Berita Terkini

Kisah Syeikh Al-Junaid Al-Baghdadi dengan peminta sedekah

Abul Qasim Al-Junaid Al-Baghdadi r.a berkata; "Ketika saya sedang menunggu jenazah bersama orang ramai yang akan disembahyangkan di Masjid AsSyuniziyah, tiba-tiba ada seorang miskin meminta-minta, maka dalam perasaan hatiku; Andaikan orang itu bekerja sedikit-sedikit supaya tidak meminta-minta, tentu lebih baik baginya.

Kemudian pada malam harinya, saya akan mengerjakan wirid yang biasa saya kerjakan pada setiap malam, terasa sangat berat dan tidak dapat berbuat apa-apa, sambil duduk akhirnya tertidur lah mataku. Tiba-tiba mimpi orang ramai datang membawa orang miskin itu di atas talam, dan orang-orang itu berkata kepadaku, "Makanlah daging orang ini kerana engkau telah mengumpat kepadanya."  

Maka langsung saya sedar, dan saya tidak merasa umpatan padanya hanya tergerak dalam hati tetapi saya diperintahkan mesti meminta halal kepada orang itu. Maka setiap hari saya berusaha mencari orang itu, akhirnya bertemu di tepi sungai sedang mengambil daun-daunan yang gugur untuk dimakan, dan ketika saya memberi salam kepadanya, langsung dia berkata; 

"Apakah kamu akan mengulangi lagi wahai Abul Qasim?"

Jawabku, "Tidak."

Maka dia berkata, "Semoga Allah mengampunkan kami dan kamu."

[Petikan dari kitab Terjemah Al-Hikam - Syeikh Ibnu Athoillah , oleh H. Salim Bahreisy]


Begitulah kisah wali-wali Allah. Sedangkan sekelumit terdetik di hati mengata orang pun merasa sangat bersalah dan mendapat alamat, bagaimana pula dengan kita yang di dalam hati ada macam-macam penyakit hati seperti Riya', takabbur, sum'ah, 'ujub, hasad dengki, tamak, buruk sangka, nak berhibur sentiasa, gila seks, dan sebagainya yang tunduk kepada nafsu syahwat?

Mungkin secara luaran orang tak nampak kita melakukan dosa, tetapi dalam hati kita, hanya kita dan Allah S.w.t sahaja yang tahu. Cuma, kita sahaja yang buat-buat TIDAK TAHU.

Makanan yang SEDAP, tidak akan dirasa SEDAP jika MULUT atau TUBUH sedang sakit. Pemandangan yang CANTIK tidak dapat dirasa cantik jika MATA sedang SAKIT. Begitulah keadaannya dengan SIFAT-SIFAT yang BAIK dan perkara-perkara BAIK tidak akan nampak BAIK oleh HATI yang BERPENYAKIT dan KERAS .......

Jika masing-masing SEDAR DIRI, maka tidak ada masa untuk mencari-cari KESALAHAN orang lain. Tak perlu hasad dengki, buruk sangka, busuk hati, khianat, riya', takabbur dan sebagainya. Dunia pun akan AMAN insyaAllah.

Betapa BANYAKNYA DOSA kita dalam sehari, astaghfirullah .......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.