Berita Terkini

Kumpulan penggodam lancar perang siber terhadap polis AS

LAS VEGAS 7 Ogos 2011  -  Sekumpulan Penggodam mendakwa telah 'merosakkan dan menghapuskan' banyak laman web agensi polis Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas susulan penahanan rakan seperjuangannya yang dituduh menggodam laman web Pusat Agensi Risikan (CIA), Agensi Jenayah Britain SOCA dan Sony.

Kumpulan yang dikenali sebagai AntiSec (Anti-Security) dalam kenyataan di dalam talian, berkata pihaknya mengesahkan dakwaan yang dibuat dengan mengedarkan maklumat yang berjaya diambil daripada 70 agensi polis tempatan ketika serangan siber.

"Kami mengedarkan sejumlah besar maklumat sulit yang pastinya memalukan, menimbulkan kesangsian dan membukti bahawa mereka (polis) bersalah di sekitar AS," kata satu pesanan daripada kumpulan berkenaan.

"Tindakan ini diambil atas semangat perjuangan terhadap defendan Topiary dan Anonymous PayPal LOIC, serta banduan politik yang lain yang terpaksa berdepan dengan sistem mahkamah yang rosak," katanya lagi.

Awal minggu ini, banduan politik iaitu remaja berusia 18 tahun warga Britain, Jack Davis dipercayai penggodam dengan nama dalam talian "Topiary" dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah London.

[AFP , Berita Harian]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.