Kalau kita biasanya adakan Majlis Pernikahan / Perkahwinan, tetapi kini di banyak bandar di Iran semakin marak mengadakan Majlis-majlis Perceraian, kerana semakin banyak berlaku perceraian. Dan yang peliknya, mereka menyambut perceraian itu dengan mengadakan majlis / pesta untuk meraikannya.
Pesta-pesta itu kadang-kadang memerlukan persediaan mewah, lengkap dengan bunga ros hitam dan kek besar, lapor akhbar konservatif Jomhuri-ye Eslami. "Anda pergi ke kedai bunga untuk memesan sejambak mawar hitam. Seterusnya anda datang kepada kami untuk memesan kad jemputan," pemilik kedai memberitahu akhbar tersebut.
"Aku tidak merasa kehilanganmu langsung," kata salah satu kad jemputan, memetik lirik lagu hit pop Parsi. "Aku bersumpah aku tidak akan jatuh cinta lagi selagi aku hidup. Walaupun aku lakukan, ia ok, selagi tidak dengan kamu," lirik berterusan di dalam kad itu. Permintaan untuk kad perceraian telah berlangsung sejak dua tahun yang lalu, pemilik kedai lain memberitahu laman web berita Shahr-e Khabar.
Pemerintah Teheran sendiri baru-baru ini menyatakan kebimbangannya terhadap "trend" meraikan perceraian itu.
Ayatollah Makarem-Shirazi, seorang ulama konservatif terkemuka negara itu, telah bercakap mengenai isu ini. Tahun lepas, Iran menyaksikan peningkatan 4.6% dalam kes-kes perceraian, dan penurunan 4.4% dalam kadar perkahwinan. Hampir 20% daripada perkahwinan Iran kini berakhir dengan perceraian.
[Unikversiti / BBC]