Syarikat di sebalik perancangan untuk membuka hotel pertama di angkasalepas berkata ianya di dalam sasaran untuk menerima tetamu berbayar pertamanya pada 2012 meskipun kritikan-kritikan yang menyoal pelaburan dan kerangka waktu bagi projek multi billion dollar ini.
Arkitek-arkitek berasaskan-Barcelona bagi The Galactic Suite Space Resort ini berkata ianya akan menelan belanja sebanyak 3 million euro (2.7 million pounds) bagi penginapan 3 malam di hotel , dengan harga ini termasuk lah 8 minggu kursus latihan di pulau tropika.
Semasa penginapan mereka, tetamu-tetamu akan menyaksikan matahari terbit sebanyak 15 kali sehari dan mengembara mengelilingi dunia setiap 80 minit. Mereka akan memakai pakaian-pakaian velcro maka mereka boleh merangkak keliling bilik pod mereka dengan melekatkan diri mereka ke dinding seperti Spiderman.
CEO Galactic Suite Ltd iaitu Xavier Claramunt, bekas jurutera aerospace berkata , projek ini akan meletakkan syarikatnya di barisan hadapan industri firma-firma baru dengan masa depan yang besar di hadapannya, dan meramalkan bahawa pengembaraan angkasalepas akan menjadi satu kebiasaan di masa hadapan.
"Adalah sangat biasa untuk memikirkan bahawa anak-anak anda , mungkin dalam masa 15 tahun, boleh menghabiskan hari minggu mereka di angkasalepas," dia memberitahu television Reuters.
Galactic Suite Ltd yang ditubuhkan pada 2007, berharap akan memulakan projek dengan pod tunggal di dalam orbit 450 km (280 batu) di atas Bumi, menempuh 30,000 km per jam, dengan keupayaan memuatkan 4 orang tetamu dan dan 2 pilot angkasawan.
Ia akan mengambil masa sehari setengah untuk sampai ke pod. Lebih dari 200 orang telah menyatakan minat untuk mengembara ke hotel angkasalepas dan sekurang-kurangnya 43 orang telah menempahnya.
Claramunt berkata, seorang billionaire yang merahsiakan dirinya telah membantu sebanyak $3 billion untuk membiayai projek ini.
Via - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)