Berita Terkini

Gempa bumi di Haiti buatan Amerika Syarikat?

Salaam. Kita semua merasa sedih dengan kejadian dasyat yang menimpa penduduk Haiti baru-baru ini. Kejadian gempa bumi Haiti berukuran 7.3 skala richter adalah antara yang terburuk dalam sejarah dan terbesar di rantau sana sendiri. Ia melibatkan hampir 3 juta penduduk dan dalam 600,000 orang cedera dan hampir 200,000 terkorban.

Tetapi ada ura-ura mengatakan bahawa gempa bumi itu adalah buatan manusia. Jangan terkejut, , kerana mengikut data-data yang dikumpul oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini, Hurricane Katrina, Tsunami di Asia, gempa bumi di China, gempa bumi di Iran, taufan di Burma dan beberapa lagi juga adalah kemungkinan besar adalah rancangan jahat manusia juga, iaitu satu organisasi terlicik dan terpelik di dunia iaitu Illuminati.

Sememangnya bagi umat Islam, kita percaya bahawa Allah S.w.t juga ada menurunkan bala bencana. Tetapi kita jangan lupa, ada juga ayat2 AlQuran yang mengatakan bahawa bala bencana yang berlaku adalah kerana perbuatan manusia. Begitu juga dengan AlMasikh Dajjal yang boleh membuatkan neraka kepada manusia di dunia ini, dengan izin Allah.


Mengapa saya katakan bahawa gempa bumi di Haiti itu kemungkinan besar ciptaan manusia?

Ada saksi (seorang forumer dari laman forum di davidicke.com) yang mengatakan bahawa 10 hari sebelum kejadian gempa bumi itu beliau pergi ke Haiti, dan keadaan di sana aman tenteram. Kemudian pada suatu hari, dalam pukul 2 petang cuaca tiba-tiba berubah secara dramatik. 99% pelancong di kawasan itu terpaksa mencari tempat perlindungan.

Kemudian dia melihat satu operasi angkatan tentera, yang melibatkan helikopter-helikopter berteknologi tinggi, beberapa buah kapal terbang dan dua buah kapal perang laut yang meronda di kawasan itu.

Kemudian , gempa bumi alamiah biasanya mempunyai kedalaman melebihi 20 batu di bawah tanah. Tetapi gempa bumi ini cetek dan tidak sampai 20 batu.


Apa keuntungan yang Illuminati dapat dari gempa bumi di Haiti?

- Mereka dapat menghantar pasukan bantuan seperti Red Cross, United Nation (UN) dan sebagainya. Maka disangkanya oleh dunia bahawa pertolongan-pertolongan itu adalah secara ikhlas dari pihak mereka dan juga kerajaan Amerika Syarikat amat baik dan berbudi. Ini adalah salah satu dari propaganda 'Mind Control'.

- Di sebaliknya nanti negara tersebut akan terpaksa berhutang dengan IMF, World Bank, yang mana organisasi-organisasi tersebut adalah milik mereka tentunya. Apa bila sesebuah negara berhutang dengan IMF atau World Bank, secara automatiknya negara tersebut akan jatuh ke tangan Illuminati dan mereka boleh buat apa saja.

- Boleh percaya ke tabung membantu Haiti itu disalurkan kesemuanya ke sana?

- Boleh percaya ke dengan kebaikan kerajaan Amerika Syarikat membantu Haiti setelah negara-negara lain seperti Palestine, Iraq, Vietnam, Afghanistan dan sebagainya dibedil oleh mereka tanpa belas kasihan?

- Boleh percaya ke dengan 'Clinton-Bush Haiti Fund'?





barack obama george bush and bill clinton

Baca juga tentang Bala bencana alam juga dapat mengkayakan golongan elit dunia


Apa teknologi yang digunakan untuk menghasilkan satu gempa bumi?

Teknologi tersebut dipanggil HAARP. HAARP menghantar ledakan dan saluran tenaga radio frekuensi tinggi (HF) yang terkawal dan ditala (tuned) pada ionosfera Bumi. Jumlah tenaga yang sangat besar ditambah ke ionosfera mencipta getaran yang ditala yang kemudian diarahkan ke seluruh dunia pada aliran-jet. Bila mana getaran yang sangat besar ini berakhir maka ia mencipta frekuensi sangat rendah (ELF) gelombang yang berjalan turun ke bumi.

Stesyen kajian HAARP di utara Gakona, Alaska

Dengan menggunakan kaedah ini, HAARP mampu mendalami tomografi bumi, secara asasnya meng "x-ray" bumi. Jika mereka tala / tune kan resonan dengan ciri geologi garis salah, ia boleh menyebabkan gegaran keras, malah mungkin lebih keras dari yang dapat dilakukan oleh alat pneumatik.




Awan berjalur-jalur seperti video di atas adalah kesan dari penggunaan HAARP. Ianya dilihat juga ketika gempa bumi di New Zealand.

High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP) ini adalah satu projek penyiasatan bersama-sama ditabung oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska, dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).

Objektif asalnya seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah untuk menyiasat ionosfera dan menetapkan apakah beberapa daripada sifat-sifatnya boleh digunakan untuk tujuan komunikasi ataupun keperluan pengawasan.

Walaupun mungkin HAARP bukannya penyebab utama, dan mungkin keretakan tanah di daerah itu yang sudah sampai masanya untuk berlaku gempa bumi, tetapi HAARP boleh menjana  atau menambah lagi kekuatan sesuatu gempa bumi itu dengan menumpukan tenaga terhadap keretakan tersebut.

Dan jangan lupa, mereka juga mempunyai teknologi-teknologi lain yang boleh memusnahkan muka bumi ini seperti Tesla Electromagnetic Pulse, Teknologi Plasma dan Sonic, bom ‘shockwave’ dan sebagainya.






Dalam video di atas, angin puting beliung yang pernah melanda Iran dulu, membunuh banyak ikan-ikan yang berada di laut yang terkena. Tetapi yang aneh dan peliknya, ikan-ikan itu seperti terbakar, sedangkan tiada gunung berapi di situ.


Bagaimana untuk membuat Gempa Bumi?

Nah nampak tidak logik tajuknya bukan? Tetapi dengan ilmu sains, macam-macam boleh buat sebenarnya, selagi ALLAH izin.  Nak buat sihir pun Allah izin, nak buat jahat pun Allah izin, tetapi DOSA nya pun tanggung sendiri lah.




Kesimpulan

Pelbagai perancangan, konspirasi dan taktik mereka lakukan untuk menjajah atau menakluki dunia ini. Ianya adalah untuk merealisasikan cita-cita Raja Namrud di Babylon dahulu iaitu untuk mewujudkan SATU PEMERINTAHAN bagi seluruh dunia atau dengan nama lain New World Order.

Mungkin bukan HAARP yang digunakan oleh mereka untuk melakukan gempa bumi / earthquake di Haiti,  atau mungkin juga mereka menggunakan kaedah ELEKTROMAGNETIK. Dan mungkin juga gempa bumi biasa iaitu kejadian alam ciptaan Tuhan (mungkin atas sebab bala kerana perbuatan manusia dan sebagainya) , tetapi yang JELAS ialah AS telah bersedia untuk itu.

Lihat juga Persiapan untuk membantu Haiti telah dibuat sebelum berlaku gempa bumi


Sumber

1 - Davidicke.com
2 - Wikipedia



* Update 21 Jan 2010

Presiden Venezuela iaitu Hugo Chavez juga menuduh Amerika Syarikat menggunakan senjata mereka iaitu HAARP untuk melakukan gempa bumi di Haiti.  Dan ianya hanya sebagai latihan, sebelum mereka akan melakukan yang sebenarnya ke atas Iran dan kemudian menaklukinya.






* Update 15 Disember 2011


5 ulasan:

  1. Antara sebab lain kemungkinan besar HAARP yang digunakan untuk menghasilkan gempa bumi di Haiti;

    - Haiti letaknya berhampiran sebuah array HAARP di Puerto Rico, hanya beberapa ratus batu jauhnya.

    - Haiti adalah negara teknologi yang rendah, tak dijaga, negara yang tidak diingini, tempat yang baik untuk membuat eksperimen tanpa disyaki

    - Sebuah kamera jalanan merakam pada saat gempa jelas menunjukkan tanah bergerak naik dan turun sahaja, seakan-akan bergolak, meresap atau menggelegak. Sangat sedikit bergoyang di tiang-tiang telefon. Ia tidak seperti gempa bumi biasa yang bergerak ke samping

    http://www.youtube.com/watch?v=CcFVxl8oclY

    - Gempa terjadi pada saat matahari terbenam yang mungkin telah berusaha untuk menutupi segala awan HAARP dengan terbenamnya matahari. Mungkin saja ia dirancangkan berlaku selepas matahari terbenam, tetapi mereka tersasar sedikit.

    - Berita malamnya menabur dusta tentang gempa ini dalam satu hari itu berlaku, mengatakan "tidak ada tsunami kerana tidak ada gerakan vertikal", hanya gerakan horizontal.

    - Berita lain idea yang tidak masuk akal adalah bagaimana gempa bumi yang mendalam seperti ini hanya boleh memberi kesan kawasan sasaran kecil dan bukan tetangganya iaitu Republik Dominica.

    - .......

    BalasPadam
  2. Presiden Venezuela iaitu Hugo Chavez juga menuduh Amerika Syarikat menggunakan senjata mereka iaitu HAARP untuk melakukan gempa bumi di Haiti. Dan ianya hanya sebagai latihan, sebelum mereka akan melakukan yang sebenarnya ke atas Iran dan kemudian menaklukinya.

    BalasPadam
  3. US weapon test aimed at Iran caused Haiti quake

    An unconfirmed report by the Russian Northern Fleets says the Haiti earthquake was caused by a flawed US Navy 'earthquake weapons' test before the weapons could be utilized against Iran.

    United States Navy test of one of its 'earthquake weapons' which was to be used against Iran, went 'horribly wrong' and caused the catastrophic quake in the Caribbean, the website of Venezuela's ViVe TV recently reported, citing the Russian report.

    After the report was released, Venezuelan President Hugo Chavez also made a similar claim, saying that a US drill, carried out in preparation for a deliberate attempt to cause an earthquake in Iran, had led to the deadly incident in Haiti, claiming more than 110,000 lives.

    Though Russian Northern Fleets' report was not confirmed by official sources, the comments attracted special attention in some US and Russian media outlets including Fox news and Russia Today.

    Russia Today's report said that Moscow has also been accused of possessing and utilizing such weapons.

    In 2002, a Georgian Green Party leader claimed that Moscow had instigated an earthquake on Georgian territory, the TV channel said.

    According to ViVe, the unconfirmed Russian report says earlier this month the US carried out a similar test in the Pacific Ocean, which also caused another 6.5 magnitude earthquake in an area near the town of Eureka, California.

    The California quake resulted in no deaths or serious injury, but left many buildings damaged.

    The Venezuelan news website said that the report also introduced the possibility that the US Navy may have had "full knowledge" of the damage that the test could cause.

    The report also speculated that knowledge of the possible outcome was why the US military had pre-positioned the deputy commander of US Southern Command, General P. K. Keen, on the island so that he could oversee relief efforts if the need arose.

    BalasPadam
  4. Based on the alleged report, the ultimate goal of the US weapons tests was to initiate a series of deadly earthquakes in Iran to topple the current Islamic system in the country.

    The tests are believed to be part of the United States' High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP), which has been associated with many conspiracy theories.

    Other than being blamed for earthquakes, HAARP has also been associated with weather anomalies that cause floods, droughts and hurricanes.

    Some sources have even linked the 7.8 magnitude quake that shook the Chinese city of Sichuan in May 12, 2008 with the program.

    Allegations have been made that since the late 1970's, the US has 'greatly advanced' the state of its earthquake weapons to the point where it is now utilizing devices that employ a Tesla Electromagnetic Pulse, Plasma and Sonic technology, along with 'shockwave bombs.'

    Russia has accused the US military of employing such devices in Afghanistan to trigger the devastating 7.2 magnitude earthquake that hit the country back in March, 2002.

    In the mid-1990s the Russian State Duma issued a press release on HAARP, which was signed by 90 deputies. The statement said the US was "creating new integral geophysical weapons that may influence the near-Earth medium with high-frequency radio waves."

    "The significance of this qualitative leap could be compared to the transition from cold steel to firearms, or from conventional weapons to nuclear weapons.”

    “This new type of weapons differ from previous types in that the near-Earth medium becomes at once an object of direct influence and its component,” the statement explained.

    In 1997, US Secretary of Defense William Cohen also expressed concern about activities that "can alter the climate, set off earthquakes, volcanoes remotely through the use of electromagnetic waves."

    The US government, however, has chosen to stick to its position that HAARP is merely a program aimed at analyzing the Earth's ionosphere for the purpose of developing communications and surveillance technology.


    Sumber: Press TV

    BalasPadam
  5. Based on the alleged report, the ultimate goal of the US weapons tests was to initiate a series of deadly earthquakes in Iran to topple the current Islamic system in the country.

    The tests are believed to be part of the United States' High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP), which has been associated with many conspiracy theories.

    Other than being blamed for earthquakes, HAARP has also been associated with weather anomalies that cause floods, droughts and hurricanes.

    Some sources have even linked the 7.8 magnitude quake that shook the Chinese city of Sichuan in May 12, 2008 with the program.

    Allegations have been made that since the late 1970's, the US has 'greatly advanced' the state of its earthquake weapons to the point where it is now utilizing devices that employ a Tesla Electromagnetic Pulse, Plasma and Sonic technology, along with 'shockwave bombs.'

    Russia has accused the US military of employing such devices in Afghanistan to trigger the devastating 7.2 magnitude earthquake that hit the country back in March, 2002.

    In the mid-1990s the Russian State Duma issued a press release on HAARP, which was signed by 90 deputies. The statement said the US was "creating new integral geophysical weapons that may influence the near-Earth medium with high-frequency radio waves."

    "The significance of this qualitative leap could be compared to the transition from cold steel to firearms, or from conventional weapons to nuclear weapons.”

    “This new type of weapons differ from previous types in that the near-Earth medium becomes at once an object of direct influence and its component,” the statement explained.

    In 1997, US Secretary of Defense William Cohen also expressed concern about activities that "can alter the climate, set off earthquakes, volcanoes remotely through the use of electromagnetic waves."

    The US government, however, has chosen to stick to its position that HAARP is merely a program aimed at analyzing the Earth's ionosphere for the purpose of developing communications and surveillance technology.


    Sumber: Press TV

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.