Berita Terkini

Kerajaan BN mula menunjukkan pemerintahan kuku besi

Membuat perhimpunan tak boleh, memakai baju Bersih 2.0 pun tak boleh, mengedar bendera Malaysia pun tak boleh?

Aktivis Bersih ditahan polis kerana pakai baju Bersih 2.0 dan mengedar bendera Malaysia

Aktivis Bersih termasuk Adun di Sungai Siput ditahan polis pagi tadi kerana mengedar bendera Malaysia dengan memakai baju Bersih.

Malaysiakini melaporkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

“Kemeja-T Bersih ada berkaitan dengan perhimpunan haram, maka apa sahaja yang mereka pakai adalah haram,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun Hishammuddin tidak mengatakan di bawah undang-undang apa yang soal penjualan, pembelian dan pemakaian kemeja-T itu dianggap haram.

Pakai baju yang ada kaitan dengan Bersih 2.0 pun haram? Apa kena kerajaan BN sekarang ini ya?

Naib Presiden PKR N. Surendran mendakwa penahanan pra-Himpunan Bersih 2.0 adalah tidak sah, sambil menambah mereka yang ditahan boleh menyaman kerajaan.

Peguam hak asasi manusia ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa tiada undang-undang di negara ini yang membenarkan penahanan pencegahan atau hanya kerana kemeja-T yang diisytiharkan haram hari ini.


Polis serbu rumah dijadikan tempat kegiatan perhimpunan haram 

Polis Selangor hari ini menyerbu sebuah rumah berhampiran Hospital Assunta, yang dipercayai dijadikan tempat kegiatan yang ada kaitan dengan perhimpunan haram pada 9 Julai.

Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 11 pagi ini diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd Adnan Abdullah dan disertai lebih 10 anggota polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi berkata, dalam serbuan itu, polis merampas beratus-ratus helai baju yang tertulis logo dipercayai berkaitan perhimpunan haram itu.

Macam dah jadi satu JENAYAH BESAR lah pula, main serbu-serbu ni .......

Mana demokrasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan, kalau setakat nak berhimpun pun ditangkap polis? Setakat pakai baju yang ada kaitan pun ditangkap polis?

Bagus lah, tunjukkanlah siapa sebenarnya kerajaan BN ini, dah lebih kepada kuku besi dah jadinya. Akibat takut kalah pilihanraya nanti, sampai tidak sedar diri menjadi kuku besi.

Perhimpunan itu pun belum diadakan lagi, tetapi sudah dituduh macam-macam. Sekurang-kurangnya tengok dulu apa akan jadi nanti, baru boleh buat tuduhan. Inilah yang diibaratkan, itik tak ada apa-apa, tapi ayam yang sakit hati. Hhhmmm perumpamaan apa ntah ni.

Perhimpunan ini ingin diadakan secara aman, dan sudah berbuih mulut pemimpin-pemimpin pembangkang dan mereka yang terlibat menerangkannya, tetapi kerajaan tetap juga MEMPROVOKASI kannya. Yang membuat huru-hara sekarang bukan mereka yang mahu berhimpun, tetapi KERAJAAN SENDIRI.



Semua guru dan pelajar diberi amaran

Semua guru dan pelajar sekolah pun sudah diberi AMARAN agar tidak melibatkan diri dengan Himpunan Bersih 2.0. Dan dari dulu dah sebenarnya para guru sangat keras dilarang menyertai mana-mana aktiviti yang berbaur menyokong pembangkang.  Sehinggakan para guru berada dalam ketakutan, dan ada yang pernah ditukar sekolah kerana disyaki terlibat dengan aktiviti sedemikian.


Media-media utama termasuk akhbar, televisyen dan radio dikawal kerajaan

Dari dulu lagi syarikat-syarikat akhbar utama, televisyen dan radio dikongkong dan berkempen untuk kerajaan. Sedangkan negara seperti Amerika Syarikat pun ada stesyen TV dan radio milik pembangkang.

Dan banyak lagi lah kongkongan-kongkongan yang dibuat demi kerana mahu memegang tampuk pemerintahan, walaupun secara tidak adil dan menggunakan taktik kotor.

Wahai kerajaan BN, jika tidak mahu Bersih 2.0 diadakan, maka adakanlah pilihanraya dengan cara BERSIH, jangan guna TAKTIK KOTOR.

Ini tidak, sudah merata kampung dan tempat sekarang mempunyai banyak nama daftar pengundi HANTU. Dan macam-macam lagi taktik kotor BN seperti yang berlaku pada Pilihanraya Umum yang lepas.

Dan jika tidak mahu umat Islam berbalah sesama sendiri, maka pelan-pelan lah laksanakan Undang-undang Islam.

".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” (Surah Al-Ma’idah : ayat 49).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.