Berita Terkini

Kita bersifat dengan SIFAT IBLIS tetapi kita TIDAK SEDAR

wallpaper islamik - Keagungan adalah pakaianKu, kesombongan adalah selendangKuSekiranya kita mahu senaraikan sifat-sifat Iblis, sudah tentu tidak cukup ruang untuk disenaraikan di sini. Tetapi kebanyakan sifat-sifat itu sudah jelas diketahui dan disedari apabila ianya berlaku. Cuma kadang-kadang ada yang berlaku tetapi tidak kita sedari kerana kita PERASAN kita sudah cukup baik.

Payah nak cari orang yang sedar diri kan? Kebanyakan kita mudah mengesan kesalahan orang lain, mencari-cari kesalahan orang lain, merendah-rendahkan orang lain, syok bersembang tentang keburukan orang lain dan sebagainya. Kita rasa kita sudah cukup baik malah rasa bangga seolah-olah diri kita sudah suci. Nah, sila lihat sifat-sifat di bawah ini dan renungkan ke dalam diri kita sendiri, adakah kita ini sebenarnya sudah cukup baik?

1 - Merasa diri kita lebih tua maka orang lain yang lebih muda perlu hormat dan tabik kepada kita, malah  kita merendah-rendahkan dan susah pula untuk merendah diri terhadap mereka. 

Maka apa bezanya kita dengan sifat Iblis yang merendah-rendahkan Nabi Adam a.s kerana Nabi Adam a.s jauh lebih muda darinya, dan PANTANG merendahkan diri di depan Nabi Adam a.s? 

Sedarkah kita bahawa usia itu hanya UJIAN kepada kita? Sama ada kita akan takabbur dan megah kerana merasa diri lebih tua dari orang lain atau sebaliknya. Sedangkan kita disuruh menyayangi golongan muda dan membimbing mereka. Kalau mereka tidak bersikap kurang ajar kepada kita, kenapa perlu kita merendahkan mereka dan langsung tidak mahu menerima nasihat dari mereka?

Semakin tua diri kita maka semakin dekat dengan KUBUR. Semakin lama maka semakin dekat untuk kita TINGGALKAN dunia ini. Maka apa rasionalnya USIA digunakan untuk menjadi bahan MEMBESARKAN DIRI? Hhmmmmm masuk akal ke?

2 - Merasa diri kita seorang yang rajin dan banyak ibadah, sehingga berbangga dan memandang rendah orang lain yang kurang ibadah. 

Maka tanya diri kita, apa tujuan kita beribadah? Mahu mendekatkan diri kepada Allah S.w.t, menjalankan kewajipan kita sebagai hamba dan seumpamanya ATAU untuk bermegah dan sombong dengan ibadah-ibadah yang kita lakukan? Mahu orang RESPEK kita kerana IBADAH kita BANYAK? Begitu dong?

Iblis lagi jauh banyak ibadahnya dari kita dulu. Sudah beribu-ribu tahun dia menjadi ahli ibadah. Sehinggalah Allah ciptakan Nabi Adam a.s dan disuruh Iblis tunduk hormat kepada Nabi Adam a.s, tetapi akibat kesombongan, mana mungkin dia mahu tunduk hormat kepada makhluk yang baru diciptakan yang tidak mempunyai ibadah banyak sepertinya.

Akibat tidak berfikir jauh, kita merendah-rendahkan orang yang tidak beribadah banyak seperti kita. Tanpa kita memikirkan kemampuan mereka sama ke tidak dengan kemampuan kita. Kita tidak tahu kondisi / keadaan orang lain seperti apa. Kadang-kadang kita nampak dia mampu dari segi kewangan, tetapi kita tidak tahu mungkin dia tidak mampu dari segi kejiwaan (faktor psikologi), kesihatan (mental dan fizikal), persekitaran dan sebagainya.

Sama sahaja konsepnya dengan perkara-perkara lain pun, kerana keadaan manusia TIDAK SAMA antara satu sama lain. Mungkin kita mampu sesuatu tetapi orang lain tidak mampu, maka jangan sampai kita merasa sombong dan memperlekehkan orang lain. Mungkin masanya sahaja belum sampai, dan setelah sampai masa nanti, mungkin orang lain itu pula yang akan lebih banyak ibadahnya dari kita. Maka sebaiknya kita doakan kebaikan untuk mereka, bukan merendah-rendahkan dan memperlekehkan mereka.

Mungkin juga kita tidak tahu, walaupun mereka KURANG IBADAH yang nampak di MATA kita, tetapi ADA ibadah-ibadah lain yang mereka buat yang lebih banyak dari kita. Dan adakah kita sudah YAKIN dan TAHU bahawa semua ibadah yang kita lakukan itu DITERIMA oleh Allah Ta'ala? Apa kata kalau Allah S.w.t TIDAK TERIMA ibadah-ibadah kita kerana kesombongan diri kita, amacam? Renungkan dan sama-sama kita jadi orang yang rendah hati.

3 - Merasa diri kita banyak ilmu, tidak kira sama ada ilmu agama atau ilmu dunia. Kita rasa bangga dan besar diri kerana suatu ilmu, hinggakan pantang kita ditegur sesuatu yang berkaitan dengan ilmu tersebut, yang kononnya boleh menjejaskan kredibiliti kita. 

Sudah tentu Iblis pun merasakan hal yang sama, iaitu BANYAK ILMU. Sudah berapa ribu tahun dia hidup sebelum Nabi Adam a.s. Dah banyak mana ilmu dia, dan kenapa perlu dia tunduk kepada orang yang baru sahaja diciptakan yang masih tak tahu apa-apa. 

Usahkan ilmu dunia, ilmu agama pun ada yang merasa besar diri dan bangga dengan apa yang kita ada. Sehinggakan kita langsung tidak boleh ditegur tentang ilmu tersebut oleh orang lain tidak kira sama ada dari orang alim atau jahil. 

Ntah apa tujuannya kita belajar ilmu agama ini ya? Untuk berlagak atau untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi hamba yang lebih baik. Kenapa perlu rasa besar diri kerana mempunyai ilmu yang tinggi? Sehingga payah untuk menghormati orang lain yang lebih jahil dari kita?  Orang jahil sahaja yang perlu HORMATI orang alim, begitu ke?

Sedangkan ilmu agama itu adalah untuk MEMPERINGATI diri kita dan orang lain. Ilmu sebagai jambatan juga untuk mendapatkan pahala yang banyak. Agar kita semua menjadi hamba Allah yang baik. Kenapa ilmu digunakan untuk mendapatkan kemuliaan di mata masyarakat? Kenapa perlu merasa besar diri apabila berilmu tinggi? Kenapa perlu wujud KASTA dari segi ILMU? Kita selalu membicarakan keburukan KASTA dari segi kekayaan, tetapi kenapa KASTA dari segi ilmu kita abaikan?


Kesimpulan

Iblis amat jauh lebih senior (lebih tua), lebih banyak ibadah, lebih banyak ilmu dari kita semua, maka KENAPA kita masih sombong dengan semua itu tadi? 


"Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci, Dia (Allah) lah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." [Surah An Najm : 32]

Hakikat manusia yang sombong / takabbur itu adalah seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.a.w iaitu;

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ. قَالَ رَجُلٌ: إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً؟ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ، الْكِبْرُ: بَطَرُ الْحَقِّ، وَغَمْطُ النَّاسِ

"Tidak akan masuk syurga orang yang ada dalam hatinya sebesar zarah kesombongan." Seorang lelaki berkata, "Sesungguhnya lelaki tersebut menyukai pakaiannya bagus dan kasutnya bagus? " Kata Nabi S.a.w; "Sesungguhnya Allah itu Cantik dan suka kepada yang cantik, al-Kibru (kesombongan) itu ialah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan manusia." [HR Muslim]

Wallahu a'lam .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.