Bot pemukat ikan Jepun yang seberat 10 tan telah ditenggelamkan oleh beberapa ekor obor-obor gergasi di bahagian timur Jepun. Kapal pemukat yang bernama Diasan Shinsho-maru itu terbalik di mana 3 orang kru bot itu cuba menghela pukat yang mengandungi berdozen-dozen obor-obor gergasi Nomura.
Setiap obor-obor itu boleh mencapai seberat 200 kg dan boleh membesar sehingga diameter 2 meter. Pakar-pakar percaya bahawa cuaca dan keadaan air di kawasan pembiakan di luar perairan China, sangat sesuai dengan obor-obor beberapa bulan kebelakangan ini.
Dan satu faktor utama yang menyumbang kepada banyaknya obor-obor ini di perairan Jepun kebelakangan ini ialah mungkin kerana susutnya bilangan pemangsa yang memakan mereka, termasuklah penyu dan beberapa spesis ikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)