Berita Terkini

Konsep 'Total Policing' dapat kurangkan jenayah di KL

Laporan Bernama hari ini mengatakan, konsep 'Total Policing' iaitu satu pendekatan tradisional dengan menonjolkan kehadiran polis di merata tempat yang diamalkan oleh polis Kuala Lumpur, telah berjaya mengurangkan jenayah di situ.

Total Policing ini juga telah diamalkan di negara-negara luar seperti di UK. Mungkin ada lah beberapa perkara yang berlainan dari kaedah masing-masing, mengikut kesesuaian negara.

"Dalam konsep itu kita mahu menampakkan kehadiran polis dengan adanya rondaan, bit, patrol, menitik beratkan sumber maklumat, berkolaborasi dengan agensi lain selain dari masyarakat, bagi menjadikan KL terus selamat dan kebimbangan kepada jenayah dapat dikurangkan," kata Datuk Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur yang baru dilantik, ketika berucap pada Perhimpunan Perpisahan dan Majlis Serah Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada hari Isnin.

"Melalui program itu, kita berjaya memberi respon yang pantas kepada panggilan-panggilan kecemasan yang dibuat oleh orang awam iaitu dalam tempoh lapan minit dan ini membuktikan tahap perkhidmatan kita adalah yang terbaik," katanya.

"Kita juga telah membuat pengubahsuaian ke atas sebuah bas sedia ada dengan memberi nilai tambah sebagai sebuah kenderaan yang boleh digunakan dalam pengendalian operasi bergerak termasuk mengkordinasi bantuan bencana," kata Zulkifli lagi.

Sebelum ini Pasukan Polis Johor telah perluaskan Pasukan Ronda Berbasikal. Satu kaedah yang berkesan dan boleh menjimatkan minyak. Dan konsep ini juga telah diamalkan di negara-negara luar seperti UK, AS, Kanada dan beberapa lagi.

Baguslah jika jenayah di KL telah berjaya dikurangkan. Kerana sebelum ini saya tengok semakin menjadi-jadi, sehinggakan pasukan polis bantuan dari Polis Gerak Am dari negeri-negeri lain pun terpaksa dikerah ke Kuala Lumpur.

Dan semoga dapat dikurangkan lagi lah kadar jenayah yang berlaku. Lagi pun tidak dinyatakan lagi berapa peratus kadar jenayah berkurang, banyak atau sedikit. 

Sebelum ini saya pernah nyatakan, sepatutnya ditambah lagi tenaga untuk menjaga keselamatan awam, terutamanya dari pasukan Askar. Ini kerana pasukan askar di Malaysia kini bukannya ada tugas sangat, dan adalah elok dikerahkan juga mereka untuk berkawal di merata-rata tempat.

Tidak perlu lah askar-askar itu memakai pakaian seragam, kerana itu akan kelihatan seperti keadaan darurat pula. Tetapi cukup diberikan tugas penyamaran kepada mereka, seperti mata-mata gelap, kemudian meronda di kawasan yang sering berlaku jenayah.

Dan seperti biasa, saya akan terus cuba mengingatkan dan tidak akan berhenti mengulangnya insyaAllah, iaitu semoga kita ke arah melaksanakan Undang-undang Islam. Kerana tiada cara terbaik lagi untuk mengurangkan jenayah, melainkan dengan melaksanakan Undang-undang Islam sepenuhnya.

Apa lagi kita sebagai orang Islam, sepatutnya kita lebih yakin dengan Allah ta'ala, bukannya yakin pada undang-undang ciptaan manusia lebih dari Dia. Ini adalah persoalan iman, setakat mana keyakinan kita pada Tuhan, pada janji-janjiNya dan pada perintah-perintahNya.

Dan Undang-undang Islam bukan setakat untuk membasmi jenayah, tetapi juga untuk mengelakkan dari berlalu perpecahan dan peperangan sesama sendiri.

".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.