multinasional yang membolehkan mereka melihat bagaimana pelanggan-pelanggan secara tanpa sedar memberi reaksi kepada jenama-jenama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)