Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » » » Penerbit Filem Hollywood akui dirinya agen pengintip untuk Zionis Israel

Arnon Milchan
Seorang penerbit filem Hollywood senior, Arnon Milchan, mengaku bahawa dia telah melakukan aksi pengintipan / mata-mata untuk Israel dan membantu negara Zionis itu membeli senjata.

Menurut sebuah akhbar Israel, Haaretz, butiran kegiatan mata-mata Milchan dijadualkan akan disiarkan Isnin hari ini di Channel 2 Israel dalam acara yang disebut "Uvda".

Milchan dalam acara televisyen tersebut akan bercakap tentang operasi rahsianya membeli senjata bagi Israel dan karyanya yang mempromosikan program nuklear Iran pada era 1970-an dan 1980-an.

Milchan, yang pernah menerbitkan filem-filem seperti Fight Club dan Pretty Woman, sendiri mengatakan bahawa dirinya bangga dengan apa yang telah dia lakukan untuk negara Israel.

Beberapa bintang Hollywood termasuk Russell Crowe, Robert De Niro dan Ben Affleck juga akan dipaparkan dalam acara televisyen tersebut.

Taikun filem ini mengaku berjaya meyakinkan pegawai tinggi Hollywood lain, termasuk pengarah Amerika Sydney Pollack, yang meninggal kerana kanser pada tahun 2008, bahawa dia bergabung menjadi mata-mata untuk Israel dan bertindak sebagai peniaga untuk membeli senjata dan peralatan ketenteraan lain untuk rejim Zionis Israel.

Bahkan pelakon Amerika, pengarah dan penerbit filem Robert De Niro juga mengatakan bahawa dirinya mengetahui sejak tahun 1970-an bahawa Milchan adalah mata-mata Israel.

Milchan juga mengatakan dia menggunakan sekurang-kurangnya satu nama besar pelakon yang berkualiti untuk membawa saintis AS Arthur Biehl - seorang ahli senjata nuklear dan salah seorang pembina bom hidrogen - ke dalam sebuah pertemuan. Milchan mengundang Biehl ke rumah pelakon tersebut dengan dalih pelakon itu mencari penasihat saintifik untuk projek yang sedang dikerjakannya.

Sebuah laporan terbaru oleh American Free Press memberikan butiran bagaimana syarikat Israel mengintip warga Amerika.

Milchan masih membuat filem, dan syarikatnya, New Regency films, sedang mengusahakan empat filem yang dijadualkan untuk diterbitkan pada 2013-14.

Salah satu darinya ialah Noah (Nuh), diarahkan oleh Darren Aronofsky, berkisar pada cerita banjir besar yang disebut dalam Bible, dibintangi oleh Russell Crowe, Emma Watson dan Anthony Hopkins.

[IslamPos / Haaretz / Mail Online]

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)