Berita Terkini

Ke arah mana kita gunakan nikmat-nikmat dari Allah?

Allah S.w.t Yang Maha Berkuasa boleh MENYEKSA kita SETIAP SAAT dari azali hingga selama-lamanya, tanpa memberikan kita peluang langsung untuk menikmati kehidupan ini. Tetapi Dia tidak melakukan sedemikian, kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Sabar.

Allah mungkin tidak menyegerakan balasan seksa kepada mereka yang derhaka. Dan Allah tidak tergesa-gesa memberikan bantuan kepada mereka yang layak mendapatnya.

Tak kira manusia baik atau jahat, dibiarkan dahulu di dunia ini dan diberikan rezeki dan serba nikmat seperti nikmat mata, telinga, hidung, tangan, kaki, makan, minum, nikah, hiburan dan sebagainya.

"Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." [Surah Al-Mulk : 2]

Manusia diberikan ilham sama ada ilham kebaikan mahupun ilham kejahatan / keburukan. Dan Allah Yang Maha Adil telah mengurniakan manusia AKAL untuk menilai dan memilih mana yang mereka mahu. Jika mereka pilih jalan kebaikan maka akan BERJAYA lah.  Jika mereka pilih jalan keburukan maka akan RUGI lah.

"Maka diilhamkan kepada manusia jalan yang buruk (fujur) dan jalan taqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikannya (suci hati). Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya."  [Surah As Syams : 8 - 10]

Allah Azza wa Jalla mengurniakan kepada kita TERLALU BANYAK NIKMAT. Tetapi adakah kita mengenang jasa nikmat-nikmat itu dengan bersyukur kepada Allah dan melakukan apa-apa yang Dia suka?  Atau kita gunakan nikmat-nikmat tersebut untuk melayan nafsu dan selera kita semata-mata, tanpa menghiraukan PERINTAH dan LARANGAN ALLAH?

Adakah kita gunakan NIKMAT MATA untuk melihat kebesaran Allah, memujiNya dan semakin mendekatkan diri kepadaNya ATAU melihat suatu yang HARAM dan MAKSIAT?  Adakah kita gunakan NIKMAT TELINGA untuk mendengar ayat-ayat Al-Quran, zikrullah dan ilmu-ilmu bermanfaat ATAU mendengar lagu-lagu dan perkara melalaikan?  Adakah kita gunakan NIKMAT MULUT untuk zikrullah, baca ayat-ayat Al-Quran, mengajar kebaikan ATAU mengumpat dan menyakitkan hati orang lain?  Dan sebagainya .......


BAYANGKAN, kalau tangan kita DIPOTONG, adakah jika kita beramal ibadah banyak-banyak dapat mengembalikan semula tangan kita itu?

Sudah tentu tidak. Kerana itulah NIKMAT yang Allah kurniakan pada kita TAK DAPAT kita balas dengan apa pun. Hanya kita sahaja yang PERASAN diri kita sudah BANYAK BERAMAL, sedangkan jika nak bandingkan dengan NIKMAT yang Allah kurniakan pada kita, TAK ADA APA pun pada amalan-amalan kita itu.

Maka kerana itu lah, mudah-mudahan kita dapat memperbanyakkan amal-ibadah kita, kerana itulah TANDA SYUKUR kita pada Allah. Sebagaimana Nabi S.a.w ketika solat malam terlalu banyak hingga PECAH-PECAH kakinya dan bengkak lututnya, ditanya oleh Aishah r.a kenapa baginda berbuat sedemikian sedangkan baginda sudah maksum, jawab Nabi S.a.w;

"Adakah aku tidak senang untuk menjadi seorang hamba yang banyak bersyukurnya?" (Hadits Muttafaq 'alaih)

Maka BERSYUKUR bukanlah semata-mata kita MENGATAKAN "Aku bersyukur" atau "alhamdulillah". Tetapi bersyukur ialah kita perbanyakkan amal ibadah yang IKHLAS semata-mata kerana Allah.


"Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila dia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekatkan padaKu dan melakukan hal-hal yang sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah yang sebagai telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu padaKu, pastilah Kuberi dan andaikata memohonkan perlindungan padaKu, pastilah Kulindungi." [Hadits Riwayat Bukhari]

Makanan yang SEDAP, tidak akan dirasa SEDAP jika MULUT atau TUBUH sedang sakit. Pemandangan yang CANTIK tidak dapat dirasa cantik jika MATA sedang SAKIT. Begitulah keadaannya dengan SIFAT-SIFAT yang BAIK dan perkara-perkara BAIK tidak akan nampak BAIK oleh HATI yang BERPENYAKIT dan KERAS .......

Wallahu a'lam .......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.