Berita Terkini

Bar di Belanda tawarkan khidmat Pelacur "Halal"

Bar di Belanda tawarkan khidmat Pelacur Halal
Satu perancangan pelik bakal mengundang kontroversi serta kecaman datang dari Belanda. Sebuah bar di Amsterdam merancang menawarkan pengunjung Muslim perkhidmatan Pelacur "Halal" dan idea ini kemungkinan besar akan menjadi kontroversi di kalangan penduduk Muslim yang ada di kota itu, pejabat berita Belgium melaporkan.

"Seperti orang lain, ada umat Islam yang ingin pergi ke tempat pelacuran namun mereka tidak boleh melakukannya tanpa melanggar peraturan agama mereka," ujar Jonathan SWiK, pengurus bar dan bekas pengurus sebuah hotel di Gembloux, mengatakan kepada pejabat berita Nord Presse minggu lalu.

"Hari ini, terima kasih kepada bar Croissant Chaud, semua Muslim yang ingin memanjakan diri dengan pelacur boleh melakukannya tanpa melakukan tindakan haram," tambahnya.

Menurut pejabat berita Belgium Nord Presse, perasmian bar itu baru dirancang bulan Jun akan datang.

Dinamakan Croissant Chaud, bar baru ini diduga akan menawarkan pelacur halal kepada pelanggan Muslim yang berminat menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bar namun mungkin mempunyai kebimbangan dari sudut agama.

Menurut laporan Nord Presse, idea bar yang menyediakan Pelacur Halal ini didakwa telah diluluskan oleh tiga imam "moderat" yang mempunyai peraturan dan syarat-syarat tertentu untuk 'menghalalkan' tempat ini.

"Kriteria kami untuk mengesahkan pelacuran halal ini dibangunkan dalam perkongsian dengan 3 imam moderat," jelas Swik.

Syarat ini termasuk bahawa pelacur dilarang secara total menggunakan ubat-ubatan atau alkohol dan akan dilakukan pemeriksaan setiap 2 bulan sekali.

Para pelacur juga harus melakukan solat lima waktu bahkan sembahyang tetap harus dikerjakan meskipun sedang "bertugas" menjajakan diri, tambahnya.

Namun, Swik tidak menjelaskan bagaimana hubungan antara pasangan yang belum berkahwin akan dibuat sah di bar maksiat baru tersebut.

Islam membentuk satu juta dari 16 juta penduduk Belanda, kebanyakannya berasal dari Turki dan Maghribi.

Allah mencipta keinginan seksual pada manusia. Ia adalah suatu yang normal seperti keinginan kepada makanan atau tempat tinggal.

Namun, Islam mendidik manusia kepada cara yang betul dalam memuaskan nafsunya.

Hubungan seks hanya dibenarkan antara pasangan suami isteri. Hubungan seks di luar perkahwinan adalah tidak dibenarkan (haram) dalam Islam.



p/s: Baru sahaja saya lampirkan hadits seperti di bawah dalam tajuk sebelum ini iaitu Bacaan Al-Quran dialunkan dengan Muzik Orkestra, sekarang ada lagi kes yang berkaitan, astaghfirullah.

"Akan muncul dikalangan ummatku nanti beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamr (arak), dan alat-alat muzik." [HR Bukhari, dari Abu Amir al-Asy'ari]

Ya Allah, kami banyak berdosa padaMu setiap hari. Kami bukan ma'sum atau suci dari dosa. Jika Engkau buka 'aib kami, akan terserlah lah banyak dosa kami, tetapi Kau Yang Maha Pengasih masih menutup 'aib kami. 
Hanya kami pinta, janganlah Engkau jadikan kami termasuk golongan yang melakukan maksiat secara terang-terangan. Jangan lah Engkau jadikan kami bangga dan suka menayangkan maksiat di khalayak umum. Kerana kami takut dengan maksud hadits di bawah; 
Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Semua umatku layak diberi keampunan kecuali mereka yang melakukan dosa secara terang-terangan. Ini termasuklah orang yang melakukan dosa pada suatu malam dan kemudiannya pada waktu pagi walaupun Allah telah menutup dosanya (dan tidak menampakkannya kepada orang ramai) dia berkata: Wahai fulan! Malam tadi aku telah melakukan (dosa) itu dan ini. Padahal dia menghabiskan malam dalam keadaan Tuhannya menutupinya tetapi di pagi hari menampakkan apa yang Allah S.W.T tutup (pada malam itu)." [Hadits riwayat Bukhari]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.