Gerakan Hamas secara rasmi membuka acara Kem Remaja Islam untuk mengisi percutian musim panas di Jalur Gaza dengan kegiatan positif.
Kegiatan yang diperuntukkan untuk pelajar SD, SMP, dan SMA tersebut mengambil tema "Masya'il At-Tahrir (Semangat Kemerdekaan)."
Penganjur kegiatan, Hasan At-Tala', menyatakan bahawa sasaran utama aktiviti adalah sebagai tarbiyah buat generasi muda untuk belajar mencintai Allah S.w.t, Rasul-Nya, dan negara selaku calon generasi penerus perjuangan kemerdekaan.
Acara kem diisi dengan pelbagai aktiviti seperti sesi wawasan keagamaan, umum, olah raga, dan tidak lupa kesenian.
Diharapkan melalui acara kem tersebut ditemui bakat-bakat positif remaja Jalur Gaza untuk dibangunkan pada masa akan datang.