Berita Terkini

Kafir Di Dunia, Tetapi Islam Di Akhirat - Khilaf Ulama berkenaan Non-Muslim masuk Syurga

Kafir Di Dunia, Tetapi Islam Di Akhirat, Khilaf Ulama berkenaan Non-Muslim masuk Syurga - Maulana Asri Yusoff

Untuk mengetahui tentang permasalah ini sila dengar dan hayati video di atas dengan sebaiknya.

Cuma saya ingin menambah sedikit untuk kita fikir-fikir dan renung-renung bersama. Adakah semua orang Non-Muslim yang ada di muka bumi hari ini sampai seru kepada mereka?

Pernah dulu ada seorang bekas paderi (di Eropah) yang peluk Islam, menceritakan bagaimana keadaan di tempat asalnya. Orang-orang di situ tidak mengenal Islam. Yang mereka tahu tentang Islam ialah melalui media massa, iaitu Islam adalah pengganas, Nabi Muhammad S.a.w kaki perempuan, suka membunuh dan sebagainya yang buruk-buruk, akibat propaganda media massa mereka. Adakah itu yang dikatakan sampai seru kepada mereka? Sedangkan mereka tidak mendapat ajaran Islam yang sebenar.

Untuk mereka cari dan kaji sendiri, sudah tentulah mereka tidak akan berani, kerana menyangka ajaran ini ajaran yang sesat dan mengajar orang menjadi pengganas dan sebagainya. Dan begitulah ramai lagi sebenarnya manusia yang mendapat maklumat yang salah tentang Islam di seluruh dunia.

Kafir itu sendiri maknanya "engkar" / "menolak", maka bagaimana kita mahu katakan seseorang itu kafir sedangkan tidak ada orang yang dakwah padanya? Maklumat-maklumat yang sampai kepadanya juga tidak benar tentang Islam, maka bagaimana kita nak katakan mereka itu kafir terhadap ajaran Islam? Kadang-kala, sebenarnya kita ini yang BERSALAH kerana tidak berdakwah dan menyampaikan kepada mereka. Bagaimana nanti kalau kita disoal di akhirat?

Oleh kerana itulah, saya juga berpandangan yang sama dengan sesetengah ulama yang mengatakan orang-orang non-Muslim itu ada banyak peringkat dan kemungkinan ada yang dimaafkan dan tidak kekal dalam neraka. Lagi pun berdasarkan kepada hadits;

"Tatkala Allah menciptakan para makhluk, Dia menulis dalam kitab-Nya, yang kitab itu terletak di sisi-Nya di atas 'Arsy, "Sesungguhnya rahmat-Ku lebih mengalahkan kemurkaan-Ku." [HR Bukhari no. 6855 dan Muslim no. 2751]

Yang menjadi masalah sekarang ini, bagaimana dengan orang yang namanya Islam, dari kecil di-didik dengan ajaran Islam yang betul, tetapi apabila dewasa melawan Islam, mengutuk sahabat Nabi S.a.w, melawan hukum-hukum Allah dan sebagainya? Apa lagi jenis yang berpura-pura di luar sebagai Islam, tetapi dalam hati tidak yakin pun dengan ajaran-ajaran dari Nabi Muhammad S.a.w, tetapi lebih mementingkan KESELESAAN dan KEMEWAHAN hidup DUNIAWI yang sebenarnya tidak ada apa pun ini. Harga dunia dan seisinya ini pun tidak dapat lebih mahal dari sebelah sayap nyamuk pun bagi Allah. Buktinya? Sila baca tajuk Betapa besarnya alam ciptaan Allah S.w.t.

Pendek cerita, sudah dapat penjelasan dan penerangan sebenar tentang Islam tetapi masih melawan Islam. Berbeza dengan orang non-Muslim yang masih tidak mendapat maklumat yang benar tentang Islam. Mereka ada yang berhati mulia, yang tidak berbuat jahat dan zalim pada orang lain, dan dalam masa yang sama mereka tidak pernah di-dakwah atau diterangkan perkara yang betul dan jelas tentang Islam. Lain lah kalau seseorang itu sudah dijelaskan betul-betul tentang Islam, siap dengan ayat-ayat al-Quran dan haditsnya, tetapi mereka masih menentang dan melawan, itu lain cerita.

Kerana itu walaupun kita ini sudah Islam, kita tidak boleh mendabik dada kononnya sudah Islam dan akan masuk syurga. Dan orang-orang kafir di luar sana bukan-nya untuk kita maki-hamun mereka dengan mengatakan bahawa mereka adalah ahli neraka! Melainkan kalau kejahatan dan kezaliman mereka sudah tersangat nyata, contohnya seperti rejim Israel yang menzalimi rakyat Palestine.

Justeru, marilah kita meniru sikap para sahabat Nabi S.a.w iaitu berkasih-sayang sesama orang-orang mu'min, bukannya saling benci-membenci, khianat-mengkhianat, zalim-menzalimi dan seumpamanya. Dalam masa yang sama, para sahabat bersikap keras terhadap orang-orang kafir yang menentang Islam.

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan-nya adalah keras terhadap orang-orang kafir (yang menentang Islam), tetapi berkasih sayang sesama mereka." [Surah Al Fath : 29]

Sama-sama kita dakwah kepada Non-Muslim dengan minda terbuka dan berlapang dada, kerana ada di antara mereka yang masih tidak mendapat maklumat yang betul dan salah faham, akibat terpedaya dengan putar-belit dan propaganda yang disajikan oleh media-massa yang tidak bertanggung-jawab.

"Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan berdialoglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik, Allah lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan siapa yang mendapat petunjuk." [Surah an-Nahl : Ayat 125]

Tanggung-jawab kita untuk menyampaikan tentang Islam setakat kemampuan kita. Adakah kita dikira prihatin dan ada kasihan-belas pada non-Muslim sekiranya kita membiarkan sahaja mereka berada dalam kesesatan? Lebih-lebih lagi jika kita ada kawan rapat dengan Non-Muslim, bagaimana nanti di Padang Mahsyar sekiranya kita dipersoalkan oleh mereka "kenapa kamu tidak beritahu pada aku kebenaran dulu?"

Walaupun ada yang masuk neraka tetapi kemudiannya dilepaskan, tetapi, yang harus kita fikirkan sekarang, sekejap ke lama ke, mahu ke kita MASUK NERAKA?  Sedangkan masuk PENJARA DUNIA ini pun orang sudah tidak mahu, sedangkan diseksa sedikit di dunia pun orang tidak mahu, apa lagi SEKSAAN NERAKA!  Wal 'iyaadzu billah.

Panjang kalau nak dibahas tentang ini, Maka saya sudahi dulu, terima kasih kerana sudi membaca, walaupun mungkin tidak ada orang pun yang akan baca :-D

Wallahu a'lam ....... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.