Berita Terkini

Yahudi dulu ubah hukum dan ubah ayat, kita sekarang ubah hukum tanpa ubah ayat

Umat Yahudi dulu telah menjadi sesat antaranya kerana telah mengubah hukum-hakam dan mengubah ayat-ayat dalam kitab mereka. Manakala kita sekarang ini telah mengubah hukum tanpa mengubah ayat-ayat AlQuran.

Kenapa dikatakan kita mengubah hukum? Kerana hukum-hakam yang kita pakai sekarang ini, terutamanya Undang-undang sebuah negara adalah bukan Undang-undang Islam, tetapi hampir semua adalah Undang-undang British.

Sedangkan Undang-undang sebuah negara lah yang PALING PENTING dilaksanakan mengikut Islam, jika kita ini adalah orang Islam. Ia bukan setakat undang-undang dalam rumahtangga, bukan undang-undang kampung, TETAPI undang-undang sebuah negara!

Undang-undang negara yang MENJAGA rakyat keseluruhannya. Dan undang-undang negara yang TERBAIK sudah pastilah Undang-undang Islam.  Kerana ianya sudah TERANG dan JELAS di nyatakan oleh Allah s.w.t dalam AlQuran.

Kami rakyat TIDAK TAKUT untuk berzina jika sekiranya setakat kena hukum denda atau penjara, kerana jika kami BANYAK DUIT, kami hanya perlu bayar denda, habis cerita. Orang ramai pun tak tahu.

Tetapi jika menurut Hukum Hudud, tidak kira kami kaya atau miskin, jika kami berzina dan cukup syarat serta saksi , dan kami belum berkahwin, maka kami WAJIB dihukum sebat 100 kali, di KHALAYAK RAMAI. Kemudian dibuang negeri. Maka bayangkan orang ramai yang melihat HUKUMAN tersebut, agak-agak mereka ada kemahuan untuk BERZINA ke tidak di masa akan datang?

Masa itu lah Allah akan bolak-balikkan hati manusia, yang pernah ada niat untuk berzina pun akan menukar rancangannya. Dan begitulah juga dengan hukuman-hukuman yang lain. Undang-undang Islam bukanlah semata-mata untuk MENGHUKUM, tetapi untuk MENCEGAH JENAYAH dan MENDIDIK masyarakat agar menjadi orang baik.

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat." [Surah An-Nur : Ayat 2]

Ayat AlQuran asalnya bermaksud seperti di atas. Tetapi jika kita MENGUBAH HUKUM, maka seumpamanya ayat itu telah diubah dan berbunyi  "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu suruh bayar denda atau penjara tiap-tiap seorang dari keduanya."

Nampak tak di situ? Atau masih tak nampak lagi, atau buat-buat tak nampak? Hayatilah, renung-renungkan, dan JANGAN AMBIL MUDAH soal KEWAJIPAN.

Siapa yang jadi mangsa jika kerajaan TIDAK melaksanakan Undang-undang Islam?  Rakyat lah yang menjadi mangsa.

Kami tinggalkan motosikal sekejap di tempat parking Mydin Mall pun kena CURI!  Hari-hari kami baca berita jenayah ROGOL, ZINA, CURI, ROMPAK, BUNUH dan sebagainya, bukan makin turun kes tetapi makin naik dan bertambah.

Kami tinggalkan rumah semalaman pun kena PECAH RUMAH. Anak-anak kami jadi mangsa pengedar-pengedar dadah, dan mereka jadi penagih dadah. Anak kami berzina, kemudian buang anak merata-rata! 

Bank, kedai emas dirompak, PAK GUARD ditembak! Wanita-wanita seksi yang beragama Islam berkeliaran di luar rumah tak kira siang atau malam. Menggugat KEIMANAN lelaki-lelaki yang melihatnya dan menjadi punca berlakunya ZINA, ROGOL, BUANG ANAK dan sebagainya.

Kak Limah nak berjalan bawa beg tangan yang berisi duit pun RISAU SANGAT-SANGAT, kerana takut DIRAGUT.  Dan camam-camam lagi lah ..

Maka dimana KEAMANAN yang sebenarnya? Ini bukan aman sebenarnya, tetapi rakyat berada dalam KETAKUTAN yang orang lain tak nampak. Sentiasa kena RISAU dengan harta benda, risau dengan keselamatan diri dan keluarga, segalanya RISAU, kerana PENJENAYAH berleluasa dan di mana-mana.

SECARA sedar atau tidak, kita sekarang ini sudah MENGUBAH HUKUM TUHAN, cuma kita tidak UBAH ayat AlQuran saja. Maka apa bezanya kita dengan Yahudi? Baik kita sikit saja dari Yahudi kerana kita TIDAK UBAH AYAT.

Yahudi dulu licik kerana mereka UBAH HUKUM di samping UBAH juga ayat-ayat dalam kitab Taurat. Dan yang paling banyak lagi UBAH HUKUM dan UBAH AYAT ialah selepas Nabi Isa a.s di angkat ke langit. Yang mana diubah oleh kerajaan Rom dan Paulus, hanya kerana untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa dan mengikut selera sendiri.  Yang menjadi mangsanya ialah umat Nasrani.

Maka sedar-sedarlah SEMUA, jangan tertipu lagi dengan agenda British. Dah lama kita MERDEKA tapi masih pakai Undang-undang British dan kita SISIHKAN Undang-undang dari Allah Ta'ala. Sangat sedih :(

Dan wahai PEMIMPIN NEGARA, tidak kah kamu merasa TAKUT dalam lubuk hati kecil kamu, sehingga kamu TIDAK MELAKSANAKAN KEWAJIPAN ini? Di mana perasaan TAKUT kamu pada Tuhan?  Adakah kamu tidak mampu melaksanakannya? Jika tidak mampu, siapa suruh kamu beriya-riya menjadi PEMIMPIN? Berikan lah jawatan PEMIMPIN kepada mereka yang mampu dan mahu melaksanakan Undang-undang Islam.


Kalau perkara sunat dan perkara-perkara kecil lain lah jika kamu tidak mahu laksanakan. Dan kalau melibatkan dosa-dosa kecil pun lain, saya sendiri pun banyak buat dosa kecil. Kita semua TIDAK MAKSUM!  Tetapi ini melibatkan PERKARA BESAR, soal Undang-undang sebuah negara, bukan perkara main-main dan soal ringan.

Apa nanti kita nak jawab dalam KUBUR, apabila MALAIKAT tanya, APA KITAB IKUTANMU? Kita nak jawab AlQuran? Sedangkan hukum-hakam dalam AlQuran kita sendiri TOLAK? Renung-renungkan dan tafakkaruu yaa ayyuhal ikhwah .......


Nabi Muhammad s.a.w telah memberi peringatan tentang akan tiba masa Hukum Islam dicabut, seperti dalam hadis, "Tali yang disimpul untuk mengikat ajaran Islam  dirungkai satu persatu. Maka setiap kali dirungkai, orang ramai berpegang dengan simpulan yang masih ada. Yang pertama dirungkai ialah Hukum-hakam, dan yang paling akhir ialah solat".  [Hadits Riwayat Ahmad]

Imbas kembali zaman sebelum British menjajah, Malaysia @ Tanah Melayu telah menjalankan Undang-undang Islam. Selepas datangnya British, mereka MENCABUT (MERUNGKAI) Undang-undang (HUKUM) itu.

Dan lihatlah sekarang ini, yang akhirnya seperti yang diberitahu oleh nabi dalam hadis di atas pun sudah banyak berlaku, iaitu TERUNGKAINYA solat.  Muslim sendiri pun ramai yang tidak pandai solat dan tidak mahu solat. Maka itulah kesannya jika mula-mula sekali HUKUM telah dirungkai / dicabut.  Apabila HUKUM / UNDANG-UNDANG untuk menjaga manusia keseluruhannya sudah dirungkai, maka pincanglah pemerintahan, dan semakin jauh lah dari agama, hingga menjadi SEKULAR dan sebagainya, na'uzubillah.

Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila Allah mengkehendaki kebaikan bagi seseorang Raja atau Pemimpin itu, nescaya Dia jadikan kepadanya menteri atau pembantu yang baik, jika dia lupa nescaya diperingatkan, jika dia telah ingat nescaya dibantunya. Dan apabila Allah mengkehendaki lain dari itu, nescaya Dia jadikan untuknya menteri dan pembantu yang jahat , jika dia lupa tidak diberi peringatan, jika dia sudah ingat nescaya tidak dibantunya."  [Hadits Riwayat Abu Daud]

Sememangnya kita dilarang dari memerangi pemimpin yang zalim, selagi pemimpin itu menunaikan solat. Tetapi kita juga dilarang dari MENYOKONGNYA dan membenarkan kezaliman-kezaliman yang dilakukannya. Jika kita terus menyokong pemimpin yang zalim, dibimbangi kita terus tersesat bersamanya. Maka pemimpin yang zalim sepatutnya dinasihati, dibimbing agar kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah S.w.t.

إِنَّهُ يُسْتَعْمَلُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ كَرِهَ فَقَدْ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ فَقَدْ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نُقَاتِلُهُمْ قَالَ لَا مَا صَلَّوْا

"Bahawa sesungguhnya akan diangkat untuk kamu sekalian beberapa pemimpin (penguasa), maka kamu sekalian akan mengetahui kebaikan dan kemungkarannya. Barangsiapa yang benci maka bebaslah dia, dan barangsiapa yang mengingkarinya maka selamatlah dia, tetapi orang yang senang dan mengikuti maka tersesatlah dia." Para sahabat bertanya, "Apakah tidak sebaiknya, kita memerangi mereka itu?" Beliau menjawab, "Jangan, selama mereka masih mengerjakan solat."  [Hadits riwayat Muslim , no 3446]

إن الناس إذا رأوا الظالم فلم يأخذوا على يديه أوشك أن يعمهم الله بعقاب منه

"Sesungguhnya apabila orang-orang melihat orang yang zalim kemudian mereka tidak mencegahnya maka kemungkinan besar Allah akan meratakan siksaan kepada mereka lantaran perbuatan si zalim tadi."  [Hadits riwayat Abu Daud, at-Turmudzi dan an-Nasa-i]

"Jihad yang paling utama ialah mengatakan keadilan pada pemimpin yang menyeleweng."  [Hadits riwayat Abu Daud dan at-Turmudzi]

Walaubagaimana pun, sebaik-baiknya kita hanya menasihati dan cuba membimbing pemimpin yang zalim dan menyeleweng. Akan tetapi kita elakkan dari MENGHINA mereka, kerana ditakuti kita akan dihina oleh Allah S.w.t.  wal 'iyaadzu billah.

"Barangsiapa yang menghina raja (pemimpin) maka Allah akan menghinakan dirinya."  [Hadits riwayat at-Turmudzi]

Wallahu a'lam .......

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.