Berita Terkini

Menang di dunia tidak semestinya berada di pihak yang benar

islamic wallpaper
Manusia memang suka menang, terutamanya dalam perkara yang boleh mengundang puji-pujian dari manusia, mendapat habuan wang, hadiah, dan sebagainya. Sedangkan payah nak cari manusia yang suka kalah, kecuali kalah apabila hanya dia berdua dengan lawannya saja yang ada, tidak ada habuan dan hadiah, dan sebagainya. 

Memang adat manusia suka kepada kemenangan, hinggakan ada yang sanggup lakukan apa saja cara untuk menang, walaupun cara itu ternyata salah dan berdosa.

Walaubagaimana pun, kemenangan bukanlah segala-galanya, dan orang yang menang di atas muka bumi ini tidak semestinya dia berada di pihak yang benar. Nabi Muhammad S.a.w dan sahabat pun pernah kalah dalam Perang Uhud, tetapi adakah ketika itu baginda berada di pihak yang salah dan tidak benar?

Jika kekalahan umat Islam ketika Perang Uhud itu adalah kerana kesilapan segelintir pejuang Islam, itu boleh diterima. Kerana beberapa orang pejuang Islam itu telah tergoda dengan harta rampasan perang, hinggakan sanggup meninggalkan posisi masing-masing, dan menyebabkan musuh datang kembali dan menyerang dari arah belakang.

Tentera musyrikin ketika itu yang menang tidak semestinya mereka berada di pihak yang benar. Melainkan itu semua adalah ujian dari Allah, sebagai pengajaran tentang adanya kesilapan yang masih berlaku yang perlu diperbetulkan.

Begitu lah juga contohnya seperti kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang selalu menghantar tentera-tentera mereka membuat kacau di negara-negara lain, dan mereka selalu menang. Adakah kerana mereka berada di pihak yang benar? Sudah tentu tidak sama sekali.

Dan sama juga contoh-contoh lain seperti wanita seksi yang menang dalam acara gimnastik, penyanyi seksi yang menang pertandingan menyanyi, pelakon seksi yang memenangi anugerah pelakon terbaik, kumpulan gangster yang menang dalam pergaduhan besar-besaran dan sebagainya lagi. Adakah mereka semua berada di pihak yang benar? Ketuk pintu dada, bagi salam dan tanya iman anda.

Ketahuilah, Allah tidak pandang pada kemenangan semata-mata, kerana sudah jelas Dia lebih pandang kepada hati dan amalan hamba-hambaNya.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupamu, tidak pula pada hartamu, tapi Dia melihat pada hatimu dan amal perbuatanmu.” (Hadits riwayat Muslim, dari Abu Hurairah r.a)

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling Taqwa di antara kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Surah Al-Hujuraat : 13)

Jika kita perasan hati kita sudah baik, itu tidak memadai selagi kita tidak mengukurnya dengan ketaqwaan. Adakah kita sudah betul-betul bertaqwa atau takut pada Allah? Jika kita hanya perasan hati kita baik, tetapi kita tidak menutup aurat di khalayak ramai, suka mencarut dan berkata-kata kesat, tidak melakukan hal-hal yang wajib, tidak solat dan sebagainya, sebenarnya hati kita masih lagi bermasalah besar dan dipengaruhi oleh nafsu ammarah bis suu'.

Kerana itulah kita perlu ukur hati kita berlandaskan kepada AlQuran dan AlHadits. Jika hati kita bercanggah dan tidak mengikut AlQuran dan AlHadits, maka hati kita itu belum lagi mencapai tahap baik dan mulia. Dan kita tidak semestinya berada di pihak yang benar lagi.

Jika menurut kepada hadits nabi, pihak yang benar di akhir zaman ialah muncul golongan / puak yang berjuang untuk menegakkan Islam.

Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya, "Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut". (Hadits riwayat Muslim , dari Thauban r.a)

Golongan yang sedikit berjuang untuk menegakkan kebenaran itu bukan sahaja tidak ramai, tetapi juga akan dipandang asing dalam masyarakat, terutamanya dalam masyarakat yang merasakan diri mereka moden ini.

"Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya wahai Rasulullah, siapakah orang asing itu? Rasulullah s.a.w menjawab, orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa". (Hadits riwayat Muslim)

Penjelasan tentang orang-orang asing (ghurabaa') itu boleh kita lihat pula dalam hadits, Nabi s.a.w bersabda; "Orang-orang Yahudi berpecah kepada 71 puak dan orang-orang Kristian berpecah kepada 72 puak. Umatku akan berpecah kepada 73 puak. Semuanya akan masuk neraka kecuali satu sahaja iaitu golongan yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku." (Riwayat An-Nasai, Tarmizi, Abu Daud, Ahmad, Haakim, Ibn Majah, Al-Baihaqi)

Bermakna, orang-orang yang asing yang dimaksudkan bukanlah orang-orang yang membawa ajaran pelik sehingga mengaku nabi, berpakaian pelik tetapi seksi dan memakai perhiasan-perhiasan yang dilarang, mengeluarkan fahaman-fahaman pelik yang bercanggah dengan aqidah dan syariah dan seumpamanya. Tapi orang-orang asing yang dimaksudkan itu ialah orang-orang yang menepati sunnah nabi dan sahabat-sahabatnya.

Kita perhatikan sejarah permulaan Nabi Muhammad s.a.w mengembangkan Islam di Mekah, baginda mendapat tentangan hebat dari kafir dan musyrikin Quraisy. Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w itu dianggap sebagai asing dan pelik, sehinggakan mereka menuduh Rasulullah S.a.w membawa ajaran sesat.

Bagaimana mereka tidak anggap sesat, kerana Rasulullah S.a.w membawa satu ajaran yang bertentangan dengan adat dan amalan nenek moyang mereka. Mereka yang sudah sekian lama dibelenggu dengan amalan-amalan dan kepercayaan jahiliyyah, tidak sedar bahawa mereka sedang berada di dalam kesesatan.

Begitulah ibaratnya di zaman moden ini, masih wujud amalan-amalan dan kepercayaan jahiliyyah (yang biasanya terpengaruh dengan ajaran-ajaran Hindu, Kristian dan pagan lama). Jika ada pihak yang cuba menegur dan membetulkan, maka pihak tersebut pula dituduh asing dan menyesatkan. Sedangkan pihak yang menuduh itu tidak merujuk kembali kepada AlQuran dan AlHadits dengan sebetulnya, tetapi hanya membuat tuduhan melulu.

Dan jika ada pihak yang cuba menegakkan Islam, menegakkan hukum-hakam (Undang-undang Islam) dan melakukan amalan-amalan sunnah, mereka akan dilihat asing dan masyarakat mula menghina dan memperlekehkan golongan tersebut, kemudian menuduh yang bukan-bukan.

Inilah tujuannya kita perlu belajar dan ada ilmu agama dengan secukupnya, agar tidak terjerumus dalam jahiliyyah yang dengan mudah memburuk dan menyesatkan orang lain, sedangkan dia tiada dalil yang kuat.  Dan tambah buruk lagi ialah dengan cuba memutar-belit fakta untuk memburukkan orang lain, na'uzubillahi min zaalik.



Kesimpulan

Dengan mendapat kemenangan di dunia ini, tidak kira dalam apa jua bidang, tidak semestinya kita berada di pihak yang benar. Akan tetapi Allah sentiasa melihat hati dan amalan hamba-hambaNya, adakah baik atau buruk.

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya,  dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."  (Surah Al-Mulk : Ayat 2)

Kemenangan yang hakiki adalah kemenangan di akhirat. Maka kita semua hanya perlu berusaha dan terus berusaha untuk membaiki diri dan beramal sebaik mungkin bertepatan dengan syariah.  Tidak perlu lah kita mendabik dada dan berbangga, kemudian merendah-rendahkan golongan lain jika kita memenangi suatu perkara di atas dunia yang fana ini.  Kerana belitan iblis selalunya tidak disedari.

"Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia.  Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Surah Al-A'laa : Ayat 16-17)

''Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya, dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid : 20)

"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong dan meneguhkan kedudukanmu."  (Surah Muhammad : Ayat 7)

Sebelum mengakhiri tulisan kali ini, sama-sama lah kita muhasabah diri dan merenung dalam-dalam hadits di bawah ini.

"Neraka dikelilingi oleh hawa nafsu (yang disukai manusia), dan syurga dikelilingi oleh perkara yang dibenci manusia (melakukannya)." (Muttafaqun ‘alaih)

Semoga kita tergolong di dalam golongan yang selamat di dunia dan di akhirat, baarokallahu lii wa lakum, amiin. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.