Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja

» » » » » Selfie bogel yang dipadam pada telefon pintar masih boleh diakses walaupun selepas Reset Kilang

Selfie bogel yang dipadam pada telefon pintar masih boleh diakses
Ingat selfie bogel anda yang diambil tahun lalu? Nah, seseorang mungkin masih dapat mencari mereka lagi walaupun setelah dipadam (delete) dan di reset kilang (factory reset). 

Walaupun anda telah memadam mereka daripada telefon pintar Android lama anda, penyelidik yang berjaya mendapatkan semula imej dari telefon bimbit yang mereka beli dari eBay mendakwa bahawa anda masih tidak selamat.

Avast, sebuah syarikat yang membuat perisian keselamatan, menemui lebih daripada 40,000 imej dari 20 telefon, termasuk wanita separuh bogel dan gambar-gambar kemaluan lelaki. 

Mereka dapat mengakses imej menggunakan program-program keselamatan forensik asas, walaupun pengguna telah membuat tetapan semula kilang, walaupun ia menghapuskan indeks yang menunjuk ke lokasi data, namun tidak menghapuskan kawasan penyimpanan yang boleh diakses secara langsung.

Ini bermakna sesiapa sahaja yang menjual telefon mereka berpotensi foto peribadi mereka diakses, serta maklumat lain yang sensitif seperti alamat.

Pembuat OS Android iaitu Google berkata versi sistem daripada 3.0 dan seterusnya adalah lebih sukar untuk di-hack sekalipun data telah dipotong.

IPhone baru dan iPads tidak dianggap sebagai terdedah kepada isu-isu yang sama kerana cara data mereka dienkripsikan, menjadikannya tidak boleh dibaca selepas reset.



p/s: Pengajaran darinya, jangan sesekali lakukan selfie gambar-gambar yang menjolok mata dan mendedahkan maruah anda, "sebelum semuanya sudah terlambat".

Walaupun ada kemungkinan berita di atas adalah taktik untuk melariskan jualan Google android 3.0, atau iPhone baru dan sebagainya, namun abaikan itu. Hanya ambil point, jangan gatal-gatal tangan selfie sembarangan. :-)

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (126) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (20) Kamera digital (15) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (108) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (22) Perang (32) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (59) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (20) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (42) Teknologi (232) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (160) Time lapse (39) Timur Tengah (173) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)