Berita Terkini

Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2011

Selebriti-selebriti di Malaysia

Antara selebriti-selebriti yang telah mati di Malaysia .......

Penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais meninggal dunia

Datuk Ahmad Jais meninggal duniaKUALA LUMPUR 11 Okt 2011 - Seniman Datuk Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada 9.19 pagi 11 Oktober 2011.

Allahyarham merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.

Antara lagu yang pernah dipopularkan seperti 'Azizah', 'Bahtera Merdeka' dan 'Di Ambang Sore'.

Sekitar hujung Februari 2011, Dato’ Ahmad Jais di’masukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat sesak nafas.

Menurut ahli keluarga, Dato’ Ahmad Jais pernah mengadu penat selepas pulang dari membuat persembahan di Batu Pahat pada 8 September.  [Berita Harian , Malaysian Digest , Wikipedia]



Hasnah Haron meninggal dunia

KUALA LUMPUR 1 Ogos 2011  -  PENYANYI tahun 60-an yang pernah popular dengan lagu Bersedih, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia kerana barah pangkal rahim kira-kira jam 8 pagi ini di Hospital Sultan Ibrahim Johor Bahru, Johor.

Rakan seangkatannya, Datuk A Rahman Hassan berkata, walaupun pemergian Hasnah sememangnya dijangka, namun beliau dan isterinya yang juga kawan rapat kepada Hasnah, Datin Azizah Mohamad turut bersedih dan merasakan kehilangannya.

"Sebenarnya sudah beberapa hari Hasnah dimasukkan ke hospital, dan kami sedia maklum kerana diberitahu oleh anaknya yang mana Hasnah sudah nazak sejak Subuh semalam. Kami sentiasa berhubung dengan anaknya untuk mengetahui perkembangan mengenai dirinya.

"Dan pagi tadi kami disedarkan dengan berita pemergiannya dan akan dikebumikan di Johor Bahru. Hasnah sudah lama menghidap penyakit barah ini dan keadaannya makin teruk sejak dari awal tahun ini selepas rawatan kimoterapi diberikan. Sebagai kawan yang rapat dengannya, kami ada melawat Hasnah di hospital beberapa kali sebelum pemergiannya. [Berita Harian]


Seniman Negara 1995, Syed Ahmad meninggal dunia

Seniman negara Syed Ahmad Jamal
KUALA LUMPUR 31 Julai - Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak di sini, kira-kira 10 malam semalam.

Perkara itu disahkan sumber dari Unit Perhubungan Awam Balai Seni Lukis Negara yang dihubungi Bernama di sini.

Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd. Noor dan dua anak lelaki.

Syed Ahmad yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.

Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni.  [Bernama]



Zami Ismail @ Pak Uda meninggal dunia

KUALA LUMPUR 19 Jun - Pelawak veteran, Zami Ismail, 67, atau lebih dikenali sebagai Pak Uda, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 10.30 pagi tadi akibat masalah jantung.

[Berita Harian]





Mahyon Ismail meninggal dunia selepas mengadu demam

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pelakon veteran, Mahyon Ismail sempat berlakon drama terakhirnya berjudul Serapah Darah Bulan Madu minggu lalu sebelum dia mengadu demam semalam dan meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini hari ini.

Menurut anak bongsu Allahyarham, Faizal Hussein, 44, malam tadi ibunya mengadu demam dan dibawa ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan kemudian dipindahkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Allahyarham yang dilahirkan di Tanjong Karang, Selangor mula berlakon filem pada awal tahun 1960-an dan antara filem lakonannya berjudul Nasib Do Re Mi, Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagimu, Bunga Padi Berdaun Lalang, Senja Merah serta Panglima Badul.

Hasil perkahwinannya dengan Hussein Abu Hassan yang meninggal dunia pada 26 November 2007 kerana penyakit paru-paru berair, Allahyarham dikurniakan tiga anak iaitu Fadila, 48, Fairuz, 46, dan Faizal, 44, serta lima cucu. Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Danau Kota, Setapak di sini malam ini. [Utusan Malaysia , Foto kredit: Kosmo]



Orkid Abdullah meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Penyanyi veteran, Datin Orkid Abdullah, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 12.40 tengah hari ini setelah dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan semalam.  [Kosmo - 13 Mei 2011]






Aimi Jarr

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran dan aktivis seni, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar Puteh, 72, meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi ini.

Allahyarham yang juga merupakan bekas Penyunting Berita di Utusan Malaysia disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi.

Anak bongsu Allahyarham, Romy Jarr, 34, ketika dihubungi berkata bapanya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum meninggal dunia.

"Cuma pagi tadi semasa nak kejutkan arwah, badannya terasa sejuk dan mulutnya berbuih. Melihat keadaan bapa, saya terus menghubungi doktor untuk membuat pemeriksaan ke atasnya,” katanya.

Romy Jarr berkata, bapanya mempunyai penyakit kencing manis tetapi tidak berada pada tahap yang serius sehingga memerlukan bapanya dimasukkan ke hospital.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga cahaya mata iaitu Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40 dan Romy Jarr.

Aimi Jarr pernah memenangi anugerah Penulis Lakon Layar Terbaik dalam Festival Film Malaysia kedua pada 1981 menerusi filem Dia Ibuku.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang. — [Bernama - 10 Mei 2011]



Faizal Yusup Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR  1 Jan 2011  -  Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Baca selanjutnya di mStar Online

Allahummaghfirlahum warhamhum ....... Semoga roh mereka mendapat rahmat dan berbahagia di sana ..


Selebriti-selebriti luar negara

Antara selebriti-selebriti yang telah mati di luar negara .......

Bekas juara tinju dunia, Joe Frazier meninggal dunia

PHILADELPHIA 8 Nov. - Joe Frazier, bekas juara tinju heavyweight dunia meninggal dunia pada usia 67 tahun setelah menderita kanser hati.

Frazier terkenal di dalam dunia tinju kerana berjaya mengalahkan Muhammad Ali buat kali pertama dan selepas itu terpaksa tunduk kepada Ali pada perlawanan ulangan di Manila yang dikenali sebagai “Thrilla in Manilla” pada tahun 1970-an.

Frazier dikesan mengidap penyakit tersebut seminggu lagu, disahkan oleh ahli keluarganya meninggal dunia hari ini.  [Utusan Malaysia]



Pengasas bersama Apple, Steve Jobs meninggal dunia

Steve Jobs meninggal dunia
SAN FRANCISCO, 6 Okt — Pengasas bersama Apple Inc dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Steve Jobs, yang dianggap sebagai antara ketua pegawai terbaik di Amerika Syarikat dalam generasinya, meninggal dunia semalam.

Mendiang Jobs berusia 56.  Jobs bertarung dengan kanser dan masalah kesihatan lain sejak beberapa tahun lalu.

Kematian Jobs diumumkan oleh Apple dalam satu kenyataan. Laman web Apple.com juga menyiarkan gambar hitam putih dengan mesej “Steve Jobs, 1955-2011”.

Ikon Lembah Silikon yang memberikan dunia iPod dan iPhone meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat teknologi terbesar di dunia pada Ogos lalu dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Tim Cook.

Jobs bertarung dengan kanser pankreas.

“Kecemerlangan, keghairahan dan tenaga Steve merupakan sumber kepada siri inovasi yang tiada bilangannya, yang telah memperkaya dan memperbaiki hidup kita. Dunia berada dalam keadaan baik yang tidak terhingga disebabkan (sumbangan) Steve,” kata Apple dalam kenyataan mengumumkan berita kematian mendiang.  [Malaysian Insider]



Pelakon yang pegang watak bapa saudara Spiderman meninggal dunia

LOS ANGELES 11 Sept. - Pelakon Cliff Robertson yang memegang watak sebagai bapa saudara Spiderman, Ben Parker dalam filem bersiri tersebut meninggal dunia semalam pada usia 88 tahun.

The Los Angeles Times melaporkan pemenang anugerah Oscar yang mula dikenali ramai selepas memegang watak sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy itu meninggal dunia akibat sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Stony Brook.

Sepanjang kariernya, Robertson terlibat dalam kira-kira 60 buah filem termasuk PT 109, My Six Loves, Sunday In New York, The Best Man, The Devil's Brigade, Three Days Of The Condor, Obsession dan Star 80.

Lakonannya di dalam PT109 sebagai John F. Kennedy sewaktu muda membuatkan dia dikenali dunia ketika itu.

Robertson memenangi Anugerah Academy pada 1968 bagi wataknya sebagai penjaga bangunan yang mempunyai masalah mental dalam filem Charly.

Robertson pernah berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali dan memperoleh dua orang anak perempuan hasil daripada dua perkahwinan itu. [AFP , Utusan Malaysia]





Jani Lane, bekas penyanyi Warrant

Bekas penyanyi kumpulan Warrant, Jani Lane ditemui mati dalam sebuah hotel di kawasan Los Angeles, Khamis malam 11 Ogos 2011. Menurut The Hollywood Reporter, Lane mempunyai sejarah tangkapan yang berkaitan dengan alkohol, dengan tangkapan pada tahun 2009 dan 2010.

Lane merupakan penyanyi utama Warrant dalam tempoh yang paling berjaya. Band ini mempunyai dua album double-platinum, kemunculan single, 'Dirty Rotten Filthy Stinking Rich' dan susulan, 'Cherry Pie'.

Lane, lahir sebagai John Kennedy Oswald pada tahun 1964, telah masuk dan keluar Warrant selama bertahun-tahun. Album terakhir di mana dia muncul dengan band ini adalah "Under the Influence," album kebanyakannya meliputi lagu-lagu yang keluar pada tahun 2001.

Lane meninggal dalam usia 47 tahun.



Linda Christian, awek pertama James Bond

Linda Christian bersama Tyrone Power
Linda Christian dan Tyrone Power
Gadis pertama James Bond, Linda Christian dikhabarkan meninggal dunia pada hari Jumaat 22 Julai 2011 di Palm Desert. Berita kematian ini dibenarkan oleh anak perempuan Christian, Romina Power.

Christian meninggal pada usia 87 tahun setelah bergelut dengan penyakit kanser usus besar.

Dilahirkan di Mexico, Christian mengejar kerjaya lakonan di Los Angeles dan akhirnya menandatangani kontrak dengan MGM. Beliau membuat filem pertamanya bersama Danny Kaye dalam filem komedi muzikal 'Up In Arms' pada tahun 1944.

Setahun setelah berlakon filem 'Tarzan and the Mermaids', Christian berkahwin dengan lelaki paling popular di zamannya, Tyrone Power. Namun, perkahwinan mereka tidak berjalan lancar. Keduanya bercerai pada tahun 1956.

Pada tahun 1954, dia memainkan peranan sebagai gadis Bond dalam siri televisyen yang diadaptasi dari novel 'Casino Royale'.  [Yahoo News , AP]



Penerbit filem Spiderman mati sakit kanser payu dara

Laura Ziskin died - spiderman producerLaura Ziskin, 61, yang telah menerbitkan kesemua filem Spiderman setakat ini, telah meninggal dunia akibat kanser payu dara.

Ziskin, telah bekerja pada beberapa filem terbesar sejak dua dekad terakhir, dan sebelum kematiannya bertindak sebagai penerbit 'The Amazing Spiderman', yang akan dikeluarkan musim panas depan.

Dia juga bekerja dalam filem No Way Out, thriller 80an yang mengubah Kevin Costner menjadi bintang, serta bekerjasama dengan Julia Roberts sebagai penerbit eksekutif filem komedi yang mendapat kejayaan besar iaitu Pretty Woman.

Filem-filem Ziskin lain termasuklah filem komedi lakonan Nicole Kidman iaitu To Die ForDustin Hoffman - Accidental Hero dan Bill Murray - filem komedi What About Bob. Dia juga adalah penerbit eksekutif As Good As It Gets, yang memenangi Oscar untuk bintangnya Jack Nicholson dan Helen Hunt.

Baca selanjutnya .......



'Macho Man' Randy Savage mati kemalangan setelah kereta merempuh pokok

Peminat-peminat gusti terutamanya ayam-ayam lama tentu kenal dengan Randy 'Macho Man' Savage, yang seangkatan dengan Ultimate WarriorHulk Hogan dan sebagainya lagi.

Lelaki berbadan sasa yang berusia 58 tahun itu mati dalam kemalangan jalanraya di Seminole, Florida berdekatan Tampa pada hari Jumaat, 20 Mei 2011. Dia disyaki diserang sakit jantung dan hilang kawalan lalu merempuh keretanya pada sebatang pokok di tepi jalan.

Macho Man cukup dikenali dengan ayat 'trademark' nya iaitu "oooh, yeah!" . Nama sebenarnya ialah Randy Poffo. Ayahnya Angelo Poffo dan adiknya 'Leaping' Lanny Poffo juga adalah ahli gusti profesional.



Bersambung ke Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2012


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.