Berita Terkini

Lawan hawa nafsu adalah permulaan ibadah

Selagi hawa nafsu tidak ditundukkan, selagi itulah hawa nafsu itu akan menundukkan kita dan menyuruh kita melakukan maksiat dan kejahatan serta lalai dari mengingati Allah S.w.t.

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Yusuf : 53]

Diriwayatkan dari Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah mengatakan, “Hal yang paling kutakutkan pada umatku adalah menurut hawa nafsu dan panjang harapan [terhadap dunia]. Menurut kehendak hawa nafsu memalingkan manusia dari Tuhan, dan harapan yang berpanjangan [terhadap dunia] membuat orang lupa kepada akhirat.” Kerana itu, ketahuilah bahawa melawan hawa nafsu adalah awal ibadah."  [Kitab Risalah Al-Qusyairiyah, Bab 13 - Imam Al-Qusyairi]

Dzun Nun Al-Mishri mengatakan, "Kunci ibadah adalah tafakur. Tanda tercapainya tujuan adalah perlawanan terhadap hawa nafsu dengan meninggalkan keinginan-keinginan." 

Sahl bin Abdullah berkata, "Tidak ada ibadah bagi Allah selain yang lebih utama dari menentang hawa nafsu." [Kitab Risalah Al-Qusyairiyah, Bab 13 - Imam Al-Qusyairi]

Yahya bin Muadz berpendapat, "Lapar adalah pelita, dan memenuhi perut adalah api. Hawa nafsu adalah seperti kayu api yang darinya muncul api, yang tidak akan padam sampai ia membakar pemiliknya."

Malik bin Dinar berkata, "Syaitan takut kepada bayangan manusia yang telah menakluki hawa nafsu duniawi." [Kitab Risalah Al-Qusyairiyah, Bab 11 - Imam Al-Qusyairi]

Melawan HAWA NAFSU (mujahadatun nafs) perlu DILATIH, di samping berdoa memohon pertolongan dari Allah S.w.t agar menguatkan dan meneguhkan hati kita dalam melawannya, kerana Dialah pemilik segalanya.  Beserta dengan Zikrullah. Dengan latihan-latihan yang tekun akan menyebabkan hati menjadi BIASA tidak mengikut hawa nafsu.

Perbuatan-perbuatan yang jahat pun jika selalu diamalkan dan dilatih, akan jadi terbiasa dan ketagih. Contoh seperti jika kita selalu suka MENIPU, maka nanti MENIPU akan menjadi tabiat kita.  Selalu suka MENCURI, nanti MENCURI akan menjadi tabiat kita, dan sebagainya. Begitulah sebaliknya, jika mahu berbuat kebaikan, maka perlu diamalkan dan dilatih secara istiqomah, lama-lama akan jadi terbiasa tanpa perlu menumpukan perhatian lagi.

Untuk MAHIR dan MENJADI BIASA dengan sesuatu, pada peringkat permulaan sahaja terasa berat dan sukar. Tetapi apabila sudah biasa, lama-kelamaan akan menjadi lebih mudah dan automatik insyaAllah.

Allah mewahyukan kepada Nabi Daud a.s, "Wahai Daud, peringatkanlah para sahabatmu terhadap sikap menuruti hawa nafsu, sebab pemahaman hati yang terikat kepada hawa nafsu dunia terdinding dari Ku."

Dikatakan bahawa seseorang sedang duduk di udara, dan seseorang bertanya kepadanya, "Bagaimana engkau dapat melakukan hal ini?" Dia menjelaskan, "Aku meninggalkan hawa nafsu (hawaa), maka Allah menjadikan udara (hawaa’) tunduk kepadaku."  [Kitab Risalah Al-Qusyairiyah, Bab 13 - Imam Al-Qusyairi]

Secara umum, sifat manusia ada dua, Pertama, tergesa-gesa.  Kedua, tamak.  Tergesa-gesa muncul kerana jahil. Sedangkan tamak muncul daripada sikap terlalu cinta. Kedua karakter tersebut merupakan fitrah nafsu.  [Petikan dari kitab Qut al-Qulub - Syeikh Abu Thalib al-Makki]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.