Budak yang berumur 11 tahun telah menjadi seorang isteri kepada seorang budak lelaki berusia 19 tahun iaitu Jeliazko Dimitrov. Kordeza Zhelyazkova masih lagi memakai pakaian pengantin sewaktu dia tiba di hospital dan melahirkan anaknya yang bernama Violeta.
Budak sekolah yang berasal dari Sliven, Bulgaria itu telah mula mengandung hanya 2 minggu selepas menyambut hari lahirnya yang ke 11. "Dia sangat comel, saya sayangkan dia. Violeta ialah seorang bayi dan saya mesti besarkannya. Saya tidak akan kembali ke sekolah, saya adalah seorang ibu sekarang," kata Kordeza.
Kordeza telah bertemu dengan Jeliazko di taman permainan di sekolah gipsinya bilamana Jeliazko menyelamatkannya dari dibuli oleh kanak-kanak lain.
Kordeza mengakui, "Saya tidak pernah mengikuti kelas pendidikan seks dan saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi hamil. Saya tidak mahu mempunyai seorang teman lelaki dan saya tidak pernah dengar tentang kondom."
Kordeza tidak sedar yang dia telah hamil sehinggalah neneknya melihat perut dia semakin membesar. Jeliazko sekarang ini dikenakan hukuman penjara 6 tahun kerana membuat hubungan seks dengan kanak-kanak.
"Saya telah membuat silap tetapi saya tidak akan meminta maaf tentang itu kerana sekarang saya mempunyai Violeta yang comel", kata suami kepada Kordeza itu.
Via - News.com.au
wa...
BalasPadamthanks for sharing..