Berita Terkini

Liputan-liputan mengenai gempa bumi Haiti 2010

Sebuah gempa bumi besar telah menggegarkan Haiti hanya sepuluh kilometer dari Port-au-Prince, ibukota Haiti iaitu sebuah negara yang miskin, pada hari Selasa 12 Januari 2010. Menurut Palang Merah (Red cross), lebih daripada 3 juta orang telah terlibat dan lebih dari 600,000 dilaporkan cedera.

Dalam wawancara di akhbar Miami Herald, Presiden negara itu, René Préval, menggambarkan pemandangan di ibukota sebagai "tak dapat dibayangkan", mengatakan bahawa infrastruktur di pulau itu berada dalam runtuhan.

"Parlimen telah runtuh. Pejabat cukai telah runtuh. Sekolah-sekolah telah runtuh. Hospital telah runtuh," katanya. "Ada banyak sekolah yang memiliki ramai orang mati di dalamnya."

Menurut Perdana Menteri Haiti Jean-Max Bellerive, jumlah mangsa yang mati akibat gempa itu mungkin mencapai lebih dari 100,000 orang.

Akhbar The Washington Post memetik seorang pengarah perkhidmatan bantuan gereja di Haiti sebagai berkata, gempa bumi ini merupakan malapetaka besar bagi Haiti.


Gempa bumi ini merupakan yang terburuk di kawasan itu sejak 200 tahun lalu, melanda di waktu petang. Menurut keterangan U.S. Geological Survey, goncangan awal gempa berkekuatan 7 skala Richter dan berpusat sekitar 10 kilometer barat Port-au-Prince. Gempa yang berkedalaman 13 kilometer  (8.1 batu) ini tercatat sebagai bencana gempa besar pertama yang menggoncang Port-au-Prince sejak gempa berkekuatan 6.7 skala Richter menggoncang wilayah ini pada 1948.

Gempa itu telah merosakkan komunikasi dan bekalan elektrik terputus. Sebahagian besar infrastruktur pulau itu telah dihancurkan, secara signifikan menghambat upaya bantuan, dan pihak berkuasa belum dapat menentukan jumlah sebenar yang terkorban lagi.


Gempa bumi itu juga menghancurkan Istana Presiden (walaubagaimana pun presiden terselamat), yang menjadi markas besar PBB di Haiti, dan juga hospital ibukota.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa markas besar Misi Stabilisasi PBB di Haiti / United Nations Stabilization Mission in Haiti (MINUSTAH), yang terletak di ibu negara, runtuh dan bahawa sejumlah besar pegawai PBB juga hilang. Ketua Misi, Hedi Annabi, sudah dinyatakan meninggal dunia pada 13 Januari oleh Presiden Rene Préval.

Haiti yang berpenduduk 9 juta orang, sebahagian besar dari kalangan penduduknya mempunyai ekonomi lemah, kebelakangan ini menghadapi ketidak-stabilan politik. Sebahagian besar bangunan di negara ini tidak memenuhi standard keselamatan untuk mengantisipasi kemungkinan goncangan gempa bumi.

Pada November 2008, sebuah bangunan sekolah di Petionville, roboh kerana 60 peratus dari bahan bangunan sekolah tersebut tidak sesuai digunakan.





Via - Russia Today , Wikipedia



Rakyat Malaysia Digesa Bantu Mangsa Gempa Bumi Haiti


Mercy Malaysia merayu rakyat negara ini membantu mangsa gempa bumi di Haiti dengan menghulurkan bantuan kepada mana-mana pertubuhan yang kini berada di negara itu untuk memberikan bantuan.

Presidennya Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata Mercy Malaysia sedang memantau situasi di negara itu dari ibu pejabatnya dan melalui rakannya, sebuah badan bukan kerajaan yang beribu-pejabat di United Kingdom, Merlin, yang kini berada di tempat kejadian di Haiti.

"Mercy Malaysia kini menghadapi kekurangan dalam aspek kewangan dan tenaga kerja. Bagi Haiti, jarak geografi memerlukan kos yang tinggi.

"Dengan itu kita tidak dapat menghantar kakitangan dan atau sukarelawan untuk memberikan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Haiti ketika mereka memerlukannya," kata beliau dalam kenyataan di sini hari Khamis.

Beliau berkata gempa bumi 7.0 magnitud melanda Haiti semalam dan ramai penduduk dikhuatiri mati kerana gempa susulan masih berlaku di ibu negara itu, Port-au-Prince.

Ramai mangsa gempa bumi dikhuatiri terperangkap atau tertimbus di bawah runtuhan bangunan sekolah, hospital serta rumah, dan bagaimanapun sambutan daripada masyarakat dan pertubuhan antarabangsa sangat menggalakkan dalam aspek jumlah bantuan.


Via - Bernama


Sila baca juga Gempa bumi di Haiti buatan Amerika Syarikat?



3 ulasan:

  1. Pasukan AS dikerahkan ke Haiti

    Amerika Syarikat mengirimkan ribuan pegawai tentera untuk membantu para mangsa gempa bumi di Haiti.

    Sebanyak 3,500 tentera dan 2,200 anggota Korps Marin akan dikirim, sedangkan gelombang pertama pasukan dari Bahagian Lintas Udara akan segera tiba.

    Presiden Amerika Barack Obama mengatakan "rakyat Haiti akan mendapatkan dukungan penuh Amerika Syarikat".

    Hillary Clinton membatalkan kunjungan ke Asia untuk menangani krisis. Dia mengatakan, ada puluhan ribu korban di Haiti dan puluhan ribu bangunan musnah.

    "Ini akan menjadi upaya bantuan jangka panjang," katanya.

    Suaminya Bill Clinton, yang dipercayai menjadi utusan khusus PBB untuk Haiti, mengatakan kepada akhbar Washington Post bahawa gempa yang melanda Haiti "salah satu bencana darurat kemanusiaan hebat dalam sejarah Kawasan Amerika".

    Bank Dunia menanggung bantuan darurat 100 juta dollar.

    BalasPadam
  2. SILA SEDIAKAN AKAUN MAYBANK ATAU MANA-MANA BANK UNTUK MEMUDAHKAN PENYALURAN DALAM BENTUK KEWANGAN DARI BADAN-BADAN KEBAJIKAN YANG INGIN MENDERMA BAGI MANGSA - MANGSA HAITI

    BalasPadam
  3. Pasukan AS dikerahkan ke Haiti

    Amerika Syarikat mengirimkan ribuan pegawai tentera untuk membantu para mangsa gempa bumi di Haiti.

    Sebanyak 3,500 tentera dan 2,200 anggota Korps Marin akan dikirim, sedangkan gelombang pertama pasukan dari Bahagian Lintas Udara akan segera tiba.

    Presiden Amerika Barack Obama mengatakan "rakyat Haiti akan mendapatkan dukungan penuh Amerika Syarikat".

    Hillary Clinton membatalkan kunjungan ke Asia untuk menangani krisis. Dia mengatakan, ada puluhan ribu korban di Haiti dan puluhan ribu bangunan musnah.

    "Ini akan menjadi upaya bantuan jangka panjang," katanya.

    Suaminya Bill Clinton, yang dipercayai menjadi utusan khusus PBB untuk Haiti, mengatakan kepada akhbar Washington Post bahawa gempa yang melanda Haiti "salah satu bencana darurat kemanusiaan hebat dalam sejarah Kawasan Amerika".

    Bank Dunia menanggung bantuan darurat 100 juta dollar.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.