Berita Terkini

Bala bencana alam juga dapat mengkayakan golongan elit dunia

Mungkin ramai yang tidak tahu dan perasan, di sebalik kejadian bala bencana yang menimpa kebanyakan tempat di dunia ini akan mengkayakan golongan-golongan elit yang berkuasa di dunia sekarang.

Dan mungkin ramai lagi yang tidak percaya bahawa kemungkinan kebanyakan bala bencana yang berlaku di dunia sekarang adalah buatan kerajaan Amerika Syarikat, dengan mereka memanipulasikan cuaca menggunakan HAARP , Scalar (teknologi dari Nikola Tesla) dan bermacam-macam teknologi lagi.


Polisi insuran, ubat-ubatan dan bantuan Amerika Syarikat

Mahu tahu dari mana golongan elit tadi mendapat untung apabila berlaku bala bencana seperti gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya? Ya, dari polisi Insuran, mereka keluarkan polisi Insuran dan dari situ mereka boleh membuat keuntungan yang besar.

Dan bukan insuran sahaja, mereka juga dapat keuntungan apabila manusia berubat di hospital dan seumpamanya, yang mana ubat-ubatan itu dikeluarkan oleh syarikat-syarikat milik mereka juga. Untuk penjelasan lanjut tentang penyakit boleh memberi kuntungan pada mereka ini, sila baca juga tajuk Illuminati dan penyakit terhadap kesihatan manusia

Gambar kredit: scientificamerican.com

Kemudian apabila sesebuah negara itu huru-hara atau bergejolak, maka kerajaan Amerika Syarikat akan menjalankan misinya dengan menjadi hero atau penyelamat kononnya. Mereka menghantar bantuan yang akhirnya sesebuah negara itu akan terhutang budi dengan AS. Sehingga akhirnya mereka mesti mengikut telunjuk AS.

Adakah anda fikir AS sanggup menghabiskan berbillion dollar duit rakyatnya hanya semata-mata untuk membantu negara lain? Alangkah bagus dan baik pekerti AS jika benar sedemikian.


Jika semakin banyak berlaku bala bencana, maka ramai orang akan mula mempersoalkan adakah Tuhan tidak adil dan sebagainya. Dengan itu, taktik tersebut berjaya sedikit sebanyak membuatkan manusia lari dan tidak mempercayai Tuhan lagi.

Maka mengapa Amerika Syarikat juga menghentam rakyat sendiri? Seperti yang kita ketahui, benua Amerika itu sangat luas, dan bukan semua kawasan yang mereka hentam tetapi hanya tempat-tempat tertentu. Kemudiannya kita perlu tahu, bukan semua rakyat Amerika Syarikat itu MENYOKONG kerajaannya, sama juga seperti keadaannya di Malaysia ini, ada juga golongan pembangkang.

Tambah lagi yang menguasai AS itu adalah golongan-golongan elit dan kaya dunia. Rakyat-rakyat lain bukannya sekutu mereka tetapi hanya mangsa keadaan dan pemberi hasil kepada mereka sahaja melalui cukai, membeli barangan, beli insuran, beli minyak dan sebagainya.

Makin banyak berlaku bala bencana, maka makin ramai lah orang akan membeli insurans untuk perlindungan diri , keluarga dan harta benda mereka.  Maka mereka semakin mengaut keuntungan melalui jualan insurans.

Kes ini sama sahaja dengan kes-kes lain, mereka mencetuskan masalah, mereka juga yang kononnya datang menyelesaikan masalah.  Mereka mencipta virus komputer, mereka datang dengan perisian antivirus.  Mereka mencipta virus alam nyata, mereka datang dengan vaksin dan antivirus. Mereka mencipta huru-hara dalam dunia, mereka datang menghulurkan bantuan, memberi khidmat insurans dan sebagainya.

Pencetusan bencana juga adalah salah satu projek 'depopulation' iaitu untuk mengurangkan populasi penduduk dunia. Ramalan terbaru dari PBB (UN @ United Nation) kononnya penduduk dunia akan meningkat kepada 10.1 bilion menjelang tahun 2100. Ini mungkin satu lagi retorik dan propaganda mereka untuk mengaburkan dunia, kerana matlamat utama golongan-golongan elit antarabangsa yang juga berpengaruh dalam PBB ialah untuk mengurangkan populasi (depopulation) penduduk dunia ini dengan apa cara sekali pun kepada jumlah 4 billion orang sahaja menjelang tahun 2040.

Kenapa mereka mahu bunuh ramai penduduk dunia dengan melakukan projek 'depopulation' itu?  Kerana jika penduduk dunia semakin kurang, maka mereka boleh berkongsi hasil bumi dunia dengan lebih baik. Semakin kurang lah orang miskin dan tidak berlaku banyak perebutan hasil bumi.  Konsep ini juga merupakan salah satu konsep 'korban'.  Mengorbankan sejumlah manusia, demi kesenangan manusia lain.

Lebih-lebih golongan Zionis yang bagi mereka manusia selain mereka adalah ibarat haiwan-haiwan liar sahaja. Hanya mereka manusia mulia di dunia ini, kerana mereka berketurunan yang mulia. Tidak ada kesalahan bagi mereka untuk membunuh manusia lain. Kerana itu lah mereka membantai rakyat Palestine tanpa belas kasihan. Itu dengan kaedah ketenteraan, belum lagi dicampur darab dengan kaedah-kaedah lain seperti mengeluarkan virus, dadah, rokok, bahan-bahan kimia dalam makanan, mengubah cuaca dan sebagainya.


Krisis Makanan Dunia

Dengan banyaknya berlaku bencana alam, satu lagi yang perlu diberi perhatian iaitu Krisis Makanan Dunia. Syarikat-syarikat makanan yang kebanyakannya juga adalah milik golongan-golongan elit dunia tadi akan dapat membuat keuntungan besar juga. Inflasi makanan akan wujud dan ini juga dapat menaikkan harga barang makanan.

Berikut adalah sedikit info dari FOMCA;

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), sebuah agensi  di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,  krisis makanan sekali lagi akan menyelubungi dunia pada tahun 2011. Berdasarkan laporan FAO, harga tanaman bagi makanan utama akan meningkat sebagaimana yang berlaku pada tahun 2008.

Bil import makanan global dijangkakan melonjak  kepada AS$1 bilion (RM 3.13bilion). Sementara peningkatan harga komoditi berlaku secara mendadak buat kali kedua (yang pertama berlaku pada tahun 2008).

Peningkatan ini  juga dikatakan berlaku lebih pantas berbanding pada tahun 2007 dan 2008. FAO menegaskan, masyarakat antarabangsa sedang berusaha dengan gigih untuk mempersiapkan langkah-langkah bagi menangani krisis peningkatan pengeluaran tanaman makanan utama secara signifikan pada 2011.

Badan ini meramalkan bahawa bil import makanan bagi dunia "negara termiskin" akan naik 11 peratus pada 2010, sementara untuk negara-negara pengeluar makanan  akan naik sebanyak 20 peratus. Ini bermakna, dengan melewatkan satu trilion dolar, bil import makanan global kemungkinan akan naik ke tahap yang tidak diduga sejak harga makanan mencapai kemuncaknya pada tahap rekod pada 2008. [konsumerkini.net.my]

Foto kredit: savethechildren.net

Bagaimana Krisis Makanan ini boleh berlaku?  Ya, dengan berlakunya bala dan bencana alam seperti pemanasan global, ribut taufan, gempa bumi, Tsunami dan sebagainya, maka proses tanaman akan terganggu. Sekiranya bencana melanda negara pengeluar makanan dan pengeksport yang besar, maka seluruh dunia akan merasa kesannya.

Ini ditambah lagi dengan pengaruh Wall Street, dengan dimulai oleh spekulator-spekulator milik golongan elit seperti Goldman Sachs dan diikuti pula oleh Barclays, Deutsche Bank, Pimco, JP Morgan Chase, AIG, Bear Stearns, Lehman Brothers dan sebagainya.

Dan syarikat-syarikat makanan milik golongan elit juga yang mendapat untung besar akibat krisis makanan ini seperti Pizza Hut, Kraft, Nestlé, Sara Lee, Tyson Foods, KFC, McDonald dan sebagainya.


Mendapat kontrak-kontrak untuk membina semula kawasan yang musnah

Kawasan-kawasan yang musnah akibat gempa bumi, ribut taufan dan seumpamanya akan dibangunkan semula. Waktu ini lah golongan-golongan elit itu juga mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan. Kontrak-kontrak untuk membina semula bangunan dan harta-benda di kawasan yang musnah mereka perolehi.

Walaupun biasanya modal dikeluarkan oleh kerajaan AS sebagai contoh, tetapi duitnya adalah duit rakyat juga. Bank-bank milik mereka juga akan mendapat keuntungan bunga dengan pinjaman-pinjaman yang dibuat.


Tidak ketinggalan, pelbagai tabung bantuan mangsa bencana alam diwujudkan. Ntah sampai ke tidak tabung bantuan itu sepenuhnya kepada mangsa-mangsa, contohnya seperti Clinton-Bush Haiti Fund.


Ini belum lagi diambil kira dengan harga minyak, emas dan galian-galian lain dunia. Kerana jika berlaku Pemanasan Global, ribut taufan , gempa bumi, maka sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada harga galian-galian tadi.  Dan kenaikan harga minyak dan emas sememangnya akan menambah lagi kenaikan harga barangan lain.

Dan mungkin banyak lagi sebenarnya jalan-jalan mengaut keuntungan oleh mereka ketika berlakunya bencana alam. Maka adakah anda sudah nampak jelas bagaimana golongan-golongan elit itu mendapat keuntungan akibat berlakunya bala bencana dalam dunia ini?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.