Pelajar-pelajar Bukan Muslim di universiti Michigan telah ditawarkan peluang untuk mencuba pakai tudung / jilbab / hijab buat kali pertama apabila rakan-rakan mereka yang beragama Islam mengadakan hari tudung universiti itu awal bulan ini.
"Adalah agak seronok untuk berjumpa dengan orang yang mahu mencuba hijab," Amala Farah, pelajar mahasiswa tingkat pertama di Eastern Michigan University, AS, memberitahu Eastern Echo pada hari Isnin, 9 Disember.
"Saya amat gembira melihat wanita lain daripada melihat perempuan Islam. Mereka seolah-olah lebih prihatin tentang bagaimana untuk memakai jilbab daripada pemakai jilbab biasa."
Persatuan Pelajar Islam / Muslims Student Association (MSA) di Eastern Michigan University telah menyambut hari hijab di Pusat Sumber Wanita dengan berpuluh-puluh kehadiran.
Pada acara itu, yang diadakan dari pukul 10 am hingga 3 pm Rabu lalu, para pelajar MSA membantu pelajar bukan Islam untuk mencuba jilbab buat kali pertama.
[On Islam]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)