Syaikh Adnan al-'Arur, mengajak semua Puak Revolusi di Syria untuk bersatu dibawah satu bendera, dalam usaha menggulingkan rejim Bashar Assad. Dia menegaskan bahawa tidak ada yang membenci persatuan ini kecuali orang munafik.
Syaikh Adnan, pada akaun Twitternya menulis, "tidak ada lagi keraguan bahawa persatuan adalah kewajiban syar'I, dan hendaknya seluruh rakyat Syria bersatu dibawah bendera yang satu, kalimat yang satu, dan tidaklah menyukai persatuan ini kecuali orang yang mukmin, dan tidaklah yang membencinya kecuali orang munafik ".
Dia menambah, "kita tidak dikalahkan kerana banyaknya musuh kita, atau jumlah mereka, tetapi kita kalah disebabkan dosa-dosa kita dan perpecahan dalam barisan kita".
Dan ia menunjukkan bahawa tidak ada permusuhan di antara puak-puak yang ada. Dan Syaikh menegaskan bahawa hanya ada satu musuh iaitu mereka yang menyelisihi manhaj Ahlussunnah wal Jama'ah.
[Era Muslim]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)