Berita Terkini

Putus haid - Menopaus

Putus haid atau menopaus merupakan istilah perubatan yang digunakan untuk menjelaskan tempoh terakhir haid seseorang wanita. Ia menandakan isyarat berakhirnya kesuburan mereka. Ia juga merupakan peringkat hidup di mana ovari (kelenjar yang menghasilkan telur dan hormon seks seperti estrogen) akan berhenti berfungsi secara beransur-ansur. Doktor kadangkala menyebutkan masa perubahan ini sebagai "klimakterik".

Perubahan ini tidak berlaku secara tiba-tiba, tetapi ia akan mengambil masa beberapa tahun. Ia mungkin bermula pada awal usia 40an hinggalah ke pertengahan 50an. Selalunya ia mengambil masa selama 2 hingga 3 tahun.

Fenomena ini merupakan satu proses perubahan semula jadi di dalam badan seseorang wanita. Tetapi dalam keadaan tertentu, perubahan boleh berlaku secara fizikal dan juga mental. Ada sesetengah daripada mereka tidak mengalami sebarang masalah namun kebanyakan wanita akan mengalaminya.




Tanda dan Gejala

* Muka terasa panas, kemerah-merahan dan berpeluh di waktu malam.

* Masa haid yang tidak seragam dan berbeza-beza, seperti:
o Masa haid yang lebih pendek dan haid semakin sedikit untuk selama 2 tahun ataupun lebih.
o Haid berhenti untuk beberapa bulan kemudian datang semula dan jarak di antara satu-satu haid lebih lama.
o Haid yang datang terlalu banyak dan/atau mengeluarkan darah beku.

* Faraj menjadi kering dan sakit ketika melakukan persetubuhan.

* Keinginan atau desakan hendak membuang air keci lebih kerap.

* Berkemungkinan tinggi untuk mendapat jangkitan pada saluran kencing dan faraj.

* Sakit kepala, pening.

* Perubahan pada kulit dan rambut. Kulit akan berkedut. Kemungkinan tumbuhnya bulu roma di muka dan keguguran rambut di bahagian pelipis dahi.

* Payu dara menjadi lembut.

* Kembung di bahagian atas abdomen.

* Kehilangan jisim tulang atau osteoporosis

* Berisiko tinggi mendapat serangan jantung apabila paras estrogen menurun.


Gejala emosi

* Mudah marah/meradang

* Perubahan mood

* Hilang daya tumpuan, mengalami masalah ingatan.

* Ketegangan, keresahan dan kemurungan.

* Kesukaran untuk tidur (mungkin disebabkan oleh muka terasa panas dan kemerah-merahan).


Kesan Putus Haid untuk Jangka Panjang

* Osteoporosis (pengurangan jisim tulang) dan kemudiannya tulang akan mudah patah.

* Penyakit kardiovaskular.

* Penyakit Alzeihmer.


Pengurusan Putus Haid

1. Pengambilan ubat bukan hormon

* Vitamin dan zat mineral tambahan seperti vitamin B, C, E dan kalsium.

* Ubat-ubatan herba seperti teh ginseng, minuman bermadu dan teh berlimau.

* Makanan seimbang dan amalan gaya hidup yang sihat.

* Hipnotik, ubat tidur atau penenang.

* Clonidine.

* Agen penyekat b-adrenergik.

* Remifemin (sediaan herba).

2. Pengambilan ubat-ubatan

Terapi penggantian hormon (HRT): menggantikan hormon semula jadi wanita yang telah hilang. Ini disediakan dalam bentuk pil, krim, bahan implan atau transdermal seperti pil estrogen, pil progesteron dan gabungan kedua-dua pil ini (estrogen dan progesteron).



Kesan sampingan

* Pendarahan faraj (secara berkitar)

* Penambahan berat badan (disebabkan pembendungan cecair).

* Kembung

* Payu dara menjadi lembut.

* Sakit otot.

* Kemurungan.

* Sakit kepala.

Setiap wanita perlu berbincang dengan doktor mengenai faedah dan risiko HRT ini.


Penjagaan sendiri

* Mengambil makanan seimbang.

* Tidur secukupnya.

* Menggunakan pelincir faraj bagi memudahkan persetubuhan.

* Jika kulit kemerah-merahan, pakai pakaian dari kain kapas dan mandi dengan air suam.

* Tingkatkan pengambilan kalsium.

* Bersenam secara tekal.

* Berehat.

* Terus mengambil pil perancang keluarga untuk selama setahun selepas haid yang terakhir.

* Berkongsi masalah bersama kawan-kawan dan keluarga.

* Bersedia dan pelajarilah mengenai hal-hal putus haid. Baca dan bertanyalah soalan-soalan mengenainya.



Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.