Berita Terkini

Kisah sedih Bubble Lady di Vietnam

Kisah sedih Bubble Lady di Vietnam
Wanita berusia 35 tahun ini iaitu Thach Thi Sa Ly tinggal di kawasan luar bandar Vietnam di Delta Mekong, di mana beliau dikenali sebagai 'Bubble Lady' kerana keadaan perubatan yang pelik.

Ly mula tumbuh 'ketumbuhan gelembung' itu ketika dia berusia hanya setahun. Apabila dia membesar, ketumbuhan itu juga semakin menjadi-jadi tumbuh dan membesar saiz mereka. Keluarganya tidak mampu untuk membayar bantuan perubatan, jadi Ly terpaksa hanya tabah dan mempunyai ketulan aneh. Oleh kerana keadaan dirinya yang membuatkan Ly semakin menakutkan dan dijauhi orang lain, hilang pendidikan dan hanya tinggal dalam rumah.

Akhirnya selepas berdekad menanggung derita, ibu bapa Ly membawanya ke hospital di Wilayah Soc Trang, tetapi ahli perubatan bingung tidak dapat menentukan punca gelembung dan ketulan Ly dan memberitahunya untuk cuba di hospital Bandar Raya Ho Chi Minh. Malangnya keluarga itu terlalu miskin untuk membuat perjalanan dan keadaan Ly kekal tidak dikenal pasti dan dirawat.

Minggu ini akhbar Lao Dong di Vietnam menghubungi Ly dan keluarganya, tetapi selepas menemuduga Ly dan mengambil gambarnya, mereka tidak mempunyai apa-apa berita baik untuk menawarkan pada beliau.

Ly diberitahu bagaimana keadaan dirinya sama dengan dua orang pesakit lain yang mereka juga telah dihubungi, Nguyen Thi Dang, seorang wanita berusia 60 tahun di Wilayah Ha Nam, dan Nguyen Dinh Chieu, seorang lelaki berusia 50 tahun di Hanoi.

Doktor di Vietnam telah mengesahkan bahawa kedua-dua pesakit yang lain telah mengalami neurofibromatosis, satu keadaan genetik yang menyebabkan tumor benigna tumbuh di mana-mana bahagian badan.

Malangnya, tidak ada rawatan lagi bagi keadaan itu. Tumor boleh dikeluarkan, tetapi mereka mungkin tumbuh semula dan selalunya dalam jumlah yang lebih banyak.

[The Morning Starr - 3 Disember 2011]


Penyakit ini kelihatannya sama dengan Lelaki gelembung mahu menamatkan kesengsaraan ketumbuhan.

Semoga Ly dapat menemui ubat yang mujarab untuk penyakitnya. Dan semoga ada tangan-tangan yang akan membantunya. Apa-apa pun, semoga dia mendapat yang terbaik dari Tuhan, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Bagaimana pula dengan ujian yang menimpa hidup anda? Adakah anda sentiasa mewah dan senang? Jangan terpedaya dengan dunia, kerana dunia adalah kesenangan yang menipu. Dan bagaimana kah kita menghadapi ujian yang menimpa kita? Adakah kita semakin ingat dan patuh pada Allah Ta'ala? Alhamdulillah.  Atau kita semakin jauh dariNya?  Na'uzubillahi min zaalik.

Allah S.w.t berfirman yang maksudnya, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim : 7)

Bersyukur ialah dengan kita semakin berterima kasih, ingat dan taat pada Allah, bukannya semakin lalai, banyak berhibur, banyak lakukan maksiat, dan seumpamanya .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.