Berita Terkini

Sebab munculnya Pemberontakan terhadap Pemerintahan Utsman bin Affan

Utsman bin AffanSaif bin Umar mengatakan bahawa sebab terjadinya pemberontakan beberapa kelompok terhadap Utsman bin Affan r.a adalah seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba' yang berpura-pura Islam dan pergi ke daerah Mesir untuk menyebarkan ideanya sendiri di beberapa kalangan masyarakat. 

Dia mengatakan kepada seseorang, "Bukankah Isa bin Maryam a.s akan kembali ke dunia?" Jawab orang itu, "Ya!" Dia berkata lagi, "Rasulullah S.a.w lebih baik dari Isa. Apakah kamu mengingkari bahawa beliau akan kembali ke dunia sementara beliau lebih mulia daripada Isa bin Maryam?" 

Kemudian dia berkata, "Beliau telah memberikan wasiatnya kepada Ali bin Abi Thalib. Muhammad Nabi terakhir dan Ali penerima wasiat yang terakhir. Bererti Ali lebih berhak untuk menjawat sebagai khalifah daripada Utsman bin Affan dan Utsman telah merampas hak yang bukan miliknya." 

Maka mulailah ramai orang mengingkari kepemimpinan Utsman bin Affan dan mencelanya seolah-olah sedang beramar ma'ruf dan melarang kemungkaran mengajak orang-ramai untuk menyokong idea tersebut. Maka ramai di antara penduduk Mesir yang terpengaruh dengan tuduhan itu dan mereka menulis kepada jamaah-jamaah orang awam yang ada di Kufah dan Bashrah sehingga mereka saling menukar informasi melalui surat dan mengikat perjanjian kesepakatan untuk mengingkari pemerintahan Utsman bin Affan r.a. 

Lalu diutuslah seorang yang akan mendebat Utsman r.a dan menyebutkan hal-hal yang mereka kritik tentang beliau, terutama adanya sistem familisme [1] dalam perlantikan gabenor serta memecat beberapa tokoh besar dari kalangan sahabat dari jabatan tersebut. Sehingga ramai orang yang termakan dengan provokasi tersebut.


____________________________

1 - Ini adalah pernyataan yang dilontarkan oleh provokator untuk mempengaruhi orang ramai. Pada masa pemerintahan Utsman, jumlah gabenor mencapai sekitar empat puluh orang (lihat para gabenor yang menjawat di daerah Mesir pada masa Khulafa' Rasyidin oleh Dr. Abdul Aziz al-Umary. Fasal ke tiga). Yang ada hubungan famili hanya berjumlah lima orang yakni sekitar 12,5 %. Adapun 87,5% yang lain tidak mempunyai hubungan famili dengan beliau. Beliau juga memecat sebahagian familinya sebagaimana memecat yang lainnya.


[Imam Ibnu Katsir - Al-Bidayah wan Nihayah. Ditahqiq oleh Dr Muhammad bin Shamil as-Sulami]


Al-A'masy dan lain-lainnya telah meriwayatkan dari Abu Saleh, dari Abu Hurairah yang telah menceritakan bahawa pada hari Khalifah Usman dikepung, Abu Hurairah masuk menemuinya, lalu berkata, "Aku datang untuk menolongmu, dan sesungguhnya situasi sekarang ini benar-benar telah serius, wahai Amirul Mu-minin." Maka Usman ibnu Affan r.a. berkata, "Hai Abu Hurairah, apakah kamu senang bila kamu membunuh seluruh manusia, sedangkan aku termasuk dari mereka?" Abu Hurairah menjawab, "Tidak." Usman r.a. berkata, "Kerana sesungguhnya bila kamu membunuh seorang lelaki, maka seolah-olah kamu telah membunuh manusia seluruhnya. Maka pergilah kamu dengan izinku seraya membawa pahala, bukan dosa." Abu Hurairah melanjutkan kisahnya. "Lalu aku pergi dan tidak ikut berperang."

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Maidah, ayat 32]


DARI KITAB ASY-SYARI'AH KARYA IMAM ABU BAKAR AL-AJURRI (WAFAT 360 H)

Sebab terbunuhnya Utsman bin Affan r.a

Muhammad bin Husain berkata, "Jika ada yang mengatakan, "Engkau telah menyebutkan dari Nabi S.a.w tentang fitnah yang akan terjadi setelah beliau wafat, kemudian beliau juga menyebutkan tentang Utsman bin Affan, ikutilah dia dan sahabat-sahabatnya! Kerana pada waktu itu dia berada di dalam kebenaran. Cuba sebutkan siapa yang dimaksud dengan sahabat- sahabatnya tersebut?"

Katakanlah, "Mereka adalah sahabat Rasulullah S.a.w yang telah mendapat persaksian beliau menjadi penghuni syurga dan sifat-sifat mereka telah disebutkan di dalam Taurat dan Injil. Barangsiapa mencintainya maka dia akan sejahtera dan yang membencinya akan sengsara."

Jika dia bertanya, "Sebutkan nama-nama mereka!"

Katakanlah, "Mereka adalah Ali bin Abi Thalib, Thalhah, az-Zubair, Saad, Said radhiallahu anhum dan semua sahabat yang hidup pada waktu itu berada di atas kebenaran sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah S.a.w. Mereka semua mengingkari pembunuhan tersebut dan menganggap bahawa suatu perkara yang sangat keji telah menimpa Utsman r.a, mereka juga mengatakan bahawa pembunuhnya adalah penduduk neraka. 

Jika dia bertanya, "Siapa yang telah membunuh Utsman?"

Katakanlah, "Sekelompok orang (semoga Allah menyengsarakan mereka) yang memendam dendam kesumat terhadap beliau dan menginginkan tersebarnya fitnah agar umat Muhammad S.a.w terjerumus dalam kedengkian kerana kesengsaraan yang mereka alami di dunia dan di akhirat mereka akan memperoleh adzab yang lebih besar."

Jika dia bertanya, "Bagaimana muncul kesepakatan mereka untuk membunuh Utsman bin Affan r.a?" 

Katakan kepadanya, "Yang demikian itu muncul dari seorang yang disebut Ibnu Sauda' atau yang dikenal dengan Abdullah bin Saba' (semoga Allah melaknatnya), dia berpura-pura masuk Islam dan tinggal di Madinah sehingga muncul kedengkian terhadap Nabi S.a.w, sahabat-sahabat beliau dan agama Islam. Dia menyusup ke tengah kaum muslimin sebagaimana menyusupnya raja Yahudi Paulus bin Shaul ke dalam agama Nasrani hingga dia dapat menyesatkan dan memecah-belah mereka menjadi berbagai kelompok. Setelah bala' dan kekufuran tersebut menimpa mereka, dia pun pergi meninggalkan mereka. Kisahnya amat panjang dan akhirnya mereka kembali memeluk agama Yahudi. 

Demikian juga halnya dengan Abdullah bin Saba'. Dia berpura-pura masuk Islam dan melakukan amar ma'ruf dan melarang kemungkaran sehingga dia mempunyai ramai murid di berbagai tempat. Lalu mulailah dia mencela sebahagian gabenor lantas mencela Utsman bin Affan dan Abu Bakar r.a lantas berpura-pura mencintai Ali bin Abi Thalib r.a. Allah S.w.t telah melindungi Ali bin Abi Thalib dan keturunannya dari madzhab yang dianut oleh Abdullah bin Saba' serta pengikutnya, as-Saba'iyah. Tatkala fitnah Ibnu Saba' dan pengikutnya mulai berkuku, dia pindah ke Kufah sehingga dia banyak mendapat pengikut di sana. Kemudian dia pindah kembali ke Bashrah dan mendapat pengikut di sana, begitu juga di Mesir, mereka semua berada di dalam kesesatan. Kemudian mereka membuat suatu kesepakatan di suatu tempat tentang sebuah perkara iaitu mereka semua sepakat pergi ke Madinah untuk membuat fitnah di tengah penduduknya. Kesepakatan tersebut mereka laksanakan sehingga mereka membunuh Utsman bin Affan r.a dan penduduk Madinah tidak menyangka sedikit pun bahawa mereka akan bertindak seperti itu. 

Jika dia bertanya, "Mengapa para sahabat Rasulullah S.a.w tidak memerangi mereka untuk membela Utsman bin Affan r.a?"

Katakan kepadanya, bahawa Utsman bin Affan dan para sahabatnya tidak menyangka bahawa hal tersebut akan terjadi. Di Madinah sendiri tidak terdapat pasukan yang dipersiapkan untuk berperang. Ketika hal itu terjadi, para sahabat r.a berusaha untuk menolong dan membelanya, namun mereka tidak mampu. Mereka pernah menawarkan pembelaan walau dengan mengorbankan jiwa, namun Utsman bin Affan enggan menerimanya dan berkata, "Kalian bebas dari bai'ahku dan sulit untuk membelaku. Aku mengharap akan menjumpai Allah dalam keadaan selamat dan dizalimi."

Ali bin Abi Thalib, Thalhah, az-Zubair r.a dan ramai dari kalangan sahabat yang memberikan komentar sangat keras dan tajam terhadap mereka. Setelah merasa bahawa para sahabat mengingkari tindakan mereka tersebut maka masing-masing kelompok menunjukkan sikap bahawa mereka men- cintai para sahabat. Sekelompok menetap di pintu rumah Ali bin Abi Thalib r.a dan mengelukan bahawa mereka mencintai beliau. Allah membersihkan beliau dari perbuatan mereka. Mereka menghalangi beliau untuk keluar rumah. Sekelompok lagi menetap di pintu rumah Thalhah dan mengelukan bahawa mereka mencintai beliau. Allah S.w.t telah membersihkan beliau dari perbuatan mereka. Sekelompok lagi menetap di pintu rumah az-Zubair dan mengelukan bahawa mereka mencintai beliau. Allah telah membersihkan beliau dari perbuatan mereka. Sebenarnya mereka ingin mengalihkan perhatian para sahabat dari menolong Utsman r.a dan membuat satu penyamaran agar penduduk Madinah tidak mencium rencana mereka yang telah ditaqdirkan Allah S.w.t bahawa Utsman bin Affan akan terbunuh secara zalim sehingga terjadilah suatu peristiwa yang tidak mampu dicegah oleh para sahabat. Begitu pun para sahabat telah menawarkan diri mereka kepada Utsman agar beliau mengizinkan mereka untuk membelanya walaupun bilangan mereka sangat sedikit. Namun beliau enggan memberikan izin. Jika beliau mengizinkan para sahabat, tentunya mereka telah memerangi para pemberontak tersebut." 

Al-Abbas bin Ahmad al-Khataly yang dikenali dengan Ibnu Abu Syahmah telah mengatakan kepada kami, "Dahsyam bin al-Fadhl Abu Said Ar-Rumaly telah mengatakan kepada kami, al-Muawwil bin Isma'il telah mengatakan kepada kami, Hammad bin Zaid telah mengatakan kepada kami dari Ayub, Hisyam dan Muhammad bin Sirin, mereka berkata, "Pada waktu itu kaum Muhajirin dan Anshar berada di rumah beliau bersama anak-anak mereka, di antaranya Abdullah bin Umar, al-Hasan, al-Husain, Abdullah bin az-Zubair, Muhammad bin Thalhah dan seorang saja dari mereka lebih baik dari pada ini dan itu. Mereka berkata, "Ya Amirul Mukminin biarkan kami menghalau mereka." Utsman menjawab, "Aku tegaskan kepada kalian semua bahawa jangan ada setitis pun darah yang tertumpah kerana membelaku dan aku berkeberatan jika ada di antara kalian yang membelaku"." 

Jika dia berkata, "Mereka telah mengetahui bahawa Utsman adalah seorang yang dizalimi dan pemberontak telah mengancam akan membunuhnya, seharusnya mereka memerangi pemberontak tersebut walaupun Utsman melarangnya." 

Jawabnya, "Engkau telah mengucapkan suatu ucapan yang tidak baik kerana engkau mengucapkannya secara umum." 

Jika dia katakan, "Mengapa?" 

Jawabnya, "Kerana para sahabat adalah orang-orang yang taat. Allah S.w.t telah memberikan kepada mereka taufiq untuk berkata dan berbuat sesuai dengan kebenaran. Mereka telah melakukan apa yang diwajibkan terhadap mereka iaitu mengingkari dengan hati, lisan dan telah melakukan pertolongan sesuai dengan kemampuan mereka. Tatkala Utsman bin Affan melarang mereka untuk membelanya, mereka mengetahui bahawa mereka wajib untuk mendengar dan mentaati perintah tersebut serta mereka tidak punya alasan untuk menentang perintah tersebut. Dan kebenaran ada pada mereka sebagaimana pendapat Utsman bin Affan."

Jika dia bertanya, "Mengapa Utsman melarang mereka, padahal dia tahu bahawa posisinya sebagai orang yang dizalimi dan dia juga mengetahui bahawa memerangi pemberontak termasuk melarang kemungkaran serta menegakkan kebenaran." 

Katakan kepadanya, "Ini juga termasuk keteledoranmu." Jika dia bertanya, "Mengapa?" 

Katakan kepadanya, "Utsman melarang para sahabat untuk membelanya kerana beberapa alasan yang terpuji: 

1. Kerana dia telah mengetahui dari sabda Rasulullah S.a.w, bahawa dia akan dibunuh secara zalim dan Rasulullah S.a.w memerintahkannya agar bersabar. Ketika para pemberontak mengepung rumahnya maka dia yakin bahawa dia akan dibunuh. Kerana apa yang dikatakan Rasulullah S.a.w pasti akan menjadi kenyataan. Kemudian dia telah berjanji untuk bersikap sabar maka dia pun menepati apa yang telah dia janjikan. Jika dia meminta bantuan untuk menolongnya bererti bertentangan dengan sikap sabar yang telah dia tekadkan. 

2. Utsman mengetahui bahawa pada waktu itu jumlah para sahabat sangat sedikit dan kelompok yang ingin membunuhnya berjumlah lebih ramai. Jika dia mengizinkan mereka untuk memerangi pemberontak tersebut tentunya banyaklah para sahabat yang akan menjadi korban. Oleh kerana itu dia membiarkan dirinya menjadi korban untuk menyelamatkan sahabat yang lain. Dia adalah pemimpin dan pemimpin wajib melindungi rakyatnya dengan segenap kemampuan. Di samping itu dia telah mengetahui bahawa dia akan dibunuh sehingga dia dapat menyelamatkan mereka semua. 

3. Utsman mengetahui bahawa ini adalah sebuah fitnah. Dan jika fitnah telah mengarah kepada penghunusan pedang maka tidak ada jaminan bahawa orang-orang yang tidak berdosa tidak menjadi korban. Utsman tidak memerintahkan sahabat-sahabatnya untuk menghunus pedang dalam fitnah ini. Ini juga merupakan tanda kasih sayang Utsman kepada para sahabatnya. Memang benar, dalam fitnah ini harta terampas dan kehormatan telah dirobek tetapi dengan begitu Utsman melindungi semua para sahabatnya. 

4. Utsman memilih untuk bersabar dan tidak meminta pertolongan agar para sahabatnya menjadi saksi atas kezaliman, penentangan terhadap perintahnya dan penumpahan darahnya dengan tanpa alasan yang benar. Kerana orang-orang mukmin adalah saksi atas apa yang terjadi di atas bumi, tetapi dia tidak suka darah kaum muslimin lainnya tertumpah kerana dirinya dan tidak menggantikan Rasulullah S.a.w memimpin umatnya dengan menumpahkan darah seorang muslim. Demikianlah beliau katakan. Utsman r.a melakukannya kerana uzur dan beliau berada di atas kebenaran. Para sahabat r.a juga dalam keadaan uzur dan pembunuhnya berada dalam kesengsaraan. 

Wallahu a'lam .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.