Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » Hanya melihat pada telefon pintar anda menjadikan anda kurang pintar, kajian baru

Telah lama dipercayai bahawa telefon pintar di dalam poket kita sebenarnya membuat kita menjadi kurang pintar. Tetapi sekarang terdapat bukti untuknya.

Hanya melihat pada telefon pintar anda menjadikan anda kurang pintar

Kehadiran berterusan telefon bimbit mempunyai kesan "brain drain" yang ketara mengurangkan jangkauan kecerdasan dan perhatian, menurut satu kajian.

Penyelidik di University of Texas mendapati bahawa orang akan lebih teruk menjalankan tugas dan mengingati maklumat jika mereka mempunyai telefon pintar dalam batas pandangan mereka.

Dalam dua eksperimen, mereka mendapati telefon yang terletak di atas meja atau bahkan di dalam poket atau beg tangan akan mengalih perhatian pengguna dan membawa kepada skor ujian yang lebih teruk, walaupun ia ditetapkan (setting) untuk tidak mengganggu subjek ujian.

Kesannya masih dapat diukur walaupun telefon dimatikan, dan lebih buruk lagi  bagi mereka yang dianggap lebih bergantung pada telefon bimbit mereka.

Para penyelidik menguji 520 pelajar universiti tentang ingatan dan kecerdasan mereka apabila di hadapan telefon pintar untuk melihat bagaimana ia mempengaruhi mereka.

Peserta diberitahu untuk menyelesaikan ujian dalam matematik, ingatan dan pemikiran, dengan telefon pintar mereka sama ada berada di meja mereka, di dalam beg atau poket mereka, atau di bilik lain, dan dengan sistem bunyi dimatikan supaya tidak mengalihkan perhatian pelajar.

Mereka yang meletak telefon mereka di atas meja mencatatkan skor 10 peratus lebih rendah berbanding mereka yang meninggalkannya di dalam bilik lain. Mereka yang menyimpan telefon mereka jauh dari pandangan mata seperti di dalam poket atau beg mereka mencatatkan skor hanya sedikit lebih baik daripada ketika telefon diletakkan di atas meja.

Para penyelidik mendapati bahawa kesan negatif meletakkan telefon dalam batas pandangan mata adalah lebih besar di kalangan mereka yang mengatakan mereka bergantung kepada telefon pintar mereka. Peserta yang mengadu dengan frasa seperti "Saya akan menghadapi kesukaran untuk melalui hari biasa tanpa telefon bimbit saya" dan "menggunakan telefon bimbit membuatkan saya berasa gembira" menunjukkan sama seperti orang lain apabila telefon mereka berada dalam bilik yang berbeza, tetapi lebih teruk apabila ia diletakkan di meja mereka.

Kajian itu juga mendapati kelajuan tindak balas akan terjejas, dengan pelajar yang meletakkan telefon mereka di meja bertindak balas dengan lebih perlahan dalam ujian tinggi.

Ia juga mendapati bahawa telefon juga boleh mengalih perhatian pengguna walaupun ia dimatikan dan ditelungkupkan ke bawah. Mereka yang meletakkan telefon di luar bilik "sedikit mengatasi" mereka yang bersama peranti yang dimatikan.

Para penyelidik berkata kesannya timbul kerana sebahagian daripada minda pengguna telefon pintar didedikasikan untuk cuba tidak berfikir tentang gangguan seperti sama ada mereka mempunyai apa-apa mesej apabila telefon bimbit berada dalam batas penglihatan mereka.

"Kami melihat trend linear yang menunjukkan bahawa apabila telefon pintar menjadi lebih difikirkan, kapasiti kognitif peserta menjadi berkurangan," kata Ward. "Fikiran sedar anda tidak memikirkan telefon pintar anda, tetapi proses itu (iaitu proses yang memerlukan diri anda tidak memikirkan sesuatu) menggunakan beberapa sumber daya kognitif terhad anda.

[Telegraph.co.uk]


p/s: Maka tak hairan lah jika kita lihat suasana orang jumpa untuk beraya tetapi masing-masing sibuk mengadap Smartphone masing-masing. :-D


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

2 komen:

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)