Berita Terkini

Amien Rais seru agar parti-parti Islam di Indonesia bersatu

Ketua Majlis Pertimbangan PAN (Partai Amanat Nasional), Amien Rais mengajak parti Islam untuk bersatu. Menurutnya, hanya dengan persatuan pertolongan Allah akan datang.

Usaha itu pernah dilakukan Amien Rais dengan menganjurkan Forum Umat Islam Indonesia yang mengandungi pemimpin tinggi parpol. Di antaranya PAN, PKS, PPP, PBB, PKB hingga Golkar.

"Pada masa itu kami melakukan kajian yang tempatnya berpindah-pindah," terang Amien Rais dalam pengajian Politik Islam di Masjid Al Azhar Kebayoran Baru, Jakarta, Selasa (27/5/2014).

Amien berkata umat Islam tidak boleh memisahkan diri dari politik. Islam telah memberikan pedoman bagi umat untuk berpolitik yakni Al-Quran dan Hadits

"Rasulullah telah memberikan contoh kepada kita bagaimana umat Islam berpolitik. Maka kita perlu bersatu dan jangan bercerai berai," tambahnya.



p/s: Baru-baru ini saya ada bersembang tentang politik dengan seorang pekerja yang berasal dari daerah Lombok, Indonesia. Antara isi-isi penting yang saya dapat ingat dan kongsi di sini;

- Memang di Indonesia ada banyak parti yang memperjuangkan Islam, contoh seperti yang dinyatakan dalam berita di atas. Kalau menurut lelaki Indonesia itu, mungkin dalam 4 atau 5 parti. Kalau di Malaysia, parti yang memperjuangkan Islam, yang besar dan jelas ialah hanya parti PAS.

Ada juga parti yang bukan berjuang untuk menjadi pemimpin sangat, tetapi sekadar mahu menjatuh dan melemahkan parti lain, kerana berbeza pandangan dan seumpamanya. Kalau lah semua parti Islam itu bergabung di bawah satu bumbung, insya Allah Indonesia akan KUAT dengan parti Islam, dan dapat memerintah negara.

- Pengajaran dari berpecahnya umat Islam itu mungkin boleh diambil iktibar oleh Malaysia juga. Walaupun kita hanya ada 1 parti politik yang memperjuangkan Islam iaitu PAS , tetapi pecahan-pecahan jemaah lain yang jika mereka tidak bersama dengan perjuangan PAS akan MELEMAHKAN UMAT dan menghalang dari Islam mendapat KUASA MEMERINTAH siap dengan Undang-undang Islam sekali.

Islam itu PALING TINGGI, tiada yang lebih tinggi darinya.  Kalau kita sendiri tidak saling bahu-membahu untuk menguatkan umat, maka Allah tidak akan mengubah nasib kita, hingga kita berusaha mengubah sendiri. Buang lah SUPER EGO masing-masing, dan sokong lah parti yang sudah "ESTABLISHED" berpolitik agar memudahkan jalan untuk parti Islam memerintah negara dengan ADIL dan MENURUT Hukum Allah.

- Di Indonesia, pembangkang bebas bercakap dalam televisyen. Tidak seperti di Malaysia yang mana televisyen hanya dikuasai oleh parti kerajaan pusat.

- Demokrasi di Indonesia memang berjalan lancar, cuma TERLALU BEBAS bersuara hinggakan pergaduhan hingga kepada kes bunuh kerana politik pun boleh terjadi. Sedangkan di Malaysia, TERLALU DIKONGKONG, hinggakan seorang pekerja kerajaan (contohnya guru) takut untuk menonjolkan diri dan aktif dalam kegiatan parti pembangkang. Jika diketahui pihak atasannya, mungkin dia akan ditukar tempat kerja, potong elaun, diberi masalah itu ini dan sebagainya.

Maka kedua-dua negara ini sepatutnya ambil pengajaran, agar TIDAK TERLALU BEBAS hingga tidak terkawal, dan TIDAK TERLALU DIKONGKONG, hingga rakyat ketakutan dan hilang hak untuk bersuara dan memilih siapa saja untuk jadi pemimpin negara.

- Lelaki Indonesia itu ada juga berpesan, jangan sampai kadar jenayah di Malaysia menjadi sangat tinggi seperti yang berlaku di Indonesia. Kalau tidak, mungkin lagi payah untuk melaksanakan Undang-undang Islam pada waktu itu. Begitu juga keadaannya dengan maksiat-maksiat lain.

- Pengalamannya berada di Terengganu, dalam 10 tahun yang lalu dia kata, dia lihat gadis-gadis di Terengganu boleh dikatakan semuanya bertudung dan bagus akhlak.  Sejuk mata memandang.  Tetapi sekarang, awek-awek seksi bersepah di mana-mana. Minah-minah motor juga tak kurang menonjol. Terengganu yang dulunya penuh dengan Muslimah-muslimah bertudung, kini sudah ke arah kebaratan.  

Benar sekali apa yang dikatakannya itu. Saya sendiri yang sudah berpuluh tahun di Terengganu ini pun merasakan perkara yang sama. Sangat berbeza jika dibandingkan dengan belasan tahun yang lalu dengan keadaan sekarang. Kalau dulu waktu malam memang tiada anak-anak gadis atau wanita berkeliaran di bandar waktu malam. Sekarang ini, mereka dah ada "geng motor" sendiri. Bercampur-gaul lelaki perempuan tak kira siang atau malam. Sangat-sangat berubah "Ganu Kiter" ni!

Contoh pada kolej atau universiti pun, dulu semasa masih bernama Kusza, ianya penuh dengan Muslimah bertudung / menutup aurat dengan betul itu WAJIB di Kusza. Tetapi setelah bernama Unisza sekarang, ditambah lagi dengan bercampurnya dengan pelajar-pelajar non-Muslim sama ada dari Malaysia atau negara luar,  Unisza semakin menjadi over sosial.

Anak-anak muda pun semakin tidak menghormati orang tua. Maksiat, dadah, samseng dan sebagainya semakin berleluasa.

- Jika keadaan ini tidak dibaiki, tidak diletak di atas landasan yang betul dengan acuan Islam, maka bayangkan lah anak-cucu kita nanti. Makin rosak lah akhlak dan agama mereka, na'udzu billah.  Wallahu a'lam .......

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.