Laura Ziskin, 61, yang telah menerbitkan kesemua filem Spiderman setakat ini, telah meninggal dunia akibat kanser payu dara.
Ziskin, telah bekerja pada beberapa filem terbesar sejak dua dekad terakhir, dan sebelum kematiannya bertindak sebagai penerbit 'The Amazing Spiderman', yang akan dikeluarkan musim panas depan.
Dia juga bekerja dalam filem No Way Out, thriller 80an yang mengubah Kevin Costner menjadi bintang, serta bekerjasama dengan Julia Roberts sebagai penerbit eksekutif filem komedi yang mendapat kejayaan besar iaitu Pretty Woman.
Filem-filem Ziskin lain termasuklah filem komedi lakonan Nicole Kidman iaitu To Die For, Dustin Hoffman - Accidental Hero dan Bill Murray - filem komedi What About Bob. Dia juga adalah penerbit eksekutif As Good As It Gets, yang memenangi Oscar untuk bintangnya Jack Nicholson dan Helen Hunt.
Dia memulakan kerjayanya sebagai pembantu peribadi kepada penerbit Jon Peters sebelum bekerja sama dengan pelakon Sally Field untuk menghasilkan filem tahun 1985 Murphy's Romance, yang memasukkan bintang James Garner ke dalam pencalonan Oscar.
Kemudian dalam kerjayanya dia menjadi presiden Fox 2000 Pictures, mengawasi projek-projek seperti David Fincher's controversial Fight Club, dibintangi oleh Brad Pitt dan Edward Norton, dan drama Terence Malick iaitu The Thin Red Line.
Ziskin juga menjadi wanita pertama yang menghasilkan secara solo siaran TV Oscar pada tahun 2002. Dia menghasilkan liputan 2007 juga.
Dia didiagnosis menderita kanser payudara pada tahun 2004, dan kemudian mendirikan badan amal Stand Up 2 Cancer, yang setakat ini telah mengumpul lebih dari $200 juta dolar dalam bantuan penyelidikan kanser.
Walaupun menjalani mastektomi, kemoterapi, radioterapi dan transplantasi sel induk, dia mendapat tahu pada tahun 2009 bahawa penyakit ini telah merebak ke hati dan tulang.
Suami dan anaknya yang menjadi pendorong semangatnya untuk terus hidup melawan kanser sebelum ini.
Suami dan anaknya yang menjadi pendorong semangatnya untuk terus hidup melawan kanser sebelum ini.
[Metro.co.uk]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)