Berita Terkini

Imam Besar Masjid Negara saran bertegas tentang isu DNA babi dalam produk Cadbury

Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Al-Hafiz
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Al-Hafiz menyarankan agar tindakan tegas diambil terhadap Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd susulan penemuan DNA babi di dalam dua produknya.

Beliau berkata, tindakan seperti denda yang berat atau penutupan kilang adalah wajar sebagai pengajaran kepada syarikat lain agar lebih berhati-hati dalam pematuhan piawaian halal.

"Apa sahaja keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap syarikat itu akan kita sokong, asalkan ia tidak berulang pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mahabbah dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan pada Sabtu lalu yang mengesahkan dua sampel coklat keluaran Cadbury mempunyai DNA babi.

Mengulas lanjut, Syaikh Ismail juga tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang berniat jahat dengan menjadikan makanan sebagai alat untuk menggugat akidah umat Islam.

Justeru, beliau menyeru umat Islam agar lebih berhati-hati dengan status makanan yang diambil kerana sikap sambil lewa terhadap perkara itu hanya memudaratkan umat Islam sendiri.

"Jika umat Islam memandang remeh perkara ini, ia sama sahaja seperti orang yang tidak beriman yang makan apa sahaja tanpa mengira halal haramnya sesuatu produk itu.

"Pada masa sama, kita mengharapkan pihak berkuasa terus memantau syarikat pengeluar makanan yang lain bagi mengelak perkara ini terjadi," katanya. 

[Sinar Harian / Bernama]


p/s: Alhamdulillah, syabas tok guru! Satu kenyataan yang tegas dan bernas.

Adalah diharapkan syarikat Cadbury tidak cuba untuk menghulurkan rasuah kepada mereka yang berkenaan. Dan mereka-mereka yang berkenaan juga, jika sekiranya dihulurkan rasuah, tidak mengambilnya. Kerana jika rasuah dilakukan, fakta pun boleh menjadi auta, na'udzu billah .......

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.