Berita Terkini

Menjadi mahir untuk menunjuk-nunjuk atau membesarkan Allah?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kita telah dilatih dari kecil, agar belajar biar pandai. Dari kecil lagi kita sentiasa disuruh agar menjadi orang yang pandai / mahir. Tetapi tahukah kita apa tujuan kita menjadi pandai yang sebenarnya?

Sememangnya ayat Al-Quran pertama turun pun menyuruh kita membaca, yang sudah tentunya untuk kita menjadi pandai dan juga mahir. Tetapi oleh kerana kita ini seringkali lupa, maka kita jadikan kemahiran itu sebagai batu loncatan untuk mendapat status yang tinggi dalam masyarakat, dipuji orang, apatah lagi tidak mustahil akan mencapai tahap bangga diri, takjub pada diri, angkuh dengan kemahiran diri, sombong dengan kehebatan yang dimiliki dan sebagainya.

Ilmu yang kita pelajari yang pada asalnya adalah agar kita semakin mengenali siapa pencipta kita, betapa Maha Kuasanya Dia, agar kita menjadi takut pada kekuasaanNya, agar kita berfikir lebih panjang bukan setakat mempunyai wawasan 2020, tetapi wawasan akhirat negeri abadi dan sebagainya. Tetapi kita sudah salah gunakan untuk kepentingan diri sendiri hingga meletakkannya di luar batasan yang sepatutnya kita letak.

Di sini lah perlu diketahui, Orang Cerdik berbeza dengan orang Mahir

Manusia ini memang, jika dibiarkan maka akan saling mahu menunjuk-nunjuk (riya') antara satu sama lain. Aku kata aku hebat, dia kata dia lebih hebat, datang pula yang lain mengatakan dia lagi hebat, yang akhirnya tak berkesudahan dan membawa kepada perkara-perkara lain pula yang semakin haru-biru.

Justeru, jika kita fikirkan yang kita ini hanyalah seorang hamba Allah, maka tiada hebatnya kita, semua kita ini adalah lemah-selemahnya dan hanya Allah yang Maha Hebat. Jika kita sedar diri sampai ke tahap ini, kemahiran yang kita perolehi tidak akan dijadikan sebagai modal untuk menunjuk-nunjuk. Bahkan kita akan menggunakan kemahiran kita untuk lebih menghayati kebesaran Allah, di samping bertekad untuk memberi maslahah (kebaikan) kepada masyarakat umum dan paling penting adalah bagi maslahah Agama Islam yang tercinta. Di kala itulah baru kita jadi orang yang betul-betul cerdik. Jika semua orang ada pendirian sebegini dan bukan dibuat atas dasar kepentingan dan mahukan kemewahan peribadi, nescaya keamanan dan kesejahteraan hakiki insyaAllah akan tercapai.

Persaingan yang sihat dalam menuntut ilmu adalah suatu yang bagus. Tetapi jika ia menjadi medan untuk menunjukkan siapa lebih pandai maka kita sebenarnya sedang mengundang ke arah perpecahan secara tak sedar. Lagi pun manusia ini ada ego masing-masing, ada perasaan cemburu masing-masing. Jika kecemburuan yang ada itu disemarakkan lagi dengan menunjuk-nunjuk pada orang lain, maka akan bertambah parah lah di kemudian hari. Hiduplah manusia dalam keadaan sentiasa mahu tunjuk hebat sesama sendiri. Yang akhirnya tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak pun.

Dilemma perangai menunjuk-nunjuk ini bukan boleh diselesaikan jika tanpa kesepakatan semua pihak. Jika semua pihak menurunkan takhta keegoan masing-masing, dengan tidak meneruskan sikap bermegah-megah dengan kepandaian sendiri nescaya tidak mustahil kesepaduan hakiki akan tercapai. Dan jika kesepaduan hakiki sudah dicapai, maka nikmatilah suasana ketenangan yang diidam-idamkan oleh setiap manusia.

Walau apa pun jua, hayatilah antara maksud pesan baginda Rasulullah  S.a.w iaitu orang yang paling cerdik adalah orang yang selalu ingat mati. Itulah sebenarnya tahap kepandaian mutlak yang patut kita capai dan iktiraf. Bukan kepandaian duniawi semata-mata. Sama lah konsepnya dengan maksud firman Allah iaitu, "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu adalah yang paling bertaqwa." Dan kemuliaan itu lah yang patut kita cari, bukannya kemuliaan seperti yang dipuja-puja oleh manusia secara lahiriah semata.

Wallahu a'lam ....... :-)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.